Seminar Takaful di ILIM

Salam! Hai Bloggers!

Thanks a lot sudi singgah blog I.
Hari ni nak cerita pasal Seminar Takaful yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia , Bangi.
Seminar ni telah diadakan pada 19 April lepas. Kononnya I adalah antara insan terpilih daripada department I untuk menghadiri seminar ini.


ILIM

 ILIM, BANGI


Kami (seramai 5 orang) pergi dengan van syarikat dan dihantar oleh pemandu syarikat. Bertolak jam 8.20 pagi  sedangkan pukul 9 pagi sepatutnya kami telah berada di situ.


Sebaik sahaja sampai, kami terus ke dalam dewan dan terus mendaftar di kaunter yang disediakan. kami diberi sedikit cenderahati sewaktu pendaftaran.


 
     Cenderamata dari Seminar Takaful 



Selesai urusan pendaftaran, kami masing2 mengambil tempat. Sesi seminar bahagian pertama pun dimulakan dengan ahli jemputan pertama , iaitu seseorang yang tidak asing lagi yang seringkali di lihat di kaca televisyen iaitu Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, seorang penceramah bebas dengan penyampaian belia yang bertajuk : Sistem kewangan Islam dan konsep Muamalat di Malaysia.




Pada jam 9.45 pagi, seminar diteruskan oleh penyampaian  sesi 2 iaitu  oleh Penceramah Ustaz Mohd Fazli Masri  iaitu Penasihat Shariah Munich Re Retakaful dengan penyampaian ceramah bertajuk : Takaful menurut Syariah Islam dan Peranan Takaful melindungi Kepentingan Ummah.





Sesi 3 dilengkapi dengan Tajuk ceramah: Dwi -fungsi Takaful di dalam Masyarakat oleh Tn Haji Mohd Suhaimi Ahmad  dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad.


Sesi 4 diteruskan dengan Forum bertajuk: "Takaful:Persepsi Masyarakat"  

Moderator: Ustaz Mohd Hafizal Ellias
Ahli Panel:
Ustaz Wan Jemizan W. Deraman
Encik Ariff Azhan Abd Ghani
Professor Dr. Mohamed Abdul Hamid

Jenis-jenis Takaful dan perkara yang boleh dituntut :

oleh:

Takaful Keluarga: Encik Nor Azman Zainal -Prudential BSN Takaful Berhad
Takaful Am: En. Mohmad Izaz Othman -Etiqa Takaful Berhad.


Majlis perasmian seminar TAKAFUL ini oleh Bekas bos besar kami dulu iaitu 
 YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri :
YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki.


Sesi terakhir sebelum majlis penutup adalah sesi soal jawab oleh:

Moderator: Ustaz Mohamed Hadi Abdul Hamid (Etiqa Takaful Berhad)
Ahli Panel:

1.Ustaz Mohamed Saifuddin Gahnehman (Sun Life Malaysia Takaful Berhad)
2.Ustaz Ismanizam Ismail (MAA Takaful Berhad)
3.Ustaz Omar Mohamed (Syarikat Takaful Malaysia Berhad).


Sebelum bersurai kami diberi sijil :)





NIRWANA CATERING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdullillah..

Bersyukur dikurniakan sedikit masa untuk menulis blog. Kali ni nak cerita pasal NIRWANA CATERING .

Alkisah, baru2 ni I temankan my sis untuk proses tempahan Catering. Al maklumlah, majlis dah tak lama. Catering yang my sis ambil ni adalah yang sama dengan Catering I gunakan sewaktu majlis perkawinan I dulu. Pakej yang diambil pun sama. My mum kata setakat ni dia berpuas hati dengan perkhidmatan catering Nirwana ni.



Tapi my sis tak amik baju sanding sbb baju baru xada.So baju sanding tu ambil dari butik luar. Just ambil katering dengan makeup.



kalau dapat design hall macam ni pon ok kan? tapi ribbon kat kerusi tu kalau warna pastel lagi cunn. Macam I pulak yang nak kahwin lagi skali.

ahahahahaha!









Cenderahati SIs JM

Assalamualaikum.
Semoga semua sihat walafiat
Baru2 ni dimaklumkan Sis JM ada cenderahati untuk pengunjung blognya.
Serius x tahu i adalah salah seorang penerimanya
Anyway.Thans a lot to Sis JM.




Ha..Fridge Magnet dari Korea ni dah selamat pun mendarat di Fridge I bersama2 dengan koleksi FM yg lain.

Gambar bunga Sakura yang mekar berkembang. 
Terima kasih skali lg Sis JM. Lain kali boleh bagi lg ahehehe
..





Saya Menang!! : HPM 2015

Assalamualaikum.

Hai semua. Harap bloggers semua sihat. Mungkin ada antara you all penah dengar tentang FOMCA? HPM?

Ceritanya begini, tahun lepas, waktu I godek2 laptop ni sambil surfing internet, terjumpalah benda alah ni:



Kebetulan tengah senggang, jadi tertarik pula nak mencuba nasib. Belek punya belek, pertandingan merekabentuk poster tu macam menarik.

So, I pun sesaja design  poster ringkas. Nama pun cuba2 kan..Itu pun penyertaannya  dah hujung2 dekat dengan tarikh tutup dah.

Lepas hantar design poster tu  baru terperasan ada pertandingan menulis esei jugak in BI & BM. Malam sebelum tarikh tutup tu gigihlah menaip esei.

Hahaha.sekali silap antar pulak. Esei BM hantar ke Bahagian Esei BI. Lucu!

Then Lepas antar semua, I pun busy dengan life and work.Sampai terlupa penah hantar penyertaan ni. Sampailah satu masa tetiba dapat call daripada HPM ni, Mengatakan I menang tempat SAGUHATI.
Tak percaya , I pun bukalah website dia.Betul.Memang menang KATEGORI E (Merekabentuk Poster).

Okeylah tu.Penyertaan suka2..

So.. sesiapa sini ada adik2 ke, kawan2 atau you all sendiri especially pelajar U , pelajar sekolah tu, cikgu2 yang rasa nak join, bolehlah cuba nasib.Mana tahu dapat hadiah utama,kan?

Serlahkan bakat terpendam..penyertaan peringkat sekolah pun ada. Untuk maklumat lanjut bolehlah cuba lawati Page : HPM 2016




CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET

CHEERY BLOSSOM

CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET


Hai! Apa khabar semua? Hari ni nak tunjuk set Cherry Blossom yang comel ni! Pink gituww!



Cherry Blossom Whitening body set ni adalah produk  dari Korea.Istemewanya set ini adalah  diperbuat dari pada bahan-bahan semulajadi dan diperkaya dengan extract susu dan buah buahan!

Wangi tau! Set mandian NI baunya sangat menyegarkan dan aromanya pun long lasting. Memang leakt pada badan ni! Lepas mandi je , satu bilik boleh  bau keharuman dia..Hahaha!

Di bawah ini adalah kebaikan penggunaan 
CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET

  1. Menghilangkan daki dengan salt scrub 
  2. Melembabkan kulit dan menghilangkan kulit2 mati
  3. Memelihara kehalusan kulit 
  4. Menyegarkan badan 
  5. Mencerah dan memutihkan kulit
  6. Wangi sangat 
  7. Melindungi badan dari masalah bau hapak


Tonton Batman v Superman: Dawn of Justice

Peminat Adi wira Batman mahupun Superman? 

Pasti korang ternanti2 filem terbaru dua adiwira terkenal ini. Batman v Superman: Dawn of Justice 2016 merupakan film aksi superhero yang pastinya menghiburkan  anda dengan imaginasi dan pengalaman yang menakjubkan.Filem Batman vs Superman ini diarahkan oleh Zack Snyder. Bintang utamanya adalah  Henry Cavill sebagai Superman dan Ben Affleck sebagai Batman. Film Batman vs Superman Dawn of Justice ini turut  dibintangi Amy Adams, Laurence Fishburne, Jesse Eisenberg, Gal Gadot, Diane Lane, Jeremy Irons, Holly Hunter, Scoot McNairy dan Jason Momoa. Batman v Superman ditayangkan pada 25 Mac 2016 di Amerika Syarikat.









Film action "Batman v Superman: Dawn of Justice" mengisahkan tentang Superhero separuh dewa yang tiada tandingannya . Konflik antara Batman dan Superman terjadi saat masing2 mempertikaikan tentang siapakah yang lebih diperlukan oleh dunia untuk melindungi seluruh umat manusia.Samaada Batman ataupun Superman?

Ketika Batman dan Superman masing2 bersaing sesame sendiri dan  terjerat dalam konflik antara mereka, timbul ancaman baru di muka bumi.Maka bermulalah saat genting yang penuh aksi dan suspen di dalam file mini.Filem ini mengisahkan konflik antara sang kesatria kegelapan (the dark knight) melawan sang manusia besi (man of steel). 

Dan siapa agaknya perancang kemusnahan dan huru hara tersebut? Mungkinkah  sang Lex Luthor, yang merupakan musuh utama Superman? Atau, Doomsday, yang merupakan manusia super kuat yang telah membunuh Superman seperti diceritakan dalam komik?
Konflik dan pertanyaan di hati penonton pasti bertambah  dengan kewujudan watak  Wonder Woman atau Aquaman di filem Batman vs Superman: Dawn of Justice ini. 


Jom sama2 nantikan kemunculannya!

Ujian - Kafarah atau Dugaan?

Salam,
Apa khabar blogger semua? harap sihat walafiat dan ceria bahagia bersama keluarga tercinta.

Hari ni tiba2 hati rasa sayu sangat.
Rasa pilu.

Sebagai seorang manusia  atas muka bumi ini, aku percaya setiap manusia ada bahagiannya masing2. Ada rezekinya sendiri, ada dugaannya sendiri.

Setiap seorang itu dugaan dan ujiannya berbeza2 mengikut tahap kemampuannya.

Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Qur'an DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA diluar kemampuan hamba-hambaNYA.

Sesungguhnya kerana ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujianNYA maka didatangkan ujian itu terhadap hambaNYA sebagai tanda KASIH dan INGATANNYA terhadap kita.

Pernah tak antara kita mempersoalkan kenapa kita diuji?


  • Ada yang diuji dengan Lambatnya datang Jodoh
  • Ada yang diuji dengan Masalah Keluarga
  • Ada yang diuji dengan Anak-anak
  • Ada yang diuji dengan Pekerjaan dan Rezeki
  • Ada yang diuji dengan ditarik nikmat kesihatannya


Kita sebagai manusia tak lari dari sifat cemburu.

Kadang kita cemburu melihat Rakan kita memiliki rumah mewah, kerjaya hebat.Tapi sebaliknya kita lupa dia juga ada ujiannya yang tersendiri. Biar memiliki harta dan kerjaya, dia masih belum dikurnia pasangan hidup, dan nikmat kesihatannya ditarik pula- penghidap Diabetes.

Kita cemburu melihat Jiran kita,. Punyai Pasangan hidup, senang-lenang dan kaya.Masih punyai ibu dan bapa dan anak-anak yang comel belaka. Tapi.. kita tidak tahu dia sebenarnya punyai masalah keluarga dan hampir bercerai-berai pula.Anak-anak buat perangai juga. Ponteng sekolah dan menjadi liar pula sedangkan telah  diasuh sebaik- sebaiknya, diberi didikan agama.



Ada dikalangan saudara kita, hidupnya bahagia.Punyai ibubapa dan pasangan hidup yang setia. Tapi ujiannya juga berbeza, belajarnya tinggi sampai ke universiti namun masih belum punyai pekerjaan lagi.Isterinya pula meninggalkannya.

Ada sesetengah dari kita pula hidupnya miskin papa kedana.Anaknya ramai pula.Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi dia tetap bahagia.Anak-anak membesar di depan mata. Masing-masing senang mendengar kata dan rajin menolongnya.

Ada manusia hartanya melimpah ruah sehingga boleh membeli dunia. Kawannya ramai tak terkira. Tapi hidupnya sepi sebab dikelilingi dengan manusia yang penuh pura2. Ayah dan ibu lama sudah tiada. Isteri juga sudah tinggalkannya. Anak pula langsung tak ada. Hidup juga sudah tak lama- bermacam penyakit bersarang dalam dirinya.



Berbalik kepada diri , rasa sakit sekali

Bila dikenang-kenang. Terasa cemburu dengan mereka2 yang beroleh sesuatu dengan begitu senang sahaja.

Terkadang terfikir, eh.. dia tu tutup aurat pun tidak, dedah  sana sini, sembahyang pun tak cukup 5x sehari .tup2 dah jadi pegawai besar. Anak comel2, suami kacak, Kaya pulak tu.

Kita ni tutup aurat, solat 5x ++ bertudung litup ,aurat jaga ,pergaulan jaga, tapi jodoh tak muncul2 juga. Kerja pun takat biasa2 saja.Tak senang mana.Harta pun tak ada.

Pernahkah kita begitu? Jangan tipu- tak sekelumit pun mesti ada rasa begitu.
Normallah.Manusia.


Saya selalu pikir.dan kadang jadi hairan.Mulalah mempersoal itu dan ini.Pada diri.
Baliklah kepada fitrah diri, dan beristighfar kembali.


Allah lebih tahu. Janganlah persoalkan kejadian yang telah terjadi.Pasti ada hikmahnya nanti. Hanya itu ayat untuk menyedapkan hati sendiri.