Terapi diri

Assalamualaikum

Sihat semua.Harap semua sihat2, gembira dan  bahagia disamping kawan dan orang2 tercinta.

Macam mana life korang? Sibuk? Memenatkan? Atau membosankan? Pasti korang semua ada cerita tersendiri disebalik roda roda kehidupan yang korang jalani.betul tak?


Macam itu juga dengan aku.Kadang2 rasa sangat letih.Kosong! Lepas tu mulalah pikir balik.Untuk apa semua ni? Untuk hidup yang sementara? Yang tak pernah dapat memuaskan kita?

Bila kita 'blank' dan mulai bertanya balik. Apa sebenarnya tujuan kita hidup?
Manusia memang perlukan rehat.Kadang mesti nak escape dari rutin yang berulang2 dan membosankan.

So that why kena ada hobby.Pengisisan jiwa. Rohani dan jasmani.Ada orang suka bersukan untuk release stress. Ada pula suka window shopping.

Tak payah ceritala kalau yang jenis pendapatannya juta2 tu.Mungkin dia release stress dengan melancong merata dunia, beli barangan mewah, beli benda2 pelik yang orang lain x mampu nak beli macam dia.

Tapi untuk rakyat marhaen yang sedar diri macam aku ni, cukuplah yang ada.Tak mampu nak shopping mahal2 kita shopping je yang cukup2 ikut bajet poket kita.Tak mampu nak melancong keliling dunia cukupla balik kampung atau melancong dalam negara.

Okey kalau untuk aku sendiri, alhamdullillah  aku bekerja dalam bidang yang diminati.Tapi rutin yang sama kadangkala akan menyebabkan otak tepu dan badan lesu.Jadi bagi mengisi kelompongan tu, aku ada cuba buat perkara2 lain yang menarik minat aku.

Memasak.Membuat kek.Mencuba resepi baru.Semua tu adalah percubaan yang baik untuk 'mengalihkan' perhatian otak dan badan aku daripada kerja.

Menjahit dan mendekorasi rumah pula hobi yang dapat ' menrefresh' dan mengasah skill dalam diri.Membaca novel ,majalah dan buku2 dapat meluaskan kosa kata, menambah pengetahuan dan mengisi nilai2 dalam jiwa.Yang paling penting ,aku happy!

Bercucuk tanam  dan memelihara haiwan peliharaan di rumah dapat 'merehatkan' minda dan 'mencuci' mata aku dengan alam semulajadi flora dan fauna.Kalau korang rajin boleh je gantikan dengan adventerous activity macam daki gunung.panjat bukit.masuh hutan camping.wall climbing or apa2 extreme activity yang korang suka.

Jadi semuanya ni aku buat  untuk 'recharge' energy dan buang ion2 negatif dari badan dan minda yang tadinya tepu dan lesu. Jangan lupa amalkan zikir, dan sentiasa temani diri dengan Al-quran.

Aku bukannya baik sangat.Tapi rutin harian aku, dalam perjalanan ke tempat kerja aku memang akan pasang ayat quran sambil mengalunkannya bersama2.Al maklumlah aku memang keluar rumah seawal pagi selepas subuh.Jadi terkejar2 xsempat nak mengaji ditikar sembahyang.Jadi aku manfaatkan masa memandu sambil mengaji.

Selepas solat lima waktu selitkan juga zikir dan bacaan al quran.Insyaallah. Kurang sikir beban dalam kepala otak dan dapat kawal stress.

Hujung minggu isi masa pula menonton wayang atau sekadar beriadah di sekitar ibu kota untuk mengambil angin luar dan melihat ragam masyarakat kota.Aku sejenis yang suka jafi pemerhati.LAgi2 ragam manusia di sekeliling aku.Lepas tu buat analisa.Saja suka2.

Korang pula bagaimana?


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh