Amazing Malaysia: 10 Fabulous Food you should try!!

Have you ever tried Malaysian food?

Malaysia.Not only famous for its cultural diversity, ethnic and religious affiliations but its uniqueness lies in the food.

Maybe it sound strange, but do you know here in our multiracial community, we have exposure to all sorts of cuisine. If Indian traditionally serving meals on banana leaves , Malay’s food also has its own attraction.


banana leaves rice, daun pisang

Indian cuisine.

gulai lemak

Malay cuisine-prawn cook with coconut milk ,turmeric,chillies (Gulai Lemak Udang)



Malay usually use coconut milk in their food. Meanwhile, Chinese food is usually less spicy, and the Chinese people like to prepare noodles and soup as a main dish.

What's so interesting about this Malaysian cuisine? Let's check it out!! This is the reason why you should try all these food.

1.Nasi Lemak daun pisang (banana leaves)


nasi lemak


2.Roti Canai/Roti Naan/ Tosei



roti canai, roti prata, tosei


3.Char Kuey Teow Udang

char kueh teow sedap

4. Wantan Mee Soup

wonton mee,wanton soup


5.Ikan Bakar (fish)

ikan bakar sedap

6.Sate 

sate


7. Laksa Penang

Laksa Penang,Laksa Kedah


8.Laksam

Laksam


9.Murtabak

Murtabak


10.Nasi Kandar





11.Nasi Kerabu


Nasi Kerabu, nasi biru



12.Nasi Beriyani


Beryani gam, beryani ayam,beryani kambing



13.Nasi Dagang




14. Ayam Percik

ayam percik, percik madu


15.Lemang

Lemang


16.Ketupat

ketupat palas


17.Rendang

rendang ayam, daging


18.Sup Kambing (lamb soup)

lamb soup, sup kambing



19. Otak-otak

otak otak kempas, sata



20.Kueh Teow Kungfu


Kueh teow Kungfu,Kueh teow,KUNGFU


Don't forget to try them all!!



Ha..Tunjuklah 'Konek' hang tu,Aku Gunting kang!!

Okey..korang baca tajuk entri kat atas tu macam Ganas tak? Ke geli2 gitu? Berunsur gangguan seksual?

kisah benar 1 # Al kisah.kalau u all tengok ada jantan miang tetiba tunjuk 'Anu' dia kat korang kan apa pikiran korang terhadap lelaki tersebut? apakah yang u all gelarkan atas tindakkannya itu? Adakah itu gangguan Seksual?

Bagaimana pulak kalau si pelaku tu cumalah budak yang belum akil baligh pun? Nak kata apa kat budak tu? Tak beradab?

Kisahnya, I masih ingat.Masa tu umur I  mungkin dalam sepuluh tahun kot.Masih di sekolah rendah. Ada budak lelaki di kawasan kejiranan kami ni, selalu sangat buat perangai tak senonoh macam tu. Bukan takat pada anak2 ni, pada mak2 ,tok2 ,nenek2 pun dia buat macam tu.Tak senonohkan?

Budak tu kecik lagi pun adalah dalam darjah 3 agaknya.Tapi budak tu memang selekeh n macam tak terurus.Dia selalu merayau2 tak ada tujuan.Bila terserempak dengan orang yang lalu-lalang di kejiranan kami ni, dia selamba tonggeng bontot dan tergelek-gelek.Tunjuk bontot dia yang tak berapa nak 'lawa' tu.

Kalau kat bebudak je lainlah kan,ni selamba je dia mengejek-ejek mama I.I pulak yang bengang dengan budak macam tu! Kadang2 dia berlari2 depan makcik2 sambil londehkan seluar n tayang 'Anu' dia.Haishhh.pikir2 balik..rosak budak tu.

Tu kisah pertama----> Kisah budak bawah umur yang 'miang'.

kisah benar 2 # Kisah kedua bermula di sini.

Macam budak2 lain, I dengan kawan2 suka sangat main masak2, mak-mak.Maklumlah gegirl kan?
Suatu hari, dalam kawasan kejiranan rumah I jugak, waktu tu petang, macam suram2.Orang tak ramai.Mungkin tidur kot.Petang2 kan.Jadi kami2 je la.




Kami main depan rumah kawan I ni.Main mak-mak.Tiba-tiba..
datang seorang India.Umur dalam lingkungan 20-an.I ingat lagi.Sebab ni memang peristiwa yang tak dapat I lupa.

Laki india ni datang dekat kami.Dia cakap nak mintak bantuanlah, konon.Nak baiki lampu rosak.Dia suruh salah seorang dari kami bantu dia.Ikut dia.

Peliknya masa tu, kawan2 I ni semua lari masuk rumah masing2.Tinggal mainan masak2 semua.Patung2 kat luar rumah.Bukan tu saja.dengan I sekali diaorang tinggalkan kat situ.Rumah i dahlah jauh sikit.Jadi tak pulaklah I berlari balik rumah.

Rumah diaorang dekat je masa tu.So laju je diaorang cabut.I macam serba salah.Tambah dengan 'innocent'.Budak kan.lurus bendul.Rasa kesian tak ada orang nak tolong orang tu.Jadi I pun lurus bendul ikut dia.Konon nak volunteer.Baik hati sangat!

Sampai kat satu kawasan agak tertutup, tetiba mamat India tadi bukak seluar.Hah! gila ke apa kan? Apa lagi.. I terus cabut lari laju2.Tak ingat dunia.Balik rumah.

Sampai depan pintu rumah, I ketuk pintu laju2, kuat2 macam kena kejar hantu.Takut sangat2 masa tu.Macam-macam dalam pikiran I.Bayangkan. Budak ,sorang2 pulak tu.Jumpa kejadian scary macam tu,mahunya I tak mengigil,siap meleleh air mata sebab terlampau takut.

Mula pikir macam2.Kalau laki tadi kejar I macam mana? Tadi tu entah2 dia nak buat benda tak elok kat I.Nak rogol ke, cabul ke? memang takut gila2 okey? Nasib baik I cepat2 canut lari laju2.

Bila dengar I ketuk pintu bertalu2 macam nak pecah, mama I pun hairan.tambah tengok I menangis n ketakutan macam tu kan?

Bila mama I tanya, I pun bagitahu I takutkan sami India yang rambut gulung2 tebal tu.Mula2 mama I macam tak nak percaya. Dia tanya lagi.Kenapa? Sami buddha pakai kain kuning dengan rambut gulung2 tu memang menakutkan pun bagi kanak2 macam I masa tu.
Tapi dia percaya jugak akhirnya.


cari gambo tok sami rambut gulung tebal tak jumpa.ni pun bolehla.ala2


Sampai sekarang cerita menakutkan ni I simpan sendiri.Ni baru cerita kat orang.Lepas pada tu I jadi fobia dah nak pg tolong orang sorang2.Takut orang tu menyamar nak ambil kesempatan pada budak2 macam kami waktu tu.

Mujur I pikir laju2, terus I cabut lari bila tengok mamat India tu dah londehkan seluar keluarkan 'Anu' dia.Gila! Lelaki gila seks.Budak pun nak jadikan mangsa.Fuh.. time dah sampai dalam rumah tu, lepas nangis puas2 n ilang gigil2 ,rasa bersyukur sangat !!! Allah selamatkan I.

So, pada parent kat luar tu, hati2 n sentiasa awasi anak2.Jangan biar mereka bermain berseorangan. Kalau mereka bermain dengan kawan2.Tolong pesan jangan biarkan kawan ikut orang tak dikenali n jangan tinggalkan kawan sorang2.

Scary betul!!!

Mujurlah terlepas dari mulut 'buaya'.

Budak2 memang senang diperdaya.So, parent kenalah ingatkan diaorang jangan mudah percaya n kesiankan orang tak dikenali.Jangan terlampau baik hati.

Pengajarannya selepas hari tu, memang I tak berani nak ikut orang tak dikenali.Nanti tak pasal2 dapat lagi tengok 'bebird' free. euwww..

lariiii!!
kalau jumpa lagi spesis laki2 macam dua kat atas ni I jerit kuat2:

"Ha..Tunjuklah 'Konek' hang tu,Aku Gunting kang!!" hohoho

p/s: pesan kat anak2 especially pempuan, jangan percaya kat orang tak dikenali.


Zikir Sambil Menari


Salam.Lamanya tak berblog.Kikiki..Lemau dah..tak naki tulis bebanyak sebab tau korang bukan rajin sangat nak membaca pon kan.kih kih kih.So gigihla I cari video ni.Tengok je la.Sure paham nyer.














Apa pulak pandangan anda? Tepuk dada tanya Iman ~ ~ wink..wink..

Buah tangan dari Kelantan,Kuala Kangsar dan Lumut Perak.

Hai semua.You all sihat? Hopefully ok..hm, pergi mana 1 Mei lepas.Ha..walaupun dah basi tapi nak jugak cerita.huhuhu

Tapi before that, u all ada baca tak surat khabar baru2 ni? Banyak betul 'KEJADIAN' DEKAT Malaysia ni kan? Okey 1st pasal Kes MYVI di JLN DUTA. Ha.. mesti semua maklum kejadian ni kan.

Actually, Kes ni dah Ala2 nk tiru Fast & Furious 7 lak kan? Budak muda memang macam tu..Tapi muda ke kalau dah boleh jadi mak orang tu? hmmm ntahla.Manusia memang tak lepas daripada kesalahan dan kelalaian..

Second one..You all ada baca paper or tgk tv tak pasal Kes Guru sekolah rendah Agama (lelaki) tikam pasangan yang juga bakal isterinya? Hm.. katanya tak tahan desakan bakal isteri yang ajak kahwin???

Third one yang pasal tunang jugak (lelaki) yang tolak pasangannya dari jambatan Di Cyberjaya.Boleh lak siap ada nota bunuh diri pasal desakan hidup & Along BAGAI!! tak memasal mati pempuan tu.

Kes kedua2 di atas ni pasangan (tunangan) perempuan tersebut masih muda iaitu lingkungan 20-an. Lelaki muda cepat gila eh? ikut sangat perasaaan!! macam tak ada pegangan.Balik pada entri yang I penah tulis dalam blog ni jugak pasal SAKIT MENTAL!!

EH, LARI TOPIK LAK!!

Ha..1 Mei ritu I berkonvoi satu family reramai, sedara mara  Dari KL -->Terengganu-->Kelantan--->Gerik-->K.Kangsar-->Lumut.

Haa..mujurlah cuti sampai hari Isnin..Tapi balik je pakat semua DEMAM.Kikiki!! Ha..ni belanje sikit gambo.Tapi ni gambo dari HP.Gambo lain semua kat Kamera Canon x copy lagi..huhu malasnyer la..



Stoptepi lampu isyarat pun nak amik gambo? parah..


Tengok signboard dia..memartabatkan tulisan JAWI.


Apa dahh..signboard pun nak amik gambo.Hihi. Tulisan jawi tu.. 
kat kelantan je ada.


Ni gambo permandangan dari dalam kereta yang I dapat capture by HP.
Panas terik kat Kelantan time ni..

Kedai makan dekat Sayong,Perak.


Ni kawasan depan Homestay yang kami duduk.Homestay belakang asrama sekolah.


ni homestay kat kelantan.Bagus khidmat dia.Ada air cond tiap bilik, kemas, bersih, 
bilik air dalam bilik.Dapur, ruangtamu, semua okeylah untuk family.


Berhenti nak cuci mata je konon, last2 tapi shopping gak huhu..


Pasu2 dekat Perak.Labu sayong banyak sini.


Ha..ni semua Barang I sahaja dari Lumut & Kelantan ..kikiki


Batik ni beli dekat Butik Halimah dektat Kota Bharu Kelantan.


Ni hasil tangkapan I dekat Perak. Yang merah tu tabung, 
belakang tu lampu tidur ,dengan periuk claypot.


Dapat gak beli Toto comforter kat  Kelantan.Tapi tak puas hati kena tipu beli keropok cakap 1KG rupa kena tipu tak sampai 1KG pun.Bengang betul..

Masa dekat tempat labu sayung tu rasa nak beli je tempayan besar2 tu,hias kat taman pun cantik,kalau u all nak buat lanskap taman kan, letak lampu2 dari clay, lepas tu tepi kolam letak labu besar, ada pokok teratai,telepok, air pancut..cantik taman u all!

Masa tengok batik dekat kelantan rasa nak borong banyak2..tapi huhu..nanti lari bajet lak.beli jela satu..ilangkan kempunan.hahah!!

Family n sedara I lagi banyak borong barang dari I.Huhu.Sampai tak muat2 kete.Bayangkan pakai MPV pun full!! kiki.

K,tu je untuk cuti2 Malaysia 1 Mei lepas.huhu..tata!!


Country Fresh Goat's Milk.

Hai you all semua..

Ha..nak tanya ni? you all penah minum susu kambing x? Macam mana rasa dia, sedap x? Sebenarnya kan, I x pernah minum pun susu kambing.Yela, selalu yang banyak jual kat pasaraya pun susu lembu je, yer dak?

Hmm.. al kisah.. I ada terbaca dalam sebuah komen thread kat satu ruangan forum ni, kata dalam rancangan tanyalah ustaz, salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat adalah minum susu kambing. Tak salah mencuba kan? No harm pun..

So gigihlah I pujuk my hubby pergi cari dekat pasaraya.Siap request nak yang ada perisa lagi tu u all. Konon nak perisa strawberry , jagung , coklat bagai. Macam susu lembu tuu..

 ha..canggini.tapi ni susu lembu...

Kami pun mencari di bahagian minuman.Cari punya cari tak jumpa.Belek punya belek.Semua susu lembu aje. Last2 mata I tertangkap pada satu botol kecil warna putih.Tudung botol merah.
Ha.. canggini.



Putih bersih kan?

Frust sekejap.Tarik muka. My Hubby pun pandang je.Kami berdua jadi patung keras kejap kat depan freezer tu.Orang yang lalu lalang pun hairan kot tengok kami duk termenung kat depan tu.

I menung sebab fikir nak ambil yang mana satu jenama.Nak amik saiz besar ke, kecik? sedap ke tak susu ni?Ada bau hamis tak?

hmm..Kenapa tak ada perisa!!!  I nak strawberry flavour!!

Last2 my hubby suggest I cuba rasa dulu.beli botol kecil 200ml dulu.Tu pun harga dah RM 5 hinggit lebih.I pun setuju.Try first.Kang beli2 tak minum, kan ke rugi? membazir.So beli botol kecil n try dulu.Dapat hadam ke tak?

Hm I sebenarnya ada masalah enzim Lactase kurang.Jadi perut susah nak digest susu lembu or else. Tiap kali minum susu lembu I cirit birit. Ha..semua yang ada masalah yang sama macam I ni adalah dari punca yang sama iaitu kurang Enzim Lactase yang digunakan untuk mencernakan Laktosa dalam Susu dari haiwan ruminan (haiwan makan rumput) yang diminum.

Setakat yang I pernah minum susu lembu jela kan.Susu kambing x pernah try lagi.So, tak tahu la cirit ke tak nanti.Kikiki..

Jadi I pun pilihlah susu ni...


Tadaaaa...Country Fresh Goat's Milk.



Dah selamat pun duduk dalam perut I.Tadi I dah minum bagi habis.Hahaha.Walau macam mana pun I tetap nak yang ada flavour.Selera sikit.Huhuhu..Kalau you all tahu kat mana ada jual Susu Kambing Segar berperisa ,bolehlah rekemen pada I k? TQ.Muaaaahhhhh cikit.huhu.


Susu Kambing:
Minuman terbaik kedua selepas susu ibu.Para nabi dan sahabat juga meminum susu kambing.Mudah dihadam berbanding susu lembu. Kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam!!

Khasiat Susu Kambing:

·         Mengatasi Demam kuning
·         Merawat lemah jantung
·         Merawat/mengawal  darah tinggi
·         Mengawal penyakit magrain/kerap sakit kepala
·         Mencegah penyakit sendi, urat saraf, buah pinggang
·         Rawat batuk kering/TIBI
·         Cegah Hepatitis
Penyakit saraf dan tulang belakang (lanjut usia)

Alhamdulillah..Allah sayang kamu!!

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam



Begitulah heading sebuah akhbar bertarikh 7 April.Mengenai seorang sami buddha yang akhirnya menemui petunjuk dari Allah untuk memeluk Islam setelah 30 tahun menghabiskan masa untuk mengkaji Islam.

Menurut akhbar tersebut, sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.Syukurlah, di usia 66 tahun dia akhirnya memeluk Islam.

Tapi, bukan ni yang I nak highlightkan hari ini.Di bawah ni sebenarnya.



Sekalung tahniah juga ingin I hadiahkan pada seorang lagi Saudara baru yang juga merupakan kenalan I .Beliau yang dikenali sebagai Kevin , kini memilih nama Islam Khalil Hussein.Di usia menjangkau 30 tahun, beliau  yang berbangsa Cina kini secara rasminya memilih Islam menggantikan agama nenek moyang beliau.

Beliau adalah antara orang-orang terpilih menerima hidayah Allah.Sebenarnya tak sangka yang beliau akan memeluk Islam kerana I menjangkakan seorang lagi rakan berbangsa India yang lebih menonjol dalam mengambil tahu tentang Islam di zaman persekolahan yang akan memeluk Islam sebaliknya, beliau diam2 terlebih dahulu tertarik dengan Islam.

I berdoa rakan India itu juga akan terbuka hati untuk mendekati dan mendalami Islam.Semoga dia mengikut jejak langkah rakan kami ini dan mendapat hidayah dari Allah.


Yang Pelik & Yang Jelik? (viral di FB)

Maybe tajuk ni macam pelik pada penglihatan or pendengaran korang, tapi paham2 je lah ye.
Ok firstly, I nak mohon maap bebanyak kalau entry I kali ni Mengguris hati2 orang2 yang berkenaan ni, or peminat2 depa, sahabat handai atau rakan2 terdekat.Ni bukan bertujuan nak mengaibkan orang.
Ni nak ingatkan diri sendiri & orang lain agar tak buat benda yang sama.

Firstly, korang2 tentu ada tengok berita2 yang keluar melalui FB & dihangat2kan oleh orang ramai baru2 ni berkenaan dengan adengan2 yang 'CUN' & tak 'CUN' dalam ABPH 2015 Ahad baru2 ni kan? Ada yang HOT dan jadi Viral kat lama sosial lagi tu!

So, apa pandangan korang? Ada yang JELIK? OR PELIK?
Antara yang mengusik 'JIWA' I:



Anda kenal pelawak dan penyampai radio
 Era FM ini?


(1) Semua sedia maklum Pelawak ini telah mengungguli ketegori Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPH 2015. Rata-rata media sibuk memperkatakan dan mempersoal tindakan beliau mencium isterinya (cium bibir hokey) dikhalayak ramai sewaktu diumumkan pemenang ketegori tersebut.

Persoalannya adalah, wajarkah tindakan Johan tu? Hmm.. isu sensitiviti kaum seharusnya dititikberatkan. Sebagai rakyat berbilang bangsa, dan agama, kita harus hormat pada budaya, dan agama yang terdapat di negara Malaysia ni.Tambah pula jika anda seseorang yang beragama Islam. 

Ya, memang .Betul. Saya tahu anda bijak pandai! Mereka itu kan suami isteri? Alahh..tak pelah, nak cium pun, laki bini!  Hm.. semua satu Malaysia , satu dunia tahu ke , mereka tu suami isteri? ABPH tu untuk tontonan Umumkan. Ada yang duduk depan TV tu anak2 kecik, budak remaja yang baru nak akil baligh, mak2 ,atok2 ,nenek2.Tak ke terkejut beruk orang tua tu nanti nengok dengan cucu-cicit adengan macam filem Inggeris kat TV Flat skrin 40 inci kat rumah tu?

K, tak apelah.Kita maapkanlah dia.Maybe excited sangat menang sampai tak sedar satu Malaysia dok tengok dia dengan isteri bercium kat dalam TV. Hm, agak2nya kalau yang menang tu Cina ke, India ke buat macam tu korang terkejut beruk tak tengok depa bercium macam tu?

Tak pun kalau korang tengah jalan2 kat pasar malam, tetiba korang bercium kat tengak pasar malam tu depan orang yang lalu lalang n peniaga pasar malam yang menjual tu.Terkejut tak depa? Atau depa buat2 pejam mata je? Sebab ingat korang tu Mat Salleh turun Malaysia.


Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa


(2)  Ha, yang ni pulak..korang kenalkan? Okey, satu ni pulak isu bersalaman dengan lelaki.Yang peliknya, heboh pulak depa nak cerita Neelofa tolak salam dengan lelaki. Itu hak dia nak jaga maruah dia sebagai muslimah. Lagipun memang seharusnya muslimah jaga batas.Bukan jaga aurat sahaja.Pergaulan pun kena jaga. Macam2.

Kepada abang yang nak bersalam dengan Neelofa tu moga2 dapat muhasabah diri. Jangan kecik ati pulak dengan Neelofa tu!


Artis Komedi Lelaki Popular

Abam


(3)Tahniah Abam sebab menang artis Komedi Popular. Hm, apa yang di Viral kan adalah kata-kata ' Gemuk is Awesome' oleh Abam. Okey, mungkin niat Abam tu nak menyedapkan hati sendiri.Tapi kita semua sedia maklumkan, gemuk tak Awesome pon. Buktinya, ramai orang gemuk yang hidapi  masalah kesihatan.Malah, gemuk menyebabkan kita cepat letih, sukar nak berjalan, sukar dapat pasangan hidup, dan paling penting, masalah kegemukan ni susah nak cari .saiz pakaian.

Ape pun.di doakan Abam sentiasa sihat walafiat, murah rezeki lepas ni okey? Hm, Jadi, 'Gemuk tak awesome' pun..jangan jadikan alasan untuk anda tak jaga kesihatan  ok?



Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat


(4) Okey.Ni satu lagi.Fesyen punyalah pelik.Dalam banyak2 fesyen, Macam tak cukup kain. Kenapa di belakang punyalah labuh tapi, sikit lg kat depan tu tak boleh ke nak tutup.Ni memang sah kes tak cukup kain.Kan free2 dah kena kutuk 'kalau lutut tu putih tak apa, lutut hitam nak tayang2'
Haaa..tu bukan I yang pandai2 cakap ye? tu ucapan yang keluar daripada mulut seorang lelaki tau?

Sharnaz Ahmad

(5) Di mana ada Sharnaz Ahmad, di situ pasti ada Kontroversi nya? Betul ke? Hmm, kali ni soal pakaiannya.Dikatakan menyerupai pakaian tentera dan tak menghormati sensitiviti .Pakaian beragam seperti Polis, tentera dan sebagainya perlu di hormati di Malaysia ni.Kalau kat luar negara tak tahu la plak kan?? Sesuai dengan kategori yang dimenanginya, artis paling kontroversi, bagaimana pun telah memohon maap kalau isu pakaian itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Harap lepas ni Syarnaz tak ulang perkara yang sama yerk? Hmm tapi Syarnaz & Kontroversi memanglah tak dapat nak dipisahkan, ye dak???