Halaman

>>CERPEN: BUKAN TERCIPTA UNTUKKU

“DIAM kau,perempuan sial!!”.Jeritan Rio berkumandang di rumah besar itu.

“Abang,jangan ambil cincin tu bang,itu cincin perkahwinan kita,abang!!”.Suraya tidak mampu lagi untuk mempertahankan harta benda miliknya daripada dirampas oleh suaminya sendiri.Habis wang ringgitnya dikerjakan,barang kemasnya pula digadaikan.

“Abang…!!”.Panggilnya sekuat hati.

Lelaki itu langsung tidak mengendahkannya.Tubuh Suraya ditolak kuat ke dinding.Cincin emas itu kini berada di tangannya.Langsung tidak diperdulikan keadaan isterinya ketika itu.Dia berlari keluar dari rumah itu.Kepala  Suraya terhantuk,ada cecair likat yang mengalir di dahinya…

“Mama,Mama…bangunlah..mama!!”.Tubuhnya digoncang lembut. oleh Anisa berulang kali.

“Mama!!” Anisa meraung. Suraya masih terbujur kaku di situ.



Suraya hanya tersedar setelah terdengar tangisan anak kecilnya.

“Ahh,mama tertidur,ya Nisa?.Lama ke mama tidur tadi..?”.Suraya cuba berselindung.

“Papa pukul mama lagi,ya…?Kenapa kepala mama berdarah ni..?”.Air mata Anisa mengalir deras.Dia sudah cukup dewasa untuk memahami derita mamanya.Tak perlu lagi semua pembohongan itu.Dia sudah acapkali melihatnya di depan matanya sendiri bagaimana papanya memukul mamanya,mengherdik tanpa belas kasihan.Menyepak teranjang dan menampar mamanya berulang kali apabila permintaan papanya tidak dituruti.Kadang-kadang Anisa membenci papanya.Mengapa dia ada papa yang kejam sebegitu?.

Tangisan anak kecil Suraya yang baru berusia sembilan bulan kedengaran nyaring.Pasti anak kecil itu lapar.Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia terbaring di ruang tamu itu.Mujur Anisa pulang dari sekolah cepat hari ini.Mujur juga Anisa mengejutkannya.Kepalanya terasa pedih.Namun tak sepedih luka yang dialaminya sekarang ini.Luka yang hampir bernanah di hatinya.

“Mama..”Anisa memanggil lembut mamanya.Tubuh mamanya dipapah berhati-hati.Kasihan dia melihat mamanya.Tubuhnya lebam-lebam,bengkak dan benjol di sana sini.

“Mama tak apa-apa sayang.”Rambut anak perempuannya yang berusia dua belas tahun itu diusapnya.Dikucupnya dahi anak itu lembut.

“Anisa benci papa!" Bibir mulus itu menyuarakan perasaannya.

“Tak baik cakap begitu.Mama tak suka Anisa cakap macam tu lagi.Allah pun tak suka.Dia papa Anisa." Pujuk Suraya.

Anak itu tidak bersalah.Dia cuma mahu menzahirkan perasaannya.Perasaan yang lahir dari lubuk hatinya.Dia tahu Anisa tidak suka Rio mengasari dirinya.Rio dahulunya tidak begitu.Dia seorang suami yang penyayang.Cuma kerana satu kesilapan kecil…segalanya berubah rupa.Rumahtangga bahagia yang dibina hancur sekelip mata.

Malam ini mereka sekali lagi hanya makan berlaukkan kicap.Keadaan kesihatannya tidak menizinkan dia untuk keluar bekerja.Tambah lagi anak kecilnya,Lia sering tidak sihat sejak akhir-akhir ini.Suraya terpaksa mengharap belas ihsan dari jiran-jiran untuk menjaga Lia pada sebelah pagi,dan disebelah petangnya apabila Anisa pulang dari sekolah, Anisa akan mengambil alih tugas menjaga adiknya itu.

Seperti biasa,setelah mendapatkan apa yang dimintanya, Rio tidak akan pulang lagi.Berhari-hari begitu sehinggalah dia kehabisan wangnya.Kemudian dia akan datang lagi dan pergi semula sekelip mata setelah apa yang dihajatinya diperolehi.Dan sekiranya dia tidak mendapat apa yang diminta,tubuh Suraya akan menjadi mangsa pukulan dan sepak terajangnya.Sudah habis wajahnya dipenuhi lebam-lebam akibat pukulan Rio.

Malam semakin panjang…Suraya masih lagi di tikar sembahyang.Bermunajat dan bermohon pada tuhan yang Esa.Dia berdoa agar ditetapkan imannya dan semoga suaminya akan berubah.Suraya merenung tubuh dua anak perempuannya yang menggerekot di sisi katil.Kasihan anak-anaknya,tidak mendapat kasih-sayang seorang papa. Hidup mereka menderita.Kini,dia hanya tinggal sehelai sepinggang.

Air mata Suraya mengalir laju membasahi wajahnya.Dia sudah tidak berdaya lagi memikirkan nasib dan masa depan anak-anaknya.Seandainya suatu hari nanti tuhan mengambil nyawanya…dengan siapakah anak-anaknya hendak bergantung harap?Suaminya?.Dia tidak sanggup melihat  anak-anaknya dicaci,diherdik ,disepak teranjang sepertinya.Dia tak mahu anak-anaknya terbiar makan pakainya,sihat sakitnya.Saudara mara?seingatnya,dia sudah sebatang kara sejak memilih Rio sebagai teman hidupnya enam tahun yang lalu.

“Lelaki itu yang kau pilih untuk jadi suamimu?” Tegur uminya.

“Orang seberang?” Bentak Haji Jailani pula.Orang tua itu memang tak berkenan dengan pilihan anaknya .

“Ya,abah,umi.Suraya dah buat pilihan.Rio akan jadi suami Suraya.” Suraya berkeras.

“Tak ada ke orang Malaysia hendak dijadikan suami,Suraya.Mengapa mensti orang seberang?" Hajah Faridah pening kepala.Macam-macam sahaja perangai anak-anaknya. Baharu menjaga anak perempuan dua orang,rasanya seperti menjaga kerbau sekawan. Anak kerbau bolehlah ditambat-tambat,kalau anak  manusia?Seorang menikah dengan orang putih,seorang pula hendak menikah dengan orang seberang.

“Kau nak ikut macam kakak kau ya, lari ikut mat saleh ke luar negara tak balik-balik Malaysia.Kau tak kasihan ke dengan mak dan abah ni,Suraya.Kami ni anak tak ramai.Kamu berdua tu sajalah harta yang kami ada." Pujuk Hajah Faridah lagi.

Suraya diam.Dia memang benar-benar cintakan Rio.Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Rio.Tidak!

“Maafkan Suraya umi,abah.Suraya memang cintakan Rio,dan kalau umi dan abah tak setuju,kami akan menikah di selatan Thailand." Ujar Suraya lagi.

“Astaghrafirullahhalazim ,bang!" Hajah Faridah hampir pitam mendengarkan kata-kata anak bongsunya itu.Mujur Haji Jailani sempat menyambut tubuh isterinya itu.

“Jangan buat tindakan melulu,Suraya.Kalau kau nak kahwin jugak dengan lelaki seberang itu,jangan kau berani jejakkan kaki kau ke rumah ini lagi,faham?!”.Darah Haji Jailani menyirap naik sampai ke muka.Dia benar-benar marah.

Suraya nekad.Rumah besar itu ditinggalkan.Maafkan Suraya abah,umi…!

“Suraya.jangan nak!” Hajah Faridah melarang anaknya pergi.

“Biarkan dia!” Tegah Haji Jailani.Dia tidak perlukan anak seperti itu.Anak yang tidak mengenang budi!

   Air mata Suraya mengalir lagi.Dia masih lagi di tikar sembahyangnya.Mengenang  segala dosa lama.Kisah silam yang tak mungkin di lupa.Dia sanggup menderhaka kepada kedua orang tuanya demi untuk menjadi milik Rio buat selamanya.Dia sanggup melukai hati orang tuanya..Dia sanggup meninggalkan keduanya ..Dan kini, Rio pula meninggalkannya.Dia telah mendapat pembalasan di atas semua dosa-dosa silamnya.


  Suraya menyesal.Dia benar-benar kesal dengan apa yang terjadi.Kini, anak-anaknya pula yang menjadi mangsa.Anak-anaknya masih kecil untuk terus dibiarkan hidup dalam derita..Mama yang bersalah sayang…maafkan mama kerana mengheret kalian kepada semua derita ini.Mama tak harus biarkan kalian turut sama derita seperti mama.Maafkan mama kerana tidak dapat menggembirakan kalian.

Mama gagal untuk menjadi anak yang baik terhadap ibubapa mama.Mama juga gagal untuk menjadi isteri yang baik untuk suami mama dan kini mama gagal untuk menjadi mama yang baik untuk kalian.Mama tidak dapat memberikan kebahagiaan untuk kalian.Mama hanya membuat kalian merana.Mama membuat ibubapa mama terseksa dengan tindakan mama.Mama bersalah,mama berdosa!

Dia tertidur dalam linangan air mata dengan kain telekung yang masih tersarung di kepala ,dan tikar sembahyang menjadi pengalas tidurnya.Dia cuma tersedar tatkala Azan Subuh berkumandang.Sayu dan syahdu sekali suara yang mengalunkan azan tika itu.Suaranya mengalunkan azan meresap terus ke dalam hati, memanggil-manggil untuk segera mengerjakan solat.Segera dia membersihkan diri sebelum bersiap-siap untuk menunaikan solat Fardhu Subuh.

“Abang,Suraya mengandung." Ujarnya riang.Dia pasti,Rio juga berkongsi perasaan yang sama sepertinya.

“Apa,mengandung? Aku tak suka budak.Gugurkan kandungan tu!” Tengkingnya.

“Kenapa ni,bang.Bukankah tujuan berkahwin untuk memanjangkan zuriat?”Suraya hairan dengan penerimaan suaminya itu.


“Aku tak peduli.Aku tak nak kau simpan kandungan tu.Aku tak bersedia lagi nak jadi papa.Kau gugurkan kandungan tu.”Rio berkata keras.

“Tapi bang,anak kita tak berdosa." Suraya hiba.

“Aku kata gugurkan,gugurkan!” Bentaknya.Rio berlalu meninggalkan Suraya sendirian di situ dengan juraian air mata yang mengalir membasahi pipinya.

Memori luka itu terus bermain di layar fikirannya.Tak dijangka Rio berubah laku setelah memperisterikannya.Rio telah menunjukkan belang sebenarnya.Suraya tetap berkeras mahu melahirkan bayi yang dikandungnya,dan akibatnya..Rio langsung tidak mengendahkannya.Perangai Rio semakin menjadi-jadi setelah kelahiran anak sulung mereka,Anisa.Rio menjadi pemabuk,kaki judi,kaki joli,dan kaki perempuan.

Pernah Rio membawa balik perempuan kelab malam ke rumah mereka.Malah sanggup dihalaunya Suraya dari rumah itu bersama anaknya.Mujur juga jiran-jiran bersimpati pada nasibnya.Rio yang akhirnya keluar dari rumah itu kerana rumah itu di beli atas nama Suraya.Berteduhlah Suraya dan Anisa di rumah itu sehingga kini.Namun, Rio sering datang mengganggu,meminta wang dan barang kemas miliknya.Dia sering dipukul,dimaki,diherdik dan disepak terajang oleh suaminya itu.

Pagi Sabtu yang tenang,Suraya membawa dua anaknya keluar berjalan-jalan di taman.Kasihan dia kepada anak-anaknya itu,tidak dapat melihat dunia luar seperti kanak-kanak lain.Tiada baju baru untuk mereka,tiada makanan yang enak-enak,tiada permainan yang hebat…namun Suraya bangga.Anisa tak pernah meminta semua itu.Anisa seolah faham akan keadaan hidup mereka.Sehingga kadang-kadang,sebagai ibu, dia merasa terseksa sendiri.

Anisa anak yang baik.Anak yang terdidik atas kecekalannya mengharungi hidup.Anak yang sentiasa memahaminya,menemani sepinya.Anisa sahajalah yang dapat mengubat kerinduannya terhadap umi dan abahnya.Dia tak mahu Anisa mengikut jejak langkahnya. Dia tak mahu Anisa menderhaka sepertinya.Justeru dia tidak mahu Anisa menanam kebencian terhadap papa kandungnya,Rio.Dia tak mahu Anisa jadi anak yang tak mengenang budi sepertinya.

Memang Rio bukanlah papa yang baik,Rio selalu mengasari dirinya.Namun bagi Suraya,Rio tetap bapa kepada anak-anaknya.Rio juga adalah suaminya.Kerana itu,Rio patut dihormati. Anisa mahupun dirinya sendiri tidak berhak menghukum Rio.Hanya tuhan yang layak untuk menghukum manusia.Oleh kerana itu,Suraya tidak pernah mengajar anak-anaknya agar membenci papa mereka.

“Mama,kalau papa ada sekali kan bagus?”Anisa berkata perlahan.Wajahnya mendung.

“Ya,Nisa..”

“Mamakan ada,sayang?” Pujuk Suraya.

Suraya memerhati Anisa berlari-lari di sekitar taman.Suraya tidak mampu untuk membawa anak-anaknya ke taman tema,seperti kanak-kanak lain.Dia juga tidak mampu untuk ke taman yang mahal dan indah-indah seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan Anisa kepadanya.Hanya itu yang dia mampu.Membawa anak itu ke taman kecil untuk orang awam.Lagipun ianya percuma.Tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

“Suraya!” Tiba-tiba satu suara memanggilnya.Suraya menoleh.Seorang wanita berambut perang sedang memerhatikannya.

“Suraya,akak ni!” Bahunya disentuh lembut.Wanita itu membuka cermin mata hitam yang dipakainya.

“Kak long!” Suraya terjerit kecil.Keduanya berpelukan.

“Mama,mama..ni siapa?” Anisa menghampiri mamanya.Jarang dia melihat mamanya bercakap-cakap dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Anisa ni mak long.”Suraya memperkenalkan kakaknya kepada anak itu.

“Mak long?” Anisa kehairanan.Dia tak pernah tahu mamanya ada seorang kakak.

“Anak Suraya?”Tanya Syirah.

“Ya,kak long.” Balas Suraya.

“Berapa umurnya?”Syirah mencubit pipi mulus Anisa.

“Dua belas tahun..” Balasnya lagi.

“Yang ini?” Syirah mencubit lembut pipi montel si kecil dalam dakapan Suraya itu.

“Sembilan bulan.” Balas Suraya lembut.

“Amboi montelnya..siapa nama adik?” Syirah bertanya kepada anak saudaranya yang bernama Anisa itu.

“Alia.Kami panggil dia Lia aja.” Balas Anisa.

“Kau sihat,Suraya?”Syirah merenung wajah adiknya.Dia tahu ada yang tidak kena di situ.Suraya seperti menyimpan duka yang sarat.Wajah itu,tiada sinarnya.Tubuh suraya yang susut dan cengkung itu sudah dapat menggambarkan segalanya.

“Su sihat ,kak.” Dia berbohong!

“Kau bahagia Su?”Syirah bertanya.

“Ya,kak.” Sekali lagi dia menipu.

“Di mana suami kau?Aku ingin sekali bertemu dengannya..” Tanya Syirah lagi.

“Oh,suami aku?Dia sibuk bekerja.Jadi,aku dan anak-anak sahaja ke sini..” Suraya berbohong lagi.

“Kau tinggal di mana,sekarang Su..?Tak jemput aku ke rumah ke?” Syirah bertanya lagi.

“Di Taman Melawati.Nanti aku berikan alamatnya.Kau bagaimana kak?” Soalnya pula.

“Aku sudah bercerai dengan George.Itu sebabnya aku di sini.Aku telah berkahwin dengan Fahrin.Itu pun suamiku..” Syirah menunjuk ke arah seorang lelaki yang berdiri di sebelah kereta Merc berwarna hitam berkilat di seberang jalan.

“Dia duda.Anak satu.Aku tak ada anak bersama George.Jadi aku anggap anak Fahrin seperti anakku sendiri.” Balasnya lagi.Syirah melambai-lambai ke arah lelaki di hujung jalan.Lelaki itu membalas lambaiannya.Kakaknya itu kelihatan amat gembira.

“Kau nampak bahagia sekarang,kak..” Ujar Suraya.

“Ya,dik.Aku harap kau juga bahagia sepertiku.”Syirah tersenyum.

“Bgaimana umi dan abah kak?” Naluri ingin tahunya membuak-buak.

“Mereka sihat.Sekarang,kami tinggal bersama-sama dengan mereka.Aku mahu memperbaiki kesilapan yang telah aku lakukan dahulu..” Terang Syirah lagi.

“Mereka selalu menyebut tentang kau ,dik.Bila kau mahu pulang berjumpa umi dan abah. Mereka rindukan kau.Pasti mereka gembira melihat cucu-cucu meraka  yang comel ini.”Ujar Syirah lagi.Tangannya tidak putus-putus menyentuh jari-jemari halus Lia yang berada dalam dakapan adiknya itu.

“Baiklah.Aku perlu pergi sekarang,dik.Suamiku sedah lama menunggu.Ini kad aku.Kau hubungi aku nanti ya,dik..”Syirah berjalan meninggalkan adiknya di situ.

Sedikit sebanyak Suraya merasa lega.Sekurang-kurangnya dia tidak perlu risaukan ibubapanya lagi.Sekarang sudah ada yang menjaga mereka.Suraya tumpang gembira di atas kebahagiaan kakaknya sekarang.Lelaki bersamanya itu ternyata benar-benar dapat membahagiakan kakaknya.Semoga kakaknya akan terus gembira,doanya.

“Mama,mak long tu baik.”Ujar Anisa.

“Mengapa Anisa  cakap macam tu?”Tanya Suraya.

“Dia bagi Anisa duit ni.Dia pesan,jaga mama baik –baik.” Anisa menghulurkan not seratus ringgit kepadanya.

“Banyaknya…” Ujar Suraya. Jelas dia terperanjat dengan pemberian kakaknya itu.

“Mak long tu banyak duit ke mama?” Soal Anisa lagi.

“Lain kali jangan ambil duit orang, tau?” Pesan Suraya.

“Tapi mak long yang bagi.Anisa tak nak,mak long masukkan dalam poket Nisa.” Ujar Anisa membela diri.

Petang itu,usai solat Fardhu Asar, Suraya duduk berteleku di sejadahnya.Anak-anaknya tertidur keletihan.Mungkin penat bermain di taman permainan seharian.Suraya mencapai Al- Qur’an miliknya.Satu persatu lembaran itu diselaknya.Dialunkan bacaannya penuh tertib dan Tajwid.Dia menghayati setiap butiran bacaannya.Tak sedar ada air mata yang mengalir lesu di pipi mulus miliknya…

Ketukan di pintu bertalu-talu mematikan bacaannya.Suraya dapat mengagak itu pasti Rio.Entah apa lagi yang lelaki itu mahu.Ketukan semakin kuat kedengaran disertai sepak terajang dan maki hamunnya.Suraya malu dengan jiran-jirannya.Sudah acapkali Rio berkelakuan begitu.Puas sudah Suraya merayu agar jangan bertindak begitu.Namun semuanya ibarat mencurahkan air di daun keladi.Sia-sia belaka.

“Hey perempuan,bagi aku duit!" Jerkahnya.

“Saya mana ada duit,bang.Dah seminggu saya tak pergi kerja,saya sakit.Anak kita Lia pun tak berapa sihat bang,macammana saya nak cari duit.” Terang Suraya.

“Ah,jangan nak menipu.Mana duit.Bagi aku duit cepat..!!” Rio menyelongkar seluruh isi rumah.Habis disepahkan segala barang.Berselerakan semuanya.

“Tak ada,bang.mana ada duit lagi..” Ujar Suraya.

“Ah..tepi,jangan menyibuklah kau perempuan sial !!” Tubuh Suraya ditendangnya tanpa belas kasihan.Tersungkur Suraya di atas lantai.Terkial-kial Suraya bangun mendapatkan suaminya itu.

“Bang,tolonglah,bang..saya kata saya tak ada duit..” Suraya memegang tangan suaminya,merayu agar Rio tidak bertindak kasar terhadapnya.

“Ahh..!!” Rio menamparnya sekuat hati.Lalu rambutnya ditarik kuat dan diseretnya tubuh lemah Suraya ke bilik.

“Abang,sakit bang,lepaskan Su bang..!”Pintanya.

Tubuh Suraya dicampakkannya ke katil.Lalu ditelungkupkan dengan bantal.

“Cakap,mana kau simpan duit tu.Cakap!” Rio bertindak diluar kawalan.Suraya tidak dapat bernafas.Dia cuba melawan namun tak berdaya.

“Atas almari.bawah pasu bunga kat luar..” Akhirnya Suraya terpaksa mengalah.

Rio bergegas keluar.Dia mendapatkan wang itu.Lalu pasu bunga itu dihempasnya ke lantai.Rio ketawa besar.Not seratus ringgit itu dikucupnya.

“Bang,itu duit anak kita,bang.." Rayu Suraya lagi.

“Ah..tepilah!!” Tubuh Suraya ditolak kuat.Suraya terduduk di lantai.Air matanya mengalir laju.

Rio terus pergi sejurus selepas mendapatkan wangnya.Pintu rumah ternganga luas.Suraya berlari mendapatkan Rio.Rio masih belum jauh.Masih sempat lagi untuk dia mempertahankan hak anak-anaknya! Suraya berlari mendapatkan Rio dan tidak sedar sebuah van meluncur laju ke arahnya.Dumm! Dentuman kuat kedengaran..Serpihan kaca berteraburan di atas jalan.Darah merah likat terpercik di merat tempat.Tubuh Suraya tercampak ke dalam longkang  di seberang jalan.

“Masyaallah..!" Kedengaran jeritan nyaring  mek Zarah ,jiran sebelah rumah Suraya.

“Suraya!!"

Suraya tidak dapat mengingati apa-apa lagi.Pandangannya gelap.Wajah anak-anak terbayang satu-persatu di matanya,bersilih ganti dengan wajah umi,abahnya ,kakak dan wajah suaminya.Entah mengapa dadanya merasa lapang sekali.Ada air yang mengalir dijuring matanya.Dan dia tidur untuk selamanya..



BUKAN Tercipta Untukku

Andai Kutahu…
Begini Sudahnya…
Akan aku kalungkan ucapan perpisahan
Untukmu sejak awal dulu
Andai kutahu..
Kita tak mungkin terus bersatu
Takkan aku biarkan kau terkurung
dalam sangkar cintaku
Andai kutahu…
Takkan aku terus menantimu
Kerana kuyakin
Sememangnya kau bukan tercipta untukku…

by:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan