Brain Yoga

Guru2 dilarang denda pelajar!

Hm..habis tu nak buat apa? Biar saja? tengok aje semua kelakuannya? Lantak engkau le?

Kalau zaman dulu2 cakap je, rotan, penampar siam, pulas telinga, ketuk ketampi, berdiri luar kelas, panggil depan perhimpunan, tekan tubi, ketuk dengan pembaris, cubit, tarik side burn tepi telinga, conteng muka, gantung signboard kat leher.. semua ada.

Sebab tulah boleh jadi 'manusia'.

Tapi sekarang.. apa pun tak boleh..apa pun tak ada.Maka jadilah mereka mengada2 dan manja.

Sebab dengkinya, tak puas hati, terlampau sayang anak punya pasal.. apa yang cikgu buat semuanya dia rasa benci.Rasa tak boleh jadi, iri.

'Anak aku jangan berani2 nak usik!' - amboi! berlagak naaa hang?

Sampaikan cikgu denda ketuk ketampi dikatakan mendera, cikgu kutip duit dikatakan cikgu 'along', cikgu perli dan sindir2 dikatakan beri gangguan emosi, memalukan pelajar.Allah!

Abis tu, macam mana kau jaga anak?? didik anak?

Cikgu tu buat denda kutip duit pon bukan nak sangat duit anak korang. Duit tu pon nanti guna untuk photostat bahan belajar ke, kegunaan kelas ke.untuk diaorang jugak.Kalau tak nak kena bayar duit janganlah sampai kena denda!


Cikgu sindir2 anak korang tu nak bagi insaf sikit tapi ada gak jenis tak paham bahasa.dah tu nak buat macam mana? gangguan emosi konon! habis yang cikgu nak bagi anak korang tu jadi manusia,jadi baik jadi berguna..tapi kena layan perangai anak korang yang ntah apa2 tu korang pikir tak jadi gangguan emosi?

Sampai ada yang masuk hospital bahagia kau tahu?

Cikgu suruh ketuk ketampi bukan boleh mati pun! tu nak bagi otak anak korang tu cerdik jugak. tu kan senaman, tak percaya? alah.. barat pun dah tiru senaman yang nek moyang kita buat lama dulu ni! Yoga Brain gitu!









Rugi Tak Baca!:





Kisah Bangla, Nepal, Indon dan Orang kita

Salam 1 Malaysia!

Erk..dah macam hape daa..

Mat Afrika, Negro


Ok ,assalamualaikum,lebih manis dan awesome! Sekali lagi I ucap TQ beribu2 lemon sebab sudi singgah Blog yg tak berapa nak glamer nih.

Bukan nak cerita apa. Nak kupas sikit2 je..sambil cicah roti kering dengan air kopi tanpa gula.
Kupas apa? Ala..isu yang tengah Hot sekarang Laa. Isu bawak masuk Bangla.

K, pertama sekali I nak tanya pendapat You all lah,.Antara Indon, Bangla and Nyammar mana lagi yang jahat you all rasa?

Ha...ini bukan soalan rasis ya? Kalau ada sini yg punya sedara mara dari negara2 kat atas ni or u all sendiri dari negara yg I sebut dekat atas ni, I harap jangan kecam I yer?

Penah tak korang tengok berita, baca surat khabar, internet ke.. tentang kes samun. Ya..samun di negara kita lah..takkan kat negara diaorang pulak!!

Okey, soalan pertama.

Antara ketiga2 warganegara /pendatang dari kalangan di atas, mana satu yang paling kejam jenayahnya? Yang paling ngeri kesan trauma atas kesalahan dan perlakuannya?

Lazimnyalah kan. yang sering kita dengar.

1) Kes ngorat, bawa lari anak dara orang, cabul kehormatan- BANGLA
2) Kes bunuh, rompak, samun bersenjatakan parang ,tetak putus kaki/kepala/ anggota badan-INDON
3) Kes rogol, cabul, samun, gaduh,rusuhan sesama bangsa -MYAMMAR
4) Kes dadah, samun berprofile tinggi, jenayah berat antarabangsa- NEGRO


perompak, pendatang asing, Indon
Hah, nampak tak kat sini?

Sebenarnya pengambilan pendatang asing untuk memenuhi keperluan industri tu ada PRO dengan KONTRA nya.

BUKAN nak katalah I sokong 100% bawa masuk pendatang asing banyak2..of kos tak!!!

Tapi , realitinya di depan mata I sendiri , I nampak akan keperluan mereka di negara kita terutama dalam Industri Pembinaan, Perkilangan, Pertanian, Perlombongan, Perusahaan, Pertukangan dan juga Kerja awam seperti pembersihan.

Contoh di kawasan perumahan tempat ibubapa saya menetap kini. Tiap petang akan ada pekerja pembersihan yang memebersihkan kawasan sekitar, mengutip sisa buangan dan sampah dari kawasan tempat tinggal penduduk. Jika tidak mereka yang sanggup melakukan pekerjaan yang dianggap jijik dan kotor serta bergaji rendah itu, takkan nak harapkan anak-anak remaja kita pula?

Mahukah tuan2 dan puan2 benarkan anak2 atau isteri atau suami puan2 menolak troli/tong sampah separas kepala mereka sendiri yang dipenuhi sisa buangan?

Inginkah tuan/puan sendiri menyapu di lobi2 flat, tangga ,setiap aras flat /apartment setinggi 18 tingkat? Mengutip sampah di setiap aras tingkat? Mungkin jawapannya tidak! Sedangkan sampah sendiri pun dicampak ke luar tingkap! sedangkan pampers anak yang masih di penuhi najis di baling dari tingkat 17 ke tingkat bawah!

Jika di shoipping Mall pulak, sanggup ke orang melayu cuci lubang jamban tiap2 hari? tukar tisu tandas, plastik sampah, angkut sampah? sedangkan jumpa sampah jatuh di tepi jalan pun kita buat2 buta??

Alah, jangan nak berdalih sangatlah cakap semua orang kita boleh buat!!

Memang, kita sendiri pun..kalau Malaysia ni ada krisis politik, ekonomi tak stabil, kemiskinan merata dan terpaksa merempat di negeri sendiri kita akan cari jalan untuk cari rezeki ke tampat orang kan? Bayangkan kalau kita ni di tempat mereka sekarang. Terpaksa cari ruang lain , berhijrah demi sesuap nasi keluar dari Malaysia.Tak payah jauhlah.. Australia. Agak2nya kerja apa kita dapat buat kalau pelajaran takat SPM je dari malaysia?

K la.Katalah untuk Degree holder.Terpaksa ke UK cari duit sebab Malaysia dah miskin (contohlah). Korang rasa, korang dapat ke jawatan korang kat malaysia sekarang ni kalau korang berada kat UK sana? Agak2 koranglah..cukup bagus ke korang untuk bersaing dengan orang2 UK sana? dengan Hak keistemewaan warganegarala  mereka di sana? ada peluang ke korang kat sana?

Macam tulah mereka. Kadang2 bangla yang datang tu bukan bodo piai mana punn.. Depa ada Degree jugak.Ada PHD Holder jugak, master bagai dari tempat depa sana.TAPI yang membataskan mereka di negara kita adalah HAK KEISTEMEWAAN kita sebagai Warganegara!!

Mereka juga terpaksa kerja apa sahaja yang rendah dari kelayakan mereka sebab nak duit! nak kerja! nak hidup. nak survival!

The point is tolong jangan JAHANAM kan hak keistemewaan kami sebagai warganegara. Nak ambik Bangla ke Indon ke, Nyammar hatta Negro sekalipun  TOLONG hadkan jumlah kemasukan mereka, Pantau disiplin dan rekod kelakuan mereka.

nyammar gaduh,pendatang


Tetiba teringat cadangan Donald Trump untuk Orang islam di tempatnya pakai Badge pakai ID pengenalan diri bagai . Mungkin Bangla2 , mat negro indon bagai ni kena ada ID jugak kot,Sekali dengan rekod jenayah bagai. Kalau dilapor ada jenayah, kelakuan tak elok, tolak merit. Markah rendah je.kita hantar balik tempat asal.Band terus tak boleh dah masuk Malaysia.

AL maklumlah, banyak pulak jenayah yang dilaporkan dilakukan oleh mereka ni sejak dua tiga menjak ni.Makin menjadi2. Tak tahulah mana silapnya!

Agaknya masing2 dah makin besar kepala.Diberi susu dibalas tuba!

P/s: sbnrnya byk je lg bangsa asing lain yg masuk malaysia ni. Macam pakistan. Nepal. Thailand. Tp jumlahnya agak sedikit dan kes2 yg dilapor melibatkn mereka juga rendah.

Mcm mrk ni sektor pekerjaan mrk terlibat adalah
Kebayakannya:

1)bangla- pembinaan.perkilangan.pembersihan.
2) nepal- jd guard.kilang.tukang cuci.
3) pakistan- banyak jual karpet kat jln tar n ronda kg2.
4)indon- pembinaan.tukang cuci.kalo yg pompuan jd bibik. Selalu kes  curi.lari diri.pertanian: byk kat felda2. Kalo ada rompak .samun felda mesti ada depa.
5) myammar- jd guard.kuli kilang. Pekerja am di mall

BUKAN apa.majikan lebih suka BANGLADESH ni sbb depa ni kuat kerja.Tenaga depa ni mcm berganda2.tp I dengar ada yg lg bahaya! Nafsu depa mcm nafsu kuda!! Ei seram aih

bangla,bangla miang, gatal



UJIAN HSG


Takutnya...

Assalamualaikum,

Hai korang.Korang sihat? kalau sakit jangan biarkan melarat..bawak2 lah berubat..kalau kronik bolehlah bawak2 bertaubat.

Hm.. Masih dalam TTC Phase. Sungguh..hanya org2 yang pernah alami je yg tahu macam mana perasaan tu. Org2 yang lalui TTC Phase ni memang cekallah.Salute korang.

Iyelah.Berbanding dengan org2 yang naturally kawen2 je terus terberanak tu.. orang yg lambat conceive ni mcm2 dugaannya.

Sedih.

Phase pertama ritu amik darah dan checkup ovum and sperm production dah LULUS dengan jayanya.Alhamdulillah Doc cakap kami tak ada masalah dalam production.

Tapi, Sebelum DOC teruskan dengan pemberian ubat (Clomid) DOC minta untuk buat ujian HSG.
Alamakkkk!!
Seriously I takut!!

Orang cakap ngeri!

Tapi tu orang cakaplah.Ada cakap wat lek je..juz macam buat PAP SMEAR.Jadi I pun tanya adik I sakit tak? adik cakap x pun.

Hmm.Tapi tu PAP SMEAR ok!

Ikutkan kena buat appoinment dengan Unit Radiologi untuk Ujian HSG tu.Tapi entahlah..hati ni berat je .TAKUT sangat2

So, I buat keputusan untuk tunggu next cycle period.Ambik masa sikit. Risau berlebih. Macam2 bermain dalam fikiran Mood pon tak stabil.

Maybe ada antara you all penah buat USG Test ni boleh kongsi sikit?




Kahwin campur

Assalamualaikum.

Kepada yg rajin singgah sini TQ so much diucapkan. Love u all.huhu

Saat masing2 demam Diwale ni ada 2 , 3 perkara yg nk diutarakan.

Dilwale

Tentu korang kenal pelakon utama filem ni kan? Siapa x kenal si hero bollywood Mr Shah Rukh Khan ni.
Kehebatannya dalam lakonan dan aksi2nya sering mendapat pujian ramai.

Namun bukan benda tu yg jd fokus perbincangan kali ni.Korang tentu tahu kan Gelaran 'Khan' dihujung nama belia tu yg simboliknya dimiliki oleh penganut agama islam.

Betul ke Shah Rukh Khan ni penganut Islam? Tapi kenapa ya dalam lakonannya beliau xpenah kisah jika diminta menyembah berhala, memuja dewa2 mereka kononnya, malah pernah juga masuk gereja dan berdoa seolah penganut agama itu?

Apakah Shah Rukh Khan ini juga penganut kesemua agama2 itu? Mungkin akan ada yg berkata:

"Ala..lakonan je tu!"

Benar.tapi bukan sekali dua.bukan! Dan persoalannya, apakah tidak rosak akidah seseorang itu yg memuja dewa dan menyembah patung2 dengan bacaan2 mentera pemujaan itu?

Lebih berani dan terang- terangan Isteri aktor ini sebenarnya masih lagi penganut Hindu yang menyembah berhala.

Ya.Tanpa menukar agama dan pegangannya beliau berkahwin dan mendapat anak2 hasil dari perkahwinan antara penganut Islam dan Hindu itu.Apakah status sebenar perkahwinan mereka?
Apa pula status anak2 yang lahir itu?q

Lebih pelik.Di dalam kediaman tempat mereka tinggal bersama juga madin terdapat berhala dan tokong sembahyang kerana isterinya masih penyembah berhala!

Agak2nya l kan..malaikat nak masuk ke rumah dia tu? Macam mana status agama yang dianuti anak2 shah rukh khan? Pilih Islam ke atau Hindu agak2nya?
Berdoa sambil masa yang sama sembah berhala? Macam mana tu?

Isu perkahwinan campuran tanpa menukar agama ini bukan hanya berleluasa di India malah Indonesia juga telah lama mengamalkannya.Ada juga yg tanpa segan silu murtad kerana mengikut agama suami si penganut Kristian.

AJARAN MANA sebenarnya yang membenarkan perkara seperti ini berlaku? Mazhab Islam yang mana membenarkan seseorang islam berkahwin dengan golongan kafir ini tanpa menukar agama ?

Kenal dengan Aamir Khan? Bagaimana pula dengan Salman Khan? Apakah gelaran 'khan' dihujung nama itu cuma hiasan semata2.atau mungkin gelaran kebedaran untuk menunjuk2 tentang keturanan ' Khan' itu semata2.

Tentu korang dah tengok filem di bawah ni kan? Salman yang juga penganut islam berlakon sebagai penganut hindu.penyembah dan pemuja dewa?


Apa sebenarnya yang lebih membimbangkan selain daripada orang yang mempermainkan agama?

Bajrangi bhaijaan

Moga2  'wabak' merbahaya ni tak menular ke negaraku tercinta Malaysia.Kalau tidak..huru haralah satu Malaysia!

Banyak pula anak tak sah taraf dan kes2 khalwat yang nantinya menggusarkan dan memeningkan kepala penguatkuasa agama.

Ialah.nak kata tak kahwin dah kahwin.tapi kahwin pula ikut adat dan agama lain.macam mana ya? Orang melayu  islam kahwin digereja.oleh paderi pulak tu.dapat anak siap baptis oleh pihak gereja.anak tu islam mix kristian lak ya? Hancur2.

Moga2 jauhkanlah dari kita semua.

Sos Teriyaki Marinated Halal ke?

Takoyaki


Kenal benda bulat2 ni? I cukup suka makan benda ni.Kalau kat Giant jual RM5.00 tak silap.Sebab rasa tak berbaloi, teringin nak buat sendiri.Jadi I pon google lah resepi Takoyaki ni.

Tekak I ni tak berapa suka sangat makanan Korea/jepun .Pernah seorang teman sekelas ajak masuk kedai Sushi ,tak lalu nak order ape2.Cuma makan Takoyaki ni je, Mujurlah ada benda yg boleh gak ditelan.

Tahu tak korang kenapa sebenarnya restoran Sushi tak diiktiraf  Halal oleh JAKIM? Memanglah korang cakap makanan dia tu halal, tapi tahu tak sos2 untuk kegunaan restoran Jepun dan Korea ni kebanyakkannya dibuat dengan ramuan yang diragui HALAL nya.

Macam tu jugalah I terkena.Sebab nak buat TAKOYAKI I terbeli Sos yang tak Halal pulak.Adoii membazir betul.

Sos Teriyaki Marinated, bukan sahaja digunakan untuk masakan TERIYAKI tetapi juga diguna dalam TAKOYAKI.

Sos keluaran syarikat Jepun iaitu KIKOMAN ni, dihasilkan dari campuran arak/tuak. Ya, masyarakat Jepun memang suka menambah sejenis arak dalam kebanyakkan masakannya.Arak yang terhasil daripada peraman beras/nasi ini dicampur dalam sos, dalam makanan, sebagai penambah perisa.

Macam yang kita tahu, arak ni terhasil daripada peraman /tapaian Anggur, Nasi, Barli, dan macam2 lagi.Kalau orang Jepun dia masukkan sikit dalam masakan.

Hmm, nak buat macam mana..dah terbeli.Walaupun terang-terangan dekat botol tu tak ada tulis dia menggunakan arak, tapi kalau tulis "Naturally brewed" maka ia memang ada Alkohol.

Kebanyakan sos Jepun dan Korea memang diragui STATUS HALAL.Susah nak jumpa yang betul2 tak campur tuak/arak ni.Sos masakan Cina pun sama.Jadi, periksa betul2 sebelum beli.Jangan tangkap muat je! tengok nanti membazir macam I.


Kalau makan kat luar lagilah kita tak tahu sos dan ramuan tambahan apa yang digunakan.Bayangkan, ikan, ayam, daging dan sumber lain memanglah Halal,tapi dia letak pulak minyak , sos, penambah perisa yang ntah apa-apa dalam burger korang.Korang pun main telan je? Sekali dalam tu ada minyak babi, arak, campuran lemak haiwan tak halal.euwwwww!!

Kempunan nak letak sos sedap atas Takoyaki buatan sendiri.Huhu kena try buat sos sendirila gamaknya.kikiki.

Kalalu malas ,kena tunggu produk sos makanan Jepun/Korea keluaran Syarikat Malaysia la nampaknya.Bila agak2nya Maggi ke, Knorr ke, Nona nak keluarkan Sos2 untuk masakan Jepun agaknya yer? Nak juga makan makanan Jepun/ Korea yang HALALAN TOIBBAN.TAK PAYAH RAGU2 LAGI PASNI.hmmm?



Teriyaki Marinated sauce Malaysia



Ehemmm..Jumaat yang Istimewa.

Bismillahirahmanirrahim..


Syukur, dapat mengecap udara segar ciptaan Allah.Hari ini 1 januari 2016 sekali lagi diberi peluang untuk hidup.

Menginjak lagi ke tahun baru, rasa macam baru semalam menyambut Januari 2015 tak sangka sudah setahun ditinggalkan.Bererti semakin singkat umur aku hari ini.

Istemewanya 1 januari 2016 ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Hari Jumaat. Mengingatkan pada detik yang semakin singkat. Pernah mendengar seorang ustaz berkata, hari kematian seseorang adalah sama dengan hari kelahirannya

Ya, aku dilahirkan pada hari Jumaat, tanggal 19 Rabiulawal 1407 H.Jam satu setengah tengahari. Apakah aku akan meninggal pada hari ini? semua itu takdir.Tarikh kelahiran memang telah tercatat di dalam IC namun tarikh kematian semuanya ditangan Allah s.w,t.


  • Alangkah indah kalau meninggalnya aku juga pada hari Jumaat.Sebagaimana dikatakan orang yang meninggal pada Malam atau hari Jumaat adalah  Khusnul Khatimah.

             Diriwayatkan oleh Ibnu Amru , bahwa Rasulullah bersabda: "Setiap muslim yang   
            mati pada siang  hari Jum’at atau malamnya, niscaya Allah akan 
            menyelamatkannya dari Fitnah kubur". (Hadirh Riwayat Ahmad dan Tirmizi, dinilai 
            shahih oleh Al-Bani).

             
khusnul khatimah



·     Di dalam Islam sendiri menceritakan istemewanya hari Jumaat.Tahu tak matahari dicipta di
    dunia pada hari Jumaat? Nabi Adam diciptakan dan wafat pada hari Jumaat? Dimasukkan ke 
    dalam syurga juga pada hari Jumaat ? Nabi Adam turun ke dunia juga pada hari Jumaat.

           
             Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabada: "Hari terbaik dimana 
            pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan,   
            dimasukkan  syurga  serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi        
            kecuali pada hari  Jumaat." (Hadith riwayat Muslim)




matahari


  •  Dikatakan juga Allah s.w.t menampakkan dirinya kepada golongan syurga di akhirat kelak  pada hari Jumaat.

              Sahabat Anas bin Malik dalam mengomentari ayat: “Dan Kami memiliki
           pertambahannya”  (QS.50:35) mengatakan: “Allah menampakkan diri kepada 
           mereka setiap   hari Jum’at”.


  • Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.


Sesuai dengan gelarannya Penghulu segala hari, hari Jumaat ternyata menjanjikan banyak kelebihan untuk manusia.Antaranya pada hari Jumaat:


1. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.
2. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
3. Hari dihapuskannya dosa-dosa.
4. Pahala atas orang yang menunaikan solat Jumaat.


Lalu, apakah yang akan berlaku sekiranya aku mati pada  tanggal 19 Rabiulawal iaitu bersamaan hari Jumaat? Bersediakah aku menghadapi detik2 selepas itu?


tanah kubur

Ya Allah, Aku Rinduuu..!

Menyelak lembaran Facebook
Aku terkedu,rasa hiba dan diam2 aku cemburu
Mengimbas memori lalu
Mengenang2 secebis kasih itu
Aku keliru
Apakah sebenarnya rasa itu?

Sungguh ..aku tak tipu
Aku rindu..tersangatlah rindu
Rindu pada wajah-wajah itu
Wajah yang dahagakan ilmu
wajah mulus yang sentiasa inginkan perhatianku
Perhatian manusia2 sepertiku
Seakan ibu..tempat mereka mengadu

Rindu
Terlalu rindu pada momen momen itu
Saat memekik memetir pada anak itu
saat membelai,mengasuh jiwa2 itu
Saat memujuk ,membasuh luka di hati2 itu
Terlalu rindu
Oh, aku benar rindu

Aku rindu
Bila kau pamer emosi tak puas hati
Bila kau memberontak seolah tunjuk benci
Bila kau merajuk dan bawa diri
Ingin diberi perhatian barangkali
Ingin menagih kasih agar bertahta di hati.

Aku rindu
Pada bunyi loceng yang kerapkali berdeting
Pada jerit-pekik ..riuh-rendah suara itu
Pada bauan keringat yang melintasi deria pernafasanku
Pada kepetahan dan kelincahan anak-anak
yang menjamu penglihatanku.

Aku rindu
Riak-riak gembira anak-anak itu
Riak-riak duka dan kecewa pada wajah itu
Riak kenakalan dan kebuasan itu
Riak kecomelan dan keanak-anakan itu
Sentiasa ada dalam kenang-kenanganku

Masihkah kau ingat padaku?
Samakah rasa rinduku dengan rasa rindumu
Wahai anak-anakku?
Kau terus melangkah maju
Mengukir mimpi-mimpimu
Sedang aku semakin terasa tua dengan usiaku

Teringat aku pada kisahmu
Yang manis dan pahit sentiasa di hatiku
Saat kau mengadu sukarnya meniti remajamu
Saat kau curah segala impian dan harapanmu
Saat kau dambakan semangat dan dorongan dariku
Saat kau tagih kasih dan sayangku
Sebagai ibu keduamu

Sungguh aku rindu
Mencurah ilmu yang lama terbuku
Tersimpan kemas dalam dadaku
Mengasuh jiwa kecil itu
Mendidik hati dan laku
Agar jadi seindah dan sehebat idolaku
Idola kepada agamaku

Aku rindu!