Halaman

Jumaat, 13 Jun 2014

Iklan 'sayang' di TV2


Pernah tonton TV2? Cuba angkat tangan sikit, berapa orang yang rajin menghadap TV1, atau TV2 zaman sekarang nih? Kecualilah yang duduk kampung2 , hujung dunia tu, lain ceritalahkan? Siaran tak sampai.Ni tengah bandar , duk tengok TV free.Maksudnya sini siaran tak berbayarlah..

Zaman sekarang ni kan banyak stesen TV swasta.So boleh kira dengan jari je dah, berapa ramai yang hok dok x da ASTRO.Macam beta ni, manalah mampu nak pakai ASTRO.Beta tengok TV tak berbayar je. Beta bukan selalu tengok TV pun, apatah lagi Mr. Hubby.Kami sibuk bekerja. Lagipun, tinggal berdua saja. Masa lapang pun cuma hujung minggu.Kadang-kadang hujung minggu pun tak lapang.Penuh aktiviti.Jadi bila masanya nak menghadap TV,kan?

Hari ni, lepas saja beta panaskan Nasi Lemak, dan Mee Sup, beta hidang siap2 depan Mr. Hubby yang sedang duduk depan TV.Tengah enak menghirup Kopinya.Sedang terbuai dengan rancangan yang ditayangkan, tiba-tiba..muncul babak seorang anak perempuan yang tidak habis makan mee sup yang di masak ibunya.Babak ini di meja makan.Si ibu berusia dalam lingkungan 50-an manakala anaknya lingkungan 30-an.Si ibu bertanya.


"Mengapa tak habiskan mee ,tu?".

Si anak pun menjawab.

"Dah kenyang mak,nantilah saya habiskan..".Jawab anaknya endah tak endah.

Babak kedua memaparkan Si anak ni  membuang mee yang tidak habis di makan tadi iaitu mee yang di masak ibunya ke dalam tong sampah secara sembunyi-sembunyi.Tanpa di sedari, perlakuannya itu dilihat oleh si ibu tua.Si ibu terasa hati dan berlalu pergi.

Babak ketiga menunjukkan anak kepada si perempuan tadi, iaitu cucu kepada Si ibu tua, hendak membuang bungkusan plastik makanan ringan dan terlihat mee yang dibuang oleh ibunya di dalam tong sampah. Dia bertanya kepada ibunya.

"Mama, mengapa buang mee tu, SAYANG...".Jawab anaknya.

Tersentak dengan perkataan yang terkeluar dari bibir anaknya itu, terus dia teringat kenangan lama bersama dengan Si ibu tua tadi .

Di suatu masa di halaman rumah sang ibu sedang menyapu. Anaknya menyerahkan ais krim Malaysia sambil berkata.

"Mak, buang ye.Dah tak nak?"

Si ibu berhenti menyapu dan mengambil ais krim itu dari anaknya lalu memakannya sambil berkata.

"Kenapa buang? SAYANG..".

Terusik dengan kenangan itu, sila anak tadi yang kini dewasa dan mempunyai anak sendiri mula terjaga, dan sedar diri. Cepat- cepat dia mendekati ibunya tadi yang terasa hati dengan kerenah anaknya.

Di halaman rumah, sekitar taman, anak itu mendekati Si ibu tua.

Dia duduk di sisi ibunya sambil menghulur kek.

"Makan mak".pelawanya sambil menyudu kek ke mulut ibu tua.

Ibu tua tersenyum sambil mengunyah kek.

"SAYANGGG.." Ucap Si ibu tua.

"SAYANGGGG, mak!". Ucap anaknya sambil meletak kepala di bahu ibu tua.

Beta tertarik dan tersentuh dengan IKLAN yang dibawakan.Langsung tidak bersifat komersial, ataupun agenda tersembunyi.Mesej yang disampaikan cukup jelas,dengan pembawakan bersahaja.SAYANGI ORANG TUA ANDA.Ya, ringkas tapi padat. Pada pandangan beta pula iklan ini walaupun berfokus  kasih sayang ibu anak, dari watak cucu, anak hinggalah ke watak ibu tua, namun sempat diselitnya mesej kecil di situ.

Jangan membazir makanan.Melalui pembawakan yang sama, dan mesej hampir sama, SAYANG pada makanan/rezeki. Jangan dibazirkan.Melalui watak anak itu ingin membuang sisa ais krim Malaysianya, Mee sup , dan kek tadi.Beta puji TV1 dan TV2 kerana iklan yang diselitkan penuh nilai murni dan moral berbanding iklan komersial yang memenuhi siaran TV berbayar lain.

Sayangnya, anak muda sekarang jarang sekali menonton TV1 dan TV2.Mereka lebih terpengaruh dengan siaran berbayar.Justeru, kepada siapakah iklan nilai murni dan penuh bermoral seperti ini ditujukan. Melainkan golongan muda di kampung2 dan kebanyakannya orang tua, sahaja yang sering menonton siaran TV tak berbayar.

Mungkin juga kurangnya peringatan-peringatan seperti ini di media terbuka ,menyebabkan  gejala sosial dan kerosakan akhlak golongan muda semakin menjadi-jadi.Tak lain tak bukan budaya BOHSIA,BOHJAN, REMPIT, PERGAULAN BEBAS, DAN BUDAYA BARAT ,TERKINJA ,TERLOMPAT-LOMPAT juga diagungkan.Maklumlah, siaran berbayarkan,bayar sahaja, semua pun dapat...(geleng2 kepala 3x)

Banyak lagi iklan bagus2 dan rancangan bermanfaat di TV1 dan TV2 antaranya, Osman Baku. Mengetengahkan penggunaan bahasa baku, Bahasa Melayu yang betul.Al maklumlah...budak-budak sekarang suka guna bahasa ENTAH APA-APA BENDA NTAH.BM pon FAIL.Apatah lagi BI?? Bahasa SMS, Shortform berlebih-lebih.Bagi beta, tak salah nak gua, tapi berpada-pada, tengok jugaklah pada tempatnya.Takkanlah nak tulis karangan BM pun nak shortform beria.Tak pun guna bahasa ntah apa2.Bahasa 'CENDAWAN'. Tau apa Bahasa Cendawan x?

video

                                                                      Osman Baku TV2


Beta penah tegur anak-anak murid di kelas kerana bercakap bahasa ntah apa-apa ni.Muda-mudi sekarang memang camtulah..Kalau nak dilihat seseorang, boleh kelaskan mereka ikut bahasa yang digunakan.
Kalau seorang :

Ilmuan / Cendekiawan:

"Saya minum  1.3 liter  air  dan berjalan 43km ke rumah dari kedai  ."

"Mengikut perkiraan saya, daya 12kN dengan kecondongan sudut 45 darjah boleh dikenakan untuk menggerakkan beban itu"

Dermawan/hartawan, 

"Keuntungan syarikat pada tahun ini akan saya agihkan sebahagiannya untuk derma anak-anak yatim dan surau sekitar kawasan syarikat".

"Oo..anak syarikat saya di Singapura itu di bawah seliaan anak saudara saya, anak Datuk Haron.".


Sasterawan:

"Mentari sebesar nyiru dalam rembang petang yang semakin panjang , seolah mengigit-gigit kulitku".


Haa...'WAN' yang lain-lain tu korang bolehlah pikir sendiri ek?? Tata~


Selasa, 3 Jun 2014

Anak BuaH Yang ComeL


Terima kasih sudi jenguk entry kali ni.Hari ini beta baru ada kesempatan nak melawat anak buah yang comel.Mana tidaknya, Mr Hubby sibuk dengan kerjanya dan beta sendiri pun sibuk.Setelah adinda beta berhempas-pulas, dan mengharungi dugaan, dari Hospital Segamat, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur, barulah beta dapat melihat sendiri anak buah beta dan adinda beta.

Nur Fatiha Humairah nama diberi.Putih kulitnya.Kecik dan comel sahaja.Tatkala dia menangis minta ditukarkan lampinnya,sempat aku mengelus lembut pipinya.Terbayang kesusahan dan cabaran yang dialami mamanya sewaktu melahirkan. Rasa tenang sahaja melihat wajah mulus bayi kecil ini.Teras ingin sekali memiliki bayi secomelnya.Doakanlah.INSYAALLAH..

Kadang-kadang geli hati melihatnya. seolah sebiji kacang soya.Mungkin dia fikirkan dia masih di dalam perut ibunya.Mata kecilnya, bibir mugilnya, menggamit naluri keibuan.Kata bonda, dia mirip adindaku sewaktu kecil.Kata bonda lagi, dia macam bakal model kerana badannya yang tinggi seperti bapanya.Ada-ada sahaja bondaku ini..



                                                                       Comelkan , dia?



                                                                            Tidur..



                                                            Macam kacang Soya..kiki

Ahad, 25 Mei 2014

UTM Sanjungan Bangsa


                                                 KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA


Hah, nampak tak tu? Besar tu..Logo dan Moto UTM. Hari ini dapat perkhabaran. adinda beta sudah selamat melahirkan puteri sulong beliau di Hospital Segamat semalam. Bonda beta yang membawa perkhabaran itu melalui telefon.Bayinya dilahirkan secara pembedahan. Kasihan adinda beta.. bersendirian di negeri orang hanya ditemani sang suami tanpa keluarga di sisi. Bonda beta sempat berpesan untuk menziarahi adinda beta yang berada di sana.INSYAALLAH bonda.

Puas kami mencari hotel penginapan semalam, akhirnya dapat juga.Itulah, siapa suruh last minute cari..semua pun sudah penuh.Mujur akhirnya ada juga rezeki kami kalau tidak, tidur dalam kereta sahajalah jawabnya..Bertolak dari hotel jam 7.00 pagi, perut beta tiba-tiba memulas.Entah makan apa semalam. Terus minta Mr Hubby hantar ke stesen minyak,tumpang tandas.

Nak masuk Gate UTM, Punyalah banyak kereta.Dalam hati dah dup,dap,dup dap..beta dah lambat ni. Waktu pendaftaran akhir jam 8 pagi. Sampai sahaja, cari parking, pulakkk penuh.Terpaksa parking jauh.Jenuh beta menapak naik bukit ,jalan penuh berliku, baru sampai Dewan Sultan Iskandar. Mesej member tanya mana tempat mendaftar. Turun tangga, naik tangga, nak cari nombor giliran lagi.Mujurlah ada member tolong tunjukkan.Terima kasihlah.. terus beratur luar dewan.

Sebaik sahaja pintu dewan di buka, graduan beransur-ansur masuk.Beta dah rasa berlengas.Panas eh, tergesa-gesa jalan laju nak kejar pendaftaran tadi. Hah, (part ni Mr Hubby merajuk n marah beta sebab tak pandang dia n kamera). Manalah nak sedar Mr. Hubby amik gambar Beta.Beta tengah sibuk melayan gundah dan kelelahan tadi.

Okey,skip apa yang terjadi dalam dewan. macam biasa. amik degree, persembahan, bla..bla.. bla.TAMAT.Beta terus telepon Mr.Hubby bagitahu dah habis dan tanya beliau di mana?.Rupanya Mr. Hubby pergi tidur di MASJID SULTAN ISKANDAR? SABAR je la..katanya penat drive. Ok lah beta maafkan. Lepas tu, My Hubby tanya, nak amik gambar studio tak?



                                                             OK-Borang gambar konvo

Kononnya, mula-mula tak mahu.Tetiba tukar fikiran.lepas bayar, amik resit, dan nombor giliran. Mak Aiii, ramainya.Lambat lagi nak sampai turn. Mr Hubby ajak pergi makan.Perut pun dah berkeroncong, kami pun pergi makan...




Jumaat, 23 Mei 2014

Konvokesyen..Yeahhh!!





Okehh..Baca tajuk pun pasti you all dah tau entry ni pasal apa kan? Nevermind.. apa-apa pun Beta nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi nak singgah n baca entry beta yang tak seberapa ni,kan?.Baiklah. Ceritanya begini..

Beta baru sahaja tamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda  Beta di UTM (Universiti Teknologi Malaysia)- dulu, member beta suka gelarkan UTM ni -Universiti Tendang Menendang. Ha, nak tahu sebab apa? U ni High class oo. Bukan calang-calang.Boleh dikatakan mahasiswa yang Graduate dari U ni  hebat la jugak..(angkat bakul sendiri ke?) hihi. Sebab dulu-dulu U ni suka sangat tendang (buang pelajar). Tapi ada reasonlah kan? Buang sebab Tak Pass. Bukan saja -saja buang.



                                                           Ni dataran depan PSZ UTMKL


Tapi itu masa Diplomalah. Gelaran tu lekat sampai sekarang pada UTM ni.Kikiki. Sebab nak maintain pointer bukan mudah oo..Bukan calang-calang orang boleh buat . Tu sebab Company suka amik graduan UTM especially dalam Science & Technology fieldlah kan.ENGINEERING is the MAJOR  here.Company besar-besar akan amik graduan UTM especially yang Engineering Field. Sebab apa. The Quality ok? Bukan Quantity..That's the reality.Buat apa hasilkan graduan banyak-banyak tapi tak ada kualiti? apa pointnya kan?



Rata-rata student UTMKL mesti tahu mana nak cari ni


Lainlah kalau semata nak kenyangkan perut sendiri ,kaut untung bebanyak macam sesetengah IPTS tu.(ini realiti ok?) .Eh, panjang pulak beta melalut.Berbalik pada main point. Dua minggu lepas dapat surat jemputan untuk hadir konvokesyen UTM ,semestinya di Skudai Johor.Beta dengan berbesar hati mengajak family beta menghadirinya.Tapi, apa nak buat.Ada kejutan saat akhir..



                                                   Surat Jemputan menghadiri Konvokesyen.


dua hari sebelum konvokesyen , beta dikhabarkan adinda beta yang sarat mengandung sudah dimasukkan ke Hospital dan akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Maka, sekalian bunda dan ayahanda beta gusar dan terpaksa menolak untuk menemani beta ke UTM. Mujurlah ada Mr.Hubby tercinta yang sudi menemani.Father and mother in law juga tak dapat hadir kerana ada urusan lain.(terasa sedikit terkilan dan sedih ~ tapi tak apa lah..beta faham).

Maka berangkatlah beta berduaan dengan Mr. Hubby ke UTM Skudai pada hari ini...



Selasa, 29 April 2014

Hari Pertama Di SMKBBS

Hai dear...Thanks for coming..hehe.

Hari ni, hari pertama sekolah.Yeh.Sebenarnya, panggilan dari guru penolong kanan sekolah tengahari ni (jam 12) memang sangat2 mengejutkan!. Mana taknya, beta tengah shopping barang dapur, tetiba dapat call suruh datang sekolah.Hari ni, dan waktu ini jugak! Macam dah tak menyempat-nyempat!. Awalnya, beta pikir ayat untuk menolak, yelah...beta baru je tamat kontrak mengajar sehari yang lepas di SMKDE.Baru pikir nak Honeymoon kejap..tup,tup..kena panggil bekerja...

Orang cakap,rezeki jangan ditolak, musuh jangan cari.Betul tak? Jadi, dengan berat hati, beta pun menerima.
Bagai tak cukup tanah,beta berlari ke kaunter bayaran,membuat bayaran dan terus bergerak pulang ke rumah.Nasib badan...Sampai sahaja rumah, jam menunjukkan ke angka satu tengahari.Beta di minta datang sekarang, atau selepas zuhur.

Beta pun buat keputusan untuk bertolak selepas zuhur.Bersiap ala kadar,beta bergerak ke SMKBBS yang terletak tak sampai 100m pon dari rumah mama beta.Memanglah, sebelah rumah je pun!.Alhamdulillah.. rezeki dapat kontrak mengajar di bekas sekolah menengah beta dahulu.

                                                                   
     Lencana Sekolah

Dup,dap,dup dap jantungku sewaktu kaki kanan beta melangkah masuk di pejabat sekolah.Beta di bawa oleh seorang guru ke bilik guru untuk memulakan tugas pertama.Macam tak percaya!. Beta diperkenalkan dengan penyelia petang waktu itu, yang lebih mesra digelarkan Kak Iqah. Hm, nampak tegas, tapi baik hati dan mudah mesra orangnya.

Sebaik sahaja melangkah ke bilik guru.Wah..inilah bilik guru SMKBBS.Lebih kurang macam tu lah perasaan beta.Beta pun ringan-ringankanlah mulut bertanya tentang bekas-bekas guru beta sewaktu di tingkatan 5.Manalah tahu, mereka mungkin masih berkhidmat di sini.BINGO! Rupa-rupanya, guru kelas beta dari tingkatan 5 Maju masih ada di sini.Dia kini menjawat jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik. Manakala guru sejarah beta dahulu, kini memegang jawatan Guru Kanan Kemanusiaan.

Guru Sejarah beta dimaklumkan akan bersara beberapa hari sahaja lagi.Kebetulan beta telah menegurnya dan kami berbual ringkas sebelum dia memaklumkan bekas guru kelas beta sewaktu di tingkatan 5 tentang kehadiran beta di sekolah itu. Ternyata dia terkejut dan bertanya tentang rakan-rakan seusia dengan beta.
Kami berbual ala kadar tentang rakan-rakan seangkatan dengan beta dahulu.


                                      Sekolah Beta tempat menuntut ilmu satu ketika dahulu



Gelangang badminton di bangunan blok C dan D

Isnin, 28 April 2014

Hari Terakhir di SMKDE


Thanks kerana setia mengunjungi my Blog! Pagi-pagi lagi beta dah dapat mesej.

"Pergi sekolah tak hari ni?"

Dari adik ipar beta.Ya,beta dimaklumkan hari terakhir beta di sekolah adalah pada 28 April iaitu hari ini.Tapi beta rasa berat hati nak datang sekolah. Lagi pun, hari ini Isnin kot! Tadi beta dah beritahu dengan Mr.Hubby, beta tak mahu pergi kerja hari ni.Maka beta dengan yakin menaip mesej.

"Tak".

Beta dah putuskan Jumaat lepas adalah hari terakhir beta di sekolah.Beta tak beritahu student-student beta, juga tidak beritahu pada guru-guru lain.Kira senyap-senyaplah ni.Bukan apa, beta ni penyegan orangnya.tak mahulah orang buat farewell party atau sesi maaf-maafan untuk pemergian beta.SEGAN.you all faham kan?



Majalah sekolah 


Beberapa jam lepas beta reply mesej adik ipar beta,beta dapat call daripada pejabat sekolah.Mula macam malas nak angkat.Hm, takut kena paksa datang sekolah.Lastly angkat jugak phone.Rupa-rupanya, kerani sekolah call nak bagitahu dia tersilap rekodkan hari akhir beta kerja adalah Jumaat lepas.Jadi beta tak payah datang sekolah hari ini kecuali kalau nak kemas atau simpan barang.

LEGA! Tapi beta fikirkan mesti kes Cikgu asal dah datang sekolah.Ternyata tekaan beta tepat.Intuisi dan ilham yang Allah bagi pada beta memang tak dapat dinafikan.Selalunya begitulah.Allah kurniakan satu firasat dan gerak hati pada beta untuk mengagak sesuatu kejadian.Macam hari ni.Patutlah berat sangat hati nak datang sekolah.Rupanya khidmatku sudah tidak diperlukan.Eh ceh ceh ceh..Sentap ke?

Tapi, beta teringat pada satu tugas! Beta nak kena hantar khazanah-khazanah yang ada.Apo kebonda eh? ha..kertas-kertas PBS  Math budak-budak nih semua lah.Anak murid sementara den.Bertimbun nih ha.Separuh je den sompat nanda eh.Yang selebihnya terpulanglah pada guru asal eh.Jalankanlah tanggungjawab  tuh eh?.

Cakap bahasa mana plak ni dah? beta nak kena hantar buku tulis budak2.Duit buku PBS yang beta tolong kutipkan, senarai nama dan rekod bla,bal,bal.Jadi, beta pun bersiap untuk ke sekolah.Mr.Hubby tolong hantarkan. Beta menyusup masuk sekolah ikut pagar belakang.Menyusup?macam pesalah pulak dah.
Beta masuk bilik guru dan Jeng,jeng,jeng...tepat sangkaan beta!

Beta terlihat meja 'sementara' beta lain susunannya dan ada pencil case di situ menandakan telah ada orang lain yang duduk di situ.SEKIAN..Beta tersenyum lega.Telah beta laksanakan amanah yang ditinggalkan dengan sebaik-baiknya.


                                                           Pintu gerbang depan sekolah



 Pandangan atas bangunan sekolah blok 
 A & B

Rabu, 5 Februari 2014

My Journey..SMKDE


Lencana SMKDE

Hari ini hari pertama Beta Di SMKDE.Mula-mula rasa janggal sangat.Tak kenal sesiapa.Semuanya nampak asing bagi beta.Oh ya,bercakap pasal hari pertama, nasib baiklah ada sister in law yang sudi hantar dan ambil beta, walaupun hakikatnya sekolah beliau dengan sekolah beta jauh jugak jaraknya.AL-MAKLUMLAH, beta tak ada lesen kereta.Terpaksalah menumpang orang.Kalau tidak jenuh jugaklah nak naik bas ulang-alik.

Rasa bersyukur sangat dapat mengajar di sekolah ni.Walaupun sementara (kontrak 3 bulan je).Berbekalkan ilmu pedagogi, psikologi, teknologi dan berbagai lagi 'logi' serta pengalaman sebagai Guru pelatih semasa praktikal dahulu Beta mengagahkan diri mengharungi cabaran hari pertama di SMKDE.Bagi Beta, cikgu-cikgu di SMKDE ni memang berkaliber dan baik-baik belaka.Bertanggungjawab.

Sejujurnya, Beta taklah peramah sangat dan sebagai orang baru di tempat baru, Beta mengharapkan akan jumpa ramai kawan baru.Harapan yang penuh berbunga-bunga.Ini kali pertama Beta menjadi guru ganti.Walaupun Beta memang mengambil Jurusan pendidikan di UTM, tapi setiap kali cuti semester Beta tak pernah pun terpikir nak cari rezeki dengan jadi guru ganti.Jadi, Beta cuma kerja part time di Supermarket, mall dan sebagainya.

Beta juga tak pernah ada pengalaman mengajar di sekolah menengah harian kerana sebelum ini beta praktikal di Sekolah Berasrama penuh di Johor. Banyak bezanya pelajar sekolah berasrama penuh dengan sekolah harian biasa.Semua pun sedia maklum.Jadi, beta nekad. Beta akan harungi apa sahaja selepas ini dengan tabah dan redha.



                                                                      My Workstation


                                                                         Sudut PPDA


                                                               Bangunan Blok A sekolah



                                                                 Tingkatan 2Alpha5


Kadang-kadang beta tak boleh tipu.Beta rindukan saat mengajar di sekolah berasrama penuh dahulu.Benar. Beta rasa ia adalah pengalaman terindah dalam hidup beta.Guru-gurunya penuh dedikasi, rajin dan baik hati. Beza tinggal di asrama dan menjadi pembantu warden.Beta berkenalan dengan sahabat yang baik.Solihah namanya dan Kak Zana, guru kaunseling yang turut menjadi warden di sana.Beta bersyukur di beri peluang merasai detik indah itu.

Solihahlah yang rajin menemani beta, menolong beta, memberi nasihat dan sebagainya.Beliau juga guru baru di sekolah itu.Terasa rindu kepada warga sekolah tersebut dan semua pelajarnya..Berbalik kepada SMKDE.Beta baru hendak mengenalinya. Beta harap pengalaman baru di sini adalah antara yang terindah, sebagaimana di sekolah lama.