✿ Teknik ShortCut cari punca Kuasa dua sempurna dan kuasa tiga sempurna.



video

Square Root

video

Cube Root


Mencongak Punca Kuasa Tiga (Cube Root)

Kaedah mudah untuk orang yang baru belajar ialah mengekstrak punca kuasa tiga dari kuasa tiga nombor 2 digit. Contohnya, diberi 74088. Tentukan 2 nombor digit yang apabila yang didarab dengan dengan dirinya tiga kali, menghasilkan 74088. Seseorang yang mengetahui rahsianya akan dengan pantas mengetahui jawapannya iaitu 42, 423 = 74088.
Sebelum mempelajari prosedurnya, sesorang pengira perlu menghafal kuasa tiga nombor dari 1 hingga 10.
  • 13 = 1 (digit akhir 1)
  • 23 = 8 (digit akhir 8)
  • 33 = 27 (digit akhir 7)
  • 43 = 64 (digit akhir 4)
  • 53 = 125 (digit akhir 5)
  • 63 = 216 (digit akhir 6)
  • 73 = 343 (digit akhir 3)
  • 83 = 512 (digit akhir 2)
  • 93 = 729 (digit akhir 9)
  • 103 = 1000

Kemudian, tentukan digit pada tempat sa mengikut keterangan di bawah. Contohnya, untuk mengekstrak punca kuasa tiga untuk 29791. Oleh kerana nombor ini berakhir dengan 1, jadi digit pada tempat sa (digit paling kanan) untuk punca kuasa tiganya adalah 1.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 0, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 0.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 1, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 1.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 2, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 8.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 3, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 7.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 4, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 4.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 5, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 5.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 6, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 6.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 7, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 3.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 8, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 2.
  • Jika kuasa tiga sempurna berakhir dengan 9, punca kuasa tiganya mesti diakhiri dengan 9.
Seterusnya, tentukan digit pertama (paling kiri) untuk dua digit punca kuasa tiga dengan melihat pada magnitud kuasa tiga yang diberi. Untuk melakukannya, buang 3 digit terakhir dari kuasa tiga yang diberi (29791 -> 29) dan cari kuasa tiga paling besar darinya (ketika inilah, hafalan semua kuasa tiga di atas diperlukan). Di sini, 29 adalah lebih besar dari 13, 23(8) dan 33(27), tetapi kurang dari 43(64). Jadi, kuasa tiga terbesar yang kurang dari 29 ialah 3, yang juga digit pertama untuk dua digit punca kuasa tiga 29791.
Maka, punca kuasa tiga 29791 ialah 31.
Contoh lain:
  • Cari punca kuasa tiga 456533.
  • Punca kuasa tiganya mesti berakhir dengan 7.
  • Selepas 3 digit terakhir dibuang, tinggal 456.
  • 456 adalah lebih besar dari kuasa tiga nombor sehingga 73.
  • Jadi, digit pertama untuk punca kuasa tiga ialah 7.
  • Punca kuasa tiga 456533 ialah 77.
"Please Click On Me To Close This Window ! "

0 comments:

Catat Ulasan