Captain Marvel

Assalamualaikum

Apa khabar semua.

Baru-baru ni Bell ada pergi menonton wayang. Captain Marvel.Peliknya bila dengar Captain bell pikirkan watak lelaki.Agaknya stereotype pikiran Bell ni ,asal kapten je mesti lelaki walhal ada je kapten perempuan kan?

Bell dengan Hubby pilih untuk tengok wayang hari bekerja.So tak ada lah ramai sangat masa tu. Lagi pula malam,kan.



So far, bolehlah.. Bell bagi 4 Bintang.Sebab watak utama dia ada tahi lalat yang manis bawah mata macam Bell.Ahahah...

Okey, Kisah ni mengenai watak Utama yang digelar  'Kree'  dikalangan rakan seangkatannya yang terperangkap dalam memori lamanya .Beliau sering bermimpi dan teringat kisah silam di mana dia terperangkap dalam satu pertempuran.Walaubagaimanapun beliau gagal mengingati sepenuhnya apa yang terjadi sebelum itu.

Beliau telah ditugaskan dalam satu misi bersama-sama dengan rakan seangkatannya untuk menumpaskan makhluk yang bernama Skrulls yang dikatakan cuba untuk menculik orang-orangnya.
Makhluk Skrulls ini mampu menyerupai bentuk makhluk lain dan menjelma menjadi makhluk yang lain.







Walaubagaimanapun, sewaktu mengikuti misi tersebut, 'Kree' telah terpisah daripada rakan-rakan seangkatannya dan diculik oleh Skrulls.Beliau telah ditawan dan disoal siasat.Cuba untuk mendapatkan maklumat daripada 'Kree' , Sekumpulan Skrulls tersebut bagaimanapun telah berjaya ditumpaskan oleh 'Kree' dan beliau berjaya melepaskan diri ke bumi.

Sewaktu di bumi, berbagai kejadian dan huru hara berlaku hingga mempertemukan 'Kree' kepada Nick Fury yang membongkar kisah silam 'Kree' untuk mengingati Juruterbang pesawat tentera udara U.S yang bernama Carol Danvers.

Bermulalah titik tolak pembongkaran satu demi satu rahsia sebenar mengenai peperangan yang terjadi antara Puak Skrulls dengan orang-orangnya.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh