Menyambut Ramadhan

Hai,
Salam

Sihat ke korang semua? Beberapa hari je lagi kita nak melangkah ke dalam bulan Ramadhan. Macam mana agaknya persediaan korang? Bersediakah nak menyambut Bulan rahmah bulan penuh berkah ni?

Atau pun korang dah tak sabar nak berpesta makanan? Al maklumlah.. bulan puasa banyak tawaran Buffet Ramadhan dan Bazar2 yang pastinya menjanjikan 1001 jenis menu yang memikat .



Tak sabar nak duduk depan tv tgk iklan Yusof Taiyoobbbbbbbb... tggu waktu berbuka puasa, dengar pengumuman puasa secara rasmi lepas tengok anak bulan, berterawikh di masjid dengan orang tersayang, bangun sahur pagi2 buta..

dan... buat kuih raya! hahah

Cuti di Hari Jumaat

Assalamualaikum ..

Huhu hahaha hihi..

Pagi2 lagi dah meroyan.

Okey. Hari ni hari Jumaat. Patutnya hari ni ada Appoinment dgn doktor di Hospital tapi memandangkan Beberapa hari lagi dah nak puasa maka, My TTC Treatment tak dapatlah dijalankan mengikut penjadualan yang biasa.

Rugi je I apply cuti awal2.Ingatkan boleh teruskan treatment. Tapi bila call hospital , dapat makluman yang tak boleh teruskan sebab bulan Puasa kan. Macam mana nak scan bagai kan? Batal puasa mak nanti oiiiii!!

Okey2, disebabkan kita bercuti hari ni maka settle kan semua kerja2 rumah ni dulu sebelum kita  Outstation .Wahahah.

Tapi sayangnya seawal jam 8.00 pagi officemate whatsapp pasal kerja. Hm..konfius plakkk. I ni sebenarnya cuti ke keje?

Haiyakkkkkk.. tak berhenti sampai situ.. Officemates lain pulak call. lepas tu bos yang pergi kursus tu pulak call. Lepas tu baru beberapa minit sebelum I menaip entry ini I dapat whatsapp dan call lagi tanya pasal dokumen, pasal email, pasal invoice, dan sebut harga bla, bla, bla... aduiiiii.

Patutkah aku off kan HP sahaja?  Sabar jela...

"Nombor yang anda dail.. berada di luar kawasan...Teeeeeeeeeeeetttttttttttttt! "

Sedap ke Avocado?

Assalamualaikum..

Aku selalu scroll page member FB aku sorang ni dan ternampak dia post pasal Avocado. Aku ni 2x 3x tengok mulalah rasa tertanya2.Membuak-buak rasa tu.

Sedap ke buah Avocado ni? Ada rasa manis2 mangga tak? sebab aku tengok isi Avocado ni macam lembut je..?

Macam tembikai tak? berjus dan sedap..?

Atau macam oren tak? masam2 manis?

Ke macam rasa  sayur-sayuran? Aku konfius!

Last week aku ke pasar. Giant je pon. Beli barang2 dapur. Sesambil topup bawang putih dengan bawang merah yang dah habis.

Aku beli buah anggur sikit. Aku memang suka buah. Aku kalau dapat makan buah-buahan ..tak makan nasi pun tak apa!

Aku ternampak buah Avocado! Aku teruja gila!

Kecik tapi harga RM 3 sebijik!Aku pon terpikir.Nak cuba ke tak nak. Nak ke tak nak?

Macam mana kalau buah Avocado tu tak sedap? Kelat? Tawar? Rugi je beli nanti. Siapa nak makan? laki aku? konpem dia tak nak!

Aku pon belek2 buah tu. Licin kulitnya! teruja lagi. Tengok warna hijau dia macam best je. Aku pegang pastu cuba picit2 buah tu. Macam tekstur mangga muda! tak lembik tak keras.

Hmm.Aku pon amik plastik masukkan dua biji. Kena rasa ni!

Last2 selamat jugak depan kaunter bayaran dua biji Avocado tu!


                                                   Inilah rupa Avocado yang aku beli tu..


Rasa Avocado? Rasa dia macam isi kelapa muda. Lemak2 gitu.Pertama kali aku masukkan isi dia ke dalam mulut aku terbayang macam makan isi kelapa lah pulak!


Aku sebenarnya tak tahu nak makan macam mana lagi Avocado ni. Jadi aku pun Googlelah. Rupanya boleh buat ice blended, jus Avocado, Sos Avocado, dan macam-macam lagi!

Resepi Jus Avocado :



JUS AVOCADO
Bahan-bahan:
1 biji buah avocado  masak
1 cawan susu segar
gula secukup rasa

Ais Kiub secukupnya
Topping vanilla cream /coklat cair /perisa kesukaan.

Boleh juga dicampur dengan buah-buahan lain mengikut kesesuaian 


CARA PENYEDIAAN:

1. Blend isi Avocado sehingga menjadi jus.
2. Campurkan susu segar dan blend lagi dengan sedikit gula.
3.Hidangkan dengan ais dan topping yang disukai.



ice cream Avocado nyum3



Pelbagai menu resepi berasaskan Avocado


RAGAM KERJA DI OFFICE

Assalamualaikum w.b.t..

Sesak.Serabut.Annoying.

Tu yang boleh aku gambarkan dengan perasaan aku. Aku jenis tak banyak cakap, tapi aku suka memerhati. Suka pendam dan bila nak meletup.. rasa macam nak  hantar bom 'HIROSHIMA'.Biar hancur semua!!!

Banyak yang aku perhatikan ragam orang di sekeliling aku. Lebih tepat OFFICEMATE aku.
Tapi aku rasa benda2 ni bukan terjadi dekat office aku sorang kot. Mana2 tempat kerja mesti ada jadi benda2 macam ni.

Betul tak korang?

(1) Penah tak, dalam organisasi korang ni ada spesis yang BAJET BAGUS. Bagi arahan ikut suka hati macam dia tu bos SUPER besar. Padahal dia tu level biasa2 je. Pastu kalau orang cakap 'NO' dia cannot accept. Macam seolah-olah apa yang dia nak tu kena say 'YES'  dan angguk2 je. Kira kena ikut je telunjuk dia semua.

Bukan pendapat aku sorang je tau. Ni orang HR pon perasan benda ni. Dia sendiri cakap ada spesis ni 'BESAR KEPALA'  BAJET BAGUS.Kalau dah benda tu peraturan cakap 'TAK BOLEH' takkan sebab dia seorang semua nak cakap 'BOLEH' KAN? KAN? Kau aspek semua orang kena ikut cakap kau je sorang.Kau tu sapa? anak raja? Sedangkan bos besar pon tak tunjuk 'BESAR KEPALA' macam kepala kau tu!

(2) Penah tak dalam banyak2 orang dalam office kau tu, ada seorang ni macam kena pulau je. Aku namakan dia ni Si X la. Si X ni macam selalu kena pulau, kena buli. Aku rasa kesian . Pastu aku nampak macam semua orang asyik cari salah Si X ni je.. sampaikan aku rasa ----WHY? why Si X ni asyik ditindas? Besar sangat ke dosa Si X ni? Kejam la kalau reramai buli dia seorang kan?



(3) Dalam banyak2 office, mesti ada spesis TALAM  2 Muka. Atau spesis bermuka2. Dengan orang A ,dia cakap dia tak suka B.Pastu depan Si B bukan main lagi dia baik. Pelik kan?

(4) Kaki ARAH.Apa perasaan korang kalau korang berjawatan pengurus, tapi cleaner pulak jadi bos korang.Arah itu ini.Begitu begini? Aku pelik dengan Hierarki ni.Siapa bos sebenarnya? Cleaner ke atau Korang bos? Begitula yang terjadi di depan mataku. Ibarat pekerja yang tukar title jadi 'BOS'. Bos lak jadi kuli. Pening2.

(5) Mulut kecoh (bizi bodi)  Mulut tempayan! Banyak2 office mesti ada spesis ni. Kalau dia nampak kita wat silap sikit hatta sekecil kuman- seboleh2 dia nak ANNOUNCE kat dalam satu office tu. semua department dia kecoh pasal kesalahan orang tu. Janganlah korang wat silap sikit---habis dijajanya semua walaupun dia tu cuma tukang sapu je kat office korang tu..apa agaknya perasaan korang waktu tu? Nak tempeleng ke atau lempang lelaju ke?



(6) Spesis nyanyuk yang suka hilangkan barang lepas tu kelam kabut suruh korang carikan. Spesis suka hilangkan dokumen, suka hilangkan file lepas tu kecoh2 satu department .Menyakitkan hati betul! Dah nyanyuk tu buat la rekod. Senang cari!!

(7) Spesis suka buat silap, lepas tu salahkan orang lain. Bagi arahan tak jelas. Pelupa, lepas tu tuduh anak buah buat kesalahan dan tanggung salah dia pulak! Geram.Dah nyanyuk nak salahkan orang.

(8) Spesis kerja tak ada tapi buat-buat bizi ke hulu kehilir lepas tu suka kacau kerja orang lain! Ni aku paling benci.Paling benci dengar bunyi tapak kasut dia!

(9) Spesis gila kuasa.Kau kuli tapi bos kau 2 orang ni  tak sekepala. sorang bagi arahan lain , satu lagi bagi arahan lain. Last2 korang yang pening kepala. Ikut Bos A , Si bos B cakap salah. Ikut Bos B si Bos A pulak cakap salah., Tetiba last2 ko pulak yang dipersalahkan.Bodoh punya bos! Baik bos kau 2 orang tu jadi kuli je!

(10) Spesis yang ringan tulang dan rajin tapi selalu diperli2 dan disindir , ditegur sebab tolong buat kerja orang. Selalu dinasihati "kau ni baik sangat." Tapi spesis ni orang selalu tak nampak kebaikan dia dan niat baik dia selalu diperkecilkan.- tak menang APC pun .




Rata2 yang aku perhatikan yang buat kerja dengan ikhlas, baik jujur dan tekun kebanyakkan orang tak nampak dan tak dapat REWARD pon. Hatta APC. Tapi yang Kaki bodek, mulut manis, Pura2 bizi ke hulu ke hilir, Mulut kecoh pok pek pok pek, besar kepala.- Hah itu yang dapat APC.Ngok ngek.

Hahah. itu sahaja luahan hatiku yang kecil ini. Jangan ada yang terasa hati dan marah naaa?




P/S: Tak heranlah kalau orang2 yang berjaya yang ada kat atas tu- especially yang ada company sendiri dan yang buat bisnes dapat income juta2 tu tak nak ingat kat bos2 lama atau rakan sekerja lama dulu2.

Sebab perangai rakan sekerja yang super 'annoying' tu la menyebabkan tak sanggup nak ingat balik pengalaman buruk jadi kuli kan?kan? hahaha!

Tapi masa korang dah Kaya raya tu pulak lah rakan sekerja yang talam bermuka2, yang kepala besar, yang mulut kepoh sibuk cari salah korang masa korang bergelar 'kuli' dulu nak bangga penah kenal korang n jadi kawan sekerja korang dulu2 kononnya.

Mulalah ngaku 'kawan' n 'kenal' korang!

macam pepatah.. dekat bau tahi.. jauh bau bunga!






Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SPP

Salam,
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan  di bawah rahmat serta ketenangan .

Pada 31 Mac 2016 , whatssapp group ISMP berduyun2 dimasuki mesej. I tetiba jadi hairan. Kenapa ya? Jadi I pun teliti mesej satu persatu. Ramai yang dapat makluman semakan panggilan temuduga SPP DG 41 melalui Mesej. Tetapi bila I check Handphone x ada pula mesej daripada SPP masuk.

Apakah? Hati I  kembali berdebar2. Tambahan lagi kawan2 satu batch 2014 pon dapat makluman panggilan temuduga.Macam mana dengan I?

I sedikit terkilan n sedih. Tapi kawan2 minta terus buat semakan di laman web SPP.Jadi I pun buka web SPP yang masa itu sangat2 jammed. Stuck tak dapat buka!

Berdebar2 dan berpeluh2 juga menanti.Alhamdulillah.. penantian I berakhir setelah 2 tahun menunggu. Bayangkan sejak bergraduat pada 25 Mei 2014 hinggalah waktu ini 31 Mac 2016. Baru dapat panggilan temuduga!


Temuduga SPP DG41 2016
Nak ditakdirkan, Tarikh panggilan temuduga 14/4/2016 tu bos I pon nak cuti. Jadi,  dia risau bos besar tak benarkan kami berdua cuti serentak. I nak cuti kerana Temuduga, dan dia pulak nak ke Baling Kedah  atas urusan keluarga.

Isi borang cuti siap2 dan letak atas meja dia kemudian minta sign. Mula dia tak nak sain sebab dia sendiri tak pasti bolehkah cuti serentak.

Lepas dia jumpa bos besar, Alhamdulillah.. bos besar department kami sangat memahami dan membenarkan kami bercuti. So my task, I dah serah pada kawan I di unit Aset. Dia akan tolong basic task if ada urgent letter yang perlu di sign n cop registry dia akan uruskan bagi pihak I. Lega sekejap..
Fuhhhh!


14/4/2016

Bagun awal bersiap. Nervous sangat2 sebab rasa banyak sgt ilmu yang tak cukup di dada. Terasa macam tak cukup persediaan lagi. Tapi yakinkan diri jugak I boleh!

Bertolak jam 7 pagi dari rumah ke Putrajaya. Husband I yang drive sampailah ke putrajaya. Baru sekerat jalan dia minta Adress tempat temuduga.La..ingatkan dah tahu?

Lepas pakai Waze kami pon berangkat ke Putrajaya.Singgah beli bekal kuih sikit takut kelaparan tunggu turn untuk temuduga.Makan seketul kuih.Lain tak lalu nak makan sebab nervous and cuak gila!

Sampai Putrajaya 8.45 am gitulah. Member dah call tanya I dah sampai ke belum.Dia cakap dia dah ada sana. Sedangkan I masih OTW. I suh dia masuk dulu, dia tak nak,takut. So suh dia tunggu I. Masa macam ni pulak rasa nak terkencing dan terberak!

Lepas Park dekat Parking side kiri JPM, I call balik kawan I. Dia cakap dia dekat sebelah Kanan JPM. Cuak jap! I salah tempat ke?

Jalan kaki sampai depan guard n tanya.Guard cakap, sebelah kanan.Jadi kenalah menapak jauh sikit. Elok je sampai, tengok ramai betul calon2 tengah beratur nak ambil pas masuk. Guard yang jaga pintu pun tegas boleh tahan. Sempat marah seorang pekerja india yang suka-suka je benarkan parent masuk dalam. (Parent tak boleh bawak masuk ye adik2, kakak2..cuma calon temuduga sahaja dibenarkan masuk)

Lepas berjalan agak jauh, kami (calon2 temuduga) sampailah di bangunan temuduga SPP. Berpeluh jugalah menapak.

Sampai je, tulis kat board, bilik temuduga 4 ditukar ke bilik 9. Cepat2 I masuk dalam.Sekali tengok.. fuhh berlambak2 calon yang sedang menunggu!

Lepas daftar nama dan sign kehadiran di borang attandance, Kami cuba cari tempat duduk. Penuh semuanya! Terpaksa berdiri. Sementara pegawai yang jaga temuduga tu cakap. Tolong bagi kawan2 ruang duduk.Beg tu alihkan dari kerusi!

Maka menyelitlah kami di tempat2 kosong. I terkontang kanting seorang sebab hari tu I berdua je dengan kawan I kos Matematik (IT)  UTM Batch 2014. Yang lain kos Tesl (Bahasa Inggeris).

Agak kelam kabut juga mencari rakan yang sama bilik IV dan sama kumpulan IV. Mulanya I terpisah dengan kawan I yang sorang ni yang sama U and sama Kos Matematik (IT) dengan I. Lepas mesej dia, I jumpa dia balik dan duduk di sebelah dia.Kami dua je terkontang kanting. Last2 nampak junior kami dari UTM :2 orang kos Math (Fizik)

Bila dah sudah IV baru kami berkumpul semula. Rupanya Yang IV 14/4/2016 kos Matematik dari pelbagai UA tak ramai. Macam bilik I, bilik 4 (14 orang sahaja dari kos Math) Kumpulan I terdiri daripada 2 Calon UM (Math /Kimia) Calon Upsi (Math/ Sains) Calon UTM (Math /Fizik) dan I calon (Math/ IT).

Di bilik 3 pula hanya 14 orang juga.Kawan I tadi di bilik 3 dia seorang sahaja dari UTM dan 4 calon lain dalam kumpulannya dari UPSI.


Calon dg41 SPP 2016
                 
                          (Zakiah-UM, Juweisa -UTM, Terry-UM, Rafidah-UPSI , DAN I UTM)



Antara bahan bacaaan yang I jadikan bekalan IV SPP DG41  ini ialah:

PPPM 2016
GELOMBANG PPPM











Selain itu, studylah tentang:

  • Tugas dan tanggungjawab guru, pengetua, Penolong kanan, panitia dlln.
  • Bidang tugas guru
  • Jawatan2 dan persatuan disekolah
  • Etika profession perguruan
  • SPP dan KPM
  • Nama menter2 timbalan , kabinet, Majlis raja2, Parlimen Malaysia
  • Isu semasa.
  • Isu global mcm isu luar negara .isu dlm negara 
  • Pengetahuan am
  • Bidang yg dipelajari misalnya jika cikgu geografi kna la tahu n mahir bidang tersebut n isu serantau
Kepada yang akan ditemuduga, semoga berjaya !


Seminar Takaful di ILIM

Salam! Hai Bloggers!

Thanks a lot sudi singgah blog I.
Hari ni nak cerita pasal Seminar Takaful yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia , Bangi.
Seminar ni telah diadakan pada 19 April lepas. Kononnya I adalah antara insan terpilih daripada department I untuk menghadiri seminar ini.


ILIM

 ILIM, BANGI


Kami (seramai 5 orang) pergi dengan van syarikat dan dihantar oleh pemandu syarikat. Bertolak jam 8.20 pagi  sedangkan pukul 9 pagi sepatutnya kami telah berada di situ.


Sebaik sahaja sampai, kami terus ke dalam dewan dan terus mendaftar di kaunter yang disediakan. kami diberi sedikit cenderahati sewaktu pendaftaran.


 
     Cenderamata dari Seminar Takaful 



Selesai urusan pendaftaran, kami masing2 mengambil tempat. Sesi seminar bahagian pertama pun dimulakan dengan ahli jemputan pertama , iaitu seseorang yang tidak asing lagi yang seringkali di lihat di kaca televisyen iaitu Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, seorang penceramah bebas dengan penyampaian belia yang bertajuk : Sistem kewangan Islam dan konsep Muamalat di Malaysia.




Pada jam 9.45 pagi, seminar diteruskan oleh penyampaian  sesi 2 iaitu  oleh Penceramah Ustaz Mohd Fazli Masri  iaitu Penasihat Shariah Munich Re Retakaful dengan penyampaian ceramah bertajuk : Takaful menurut Syariah Islam dan Peranan Takaful melindungi Kepentingan Ummah.





Sesi 3 dilengkapi dengan Tajuk ceramah: Dwi -fungsi Takaful di dalam Masyarakat oleh Tn Haji Mohd Suhaimi Ahmad  dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad.


Sesi 4 diteruskan dengan Forum bertajuk: "Takaful:Persepsi Masyarakat"  

Moderator: Ustaz Mohd Hafizal Ellias
Ahli Panel:
Ustaz Wan Jemizan W. Deraman
Encik Ariff Azhan Abd Ghani
Professor Dr. Mohamed Abdul Hamid

Jenis-jenis Takaful dan perkara yang boleh dituntut :

oleh:

Takaful Keluarga: Encik Nor Azman Zainal -Prudential BSN Takaful Berhad
Takaful Am: En. Mohmad Izaz Othman -Etiqa Takaful Berhad.


Majlis perasmian seminar TAKAFUL ini oleh Bekas bos besar kami dulu iaitu 
 YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri :
YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki.


Sesi terakhir sebelum majlis penutup adalah sesi soal jawab oleh:

Moderator: Ustaz Mohamed Hadi Abdul Hamid (Etiqa Takaful Berhad)
Ahli Panel:

1.Ustaz Mohamed Saifuddin Gahnehman (Sun Life Malaysia Takaful Berhad)
2.Ustaz Ismanizam Ismail (MAA Takaful Berhad)
3.Ustaz Omar Mohamed (Syarikat Takaful Malaysia Berhad).


Sebelum bersurai kami diberi sijil :)





NIRWANA CATERING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdullillah..

Bersyukur dikurniakan sedikit masa untuk menulis blog. Kali ni nak cerita pasal NIRWANA CATERING .

Alkisah, baru2 ni I temankan my sis untuk proses tempahan Catering. Al maklumlah, majlis dah tak lama. Catering yang my sis ambil ni adalah yang sama dengan Catering I gunakan sewaktu majlis perkawinan I dulu. Pakej yang diambil pun sama. My mum kata setakat ni dia berpuas hati dengan perkhidmatan catering Nirwana ni.



Tapi my sis tak amik baju sanding sbb baju baru xada.So baju sanding tu ambil dari butik luar. Just ambil katering dengan makeup.



kalau dapat design hall macam ni pon ok kan? tapi ribbon kat kerusi tu kalau warna pastel lagi cunn. Macam I pulak yang nak kahwin lagi skali.

ahahahahaha!