Pertandingan Kalam Jamaie' Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan.

Baru-baru ni I berpeluang menghadiri pertandingan Kalam Jamaie' ( choral speaking Bahasa Arab) Peringkat zon bagi sekolah-sekolah rendah bawah JPW KL.Pertandingan yang I hadiri kali ni melibatkan dua buah zon iaitu zon sentul dan zon keramat.

Bertempat di Dewan Sri Muda, Sekolah Kebangsaan Batu Muda,Sentul Kuala Lumpur.Acara bermula seawal 7.30 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi hakim terlibat dan para peserta.Sebanyak sembilan buah sekolah yang menyertai pertandingan ini.Gambar-gambar peserta dan pengiring boleh tengok kat bawah ni ya?

Antara peserta:

kalam jamaie sk batu muda


pertandingan kalam jamaie





persembahan kalam jamaie




Persembahan peserta:









Jom tengok gelagat peserta cilik:


pendaftaran kalam jamaie






juri

peserta kalam jamaie










sk batu muda














Ketibaan VIP : Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul,  TUAN HAJI JUAHIR BIN MONDAKIR untuk merasmikan majlis penutup Pertandingan Kalam Jamaie'  bagi Peringkat Zon Sentul dan Keramat.





guru besar sk batu muda

timbalan pengarah pejabat pendidikan sentul

Sepatah dua kata daripada  Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul,  TUAN HAJI JUAHIR BIN MONDAKIR





Di penghujung pertandingan, khalayak penonton dihiburkan dengan persembahan Kompang dan juga Gamelan oleh para pelajar SK Batu Muda,

kompang sk batu muda







Masa yang dinantikan pun telah tiba, dan pemenang diumumkan.Jeng, jeng ,jeng...!!!

keputusannya:


sk jalan air panas

(1) SK JALAN AIR PANAS

sk convent bukit nenas 2

(2) SK CONVENT (1) BUKIT NANAS


sk convent bukit nenas

(3) SK CONVENT (2) BUKIT NANAS.




Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!

GRADUAN PENDIDIKAN MENGANGGUR?

Hai...apalah nak jadi dengan sistem pendidikan negara kita ni.Apakah kementerian pendidikan dan pengajian tinggi menubuhkan lambakan universiti awam dan swasta untuk mengaut keuntungan semata?

Jika bukan untuk industri dan tenaga mahir dalam negara maka apa perlunya melahirkan berjuta juta graduan setiap tahun? Apakah dengan pemberian wang pinjaman yang kononnya untuk tujuan melanjutkan pelajaran sudah cukup sebagai jaminan masa depan belia negara?

Nasib graduan pendidikan tak kurang hebatnya.Sudahlah terpaksa melalui ujian dan pelbagai tapisan untuk kemasukan program pengajian pendidikan, terpaksa menjalani pengajian 4 tahun, praktikulum di sekolah, pedagogi pendidikan dan psikologi , ditapis lg untuk lantikan jawatan.temuduga spp .

Betapa banyak tapisan dilaksana namun nasib masih terumbang-ambing tiada hala tuju.Tiada jaminan akan diposting ke sekolah2 malah tak ada kepastian samaada mereka boleh berkhidmat dlm bidang selain pendidikan kerana skrol ijazah yg dimiliki adalah dlm bidang pendidikan.

Kini mereka ini graduan pendidikan Universiti Awam terpaksa mencuba nasib dalam bidang diluar pengajian mereka walau seringkali permohonan jawatan mereka ditolak atas alasan kelayakan tak setara.

Bukan tidak disuakan permohonan dalam bidang lain namun tiada majikan.yang sudi menggaji mereka.Baru-baru ini dikatakan beratus graduan yang ditemuduga spp gagal .

Malah dilaporkan 2000 lebih masih belum ditemuduga Spp dan selebihnya adalah calon cicir.Keseluruhan 3000++ graduan pendidikan Ismp universiti awam ini (tak termasuk u swasta)  mengharapkan Kpm dapat menyelesaikan masalah mereka.

Mereka bertungkus lumus belajar namun hingga kini mengganggur slps tamat pengajian.APa pula jaminan yg dapat diberikan pada bakal graduan Ismp yg akan datang? JUGA LAMBAKAN GRADUAN PENDIDIKAN?

JIKA Bukan di sekolah di mana pula graduan ini (bakal guru) patut ditempatkan? Di Zoo Atau pusat2 jagaan? Atau badan kebajikan? Atau mungkinkan di jabatan pendidikan? Atau  dijalanan?

Kepada adik2 yang hendak menyambung pengajian dalam bidang pendidikan, pikir2kanlah dan renung2kan.jangan sampai menyesal kemudian.

Ingat.setiap keputusan yang diambil pasti ada risiko  dan kesan.




Shopping Online--> indah khabar dari rupa?? (Expectation vs. Reality)

Holla!! Assalamualaikum..

Al-kisah.Nak tanya..korang suka shopping online? Jadi macam mana pengalaman korang? Adakah korang sangat2 berpuas hati tahap 'Super duper happy ' dengan hasil tangkapan Online korang tu?
Cuba korang Rate sikit mana tahap kepuasan hati korang?


Dah 3X TERKENA.Tengok gambar bukan main kebabooom..cun melecun, cantik bergaya. Tapi bila parcel sampai..huh..indah khabar dari rupa.SERIK oiii...lain kuinginkan lain pulak yang datang!!

Kekadang nampak material macam HIGH QUALITY, sepadanlah dengan harga yang dijual, tapi bila parcel di bukak, barang depan mata..macam tak ada kualiti!Oh..TIPAH TERTIPU!!

Sapa penah kena macam ni cuba angkat tangan??? serik kak oiii..serik.Bagi hakak la, baik la akak beli OFFLINE! Tengok, rasa, belek, cuba, amik feel! Rasa berkenan..terus ZAPPPP, AMIK PERGI KAUNTER DAH BAYAR!!! Lagi puas hati..

Kalau beli online, mesti ada yang tak kena, saiz tak padanlah, kain tak kualiti lah, design indah khabar dari rupalah, warna tone larilah, sakitnya tuh di SINI!!!





















           Online                        Bila parcel sampai..
















Online                     Bila parcel sampai..













Online                     Bila parcel sampai..














            Online                     Bila parcel sampai..


Tepuk dada, tanya selera..bagi I, I nak kena tgk, cuba, rasa, pegang material tu dulu barulah puas hati nak beli Hokey?? Taknak beli ONLINE dah..TAK NAKK!!!

kEKADANG BUKAN SALAH PENJUAL TU PUN..SALAH SENDIRI SEBAB..bayangkan kain tu macam sekian-sekian..baju tu bila pakai nampak macam model dalam gambar sekian-sekian, warna tu macthing dengan kulit ,konon macam orang yang sekian-sekian pakai.SALAH SENDIRI.Letak harapan terlalu tinggi.Jadi belilah OFFLINE..dah pegang, tengok, cuba, rasa, gayakan..Puas>>BELI!!!

Korang lak macam mana?
Ada tps berguna untuk shopping online? Ce share cikit kat i ni.










Hati Kasih

hati
“BERAMBUSSS!!” Bentak Cinta.

“Aku cakap berambus, berambus daripada bilik aku!” Suara Cinta makin meninggi.

Kasih hanya terkebil-kebil.Sungguh Kasih tak percaya yang Cinta akan mengamuk sebegitu.

Memang Kasih tahu sangat yang Cinta tak pernah sukakannya.Apatah lagi menyenangi segala tindakan yang dilakukannya.Tapi belum pernah Cinta mengherdiknya sebegitu.

Cinta melabuhkan punggung ke atas katil.Matanya menjegil.Bulat dan merah. Keningnya bercantum rapat ditengah-tengah.Dahinya berkerut-kerut menahan amarah. Memandang wajah Kasih sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya luka parah. Jiwanya bagaikan terbelah, berdarah dan bernanah.
<KLIK untuk baca lagi>

Persiapan raya Korang??? Opss ..Cam retis!!

Holla!

Tinggal berapa hari je nak habis Ramadhan.Syawal pun dah mula mengintai2 malu.Rasa sayang pulak nak tinggalkan Ramadhan yang indah ni.Mak2 tentu2 dah sibuk nak cari persiapan anak2 kecil.Tak kurang jugak yang single' mingle kat luar tu.Sibuk cari baju raya korang.kan? kan?

Yang mana yang dah berpasangan tentu2 nak sedondon dengan pasangan masing2. Kalau satu family sedondon warna tema pun cute jugak kan? Hmm ni nak wat survey sikit.Agak2 korang punya baju raya tahun ni tema macam mana? patern macam mana? kaler macam mana ye?

Ada yang memilih dress/ jubah. Ada pulak yang lebih selesa dengan baju kurung tradisional mahupun potongan moden. Kalau yang minat kebaya/ kebarung pun cun jugak.

Kalau jejaka jangan tanyalah.Baju melayu tu wajib okey; pakai dengan sampin barulah style! Tapi kalau nak berkunjung rumah ke rumah tak salah mengenakan kemeja dan t-shirt.Maklumlah cuaca kat malaysia tak menentu.Kadang2 panasnya sampai ke petang.Kadang2 hujannya di tengah hari.Tak ke begitu?

Kat bawah ni antara pilihan design dan type baju raya yang mungkin jadi pilihan korang.Ala2 gitu lah kan?kan?