Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali selalu nak ingatkan diri sendiri yg aku cuma hamba ,bukan sesiapa atas muka bumi ini.



Social media memang sangat2 berkuasa di akhir akhir zaman ini.Maka social media influencer pon apa kurangnyakan. Populariti kadang2 mengalahkan celebrity.
Upsss..

Kang cakap lebih2 kang kata kita ni dengki.Tak ada la sayang2 sekalian.Tak kuasa i nak dengki2.

Apa yang menarik perhatian i baru2 n sejak dua tiga menjak ni adalah gelagat si polan si polan yang mempunyai kredibiliti, integriti dan sepatutnya memiliki personaliti yg konon mencerminkan membawa watak profesionalisme masing2.

Kadang kita ni kagum.ya lah awak tu pendidikan dan tahap tinggi tapi kenapa nak berperwatakan tak sma macam tahap pendidikan yg dibawa?

Sibuk sakan bersocial media ,membawang , dan terkadang watak yg dibawa tu tak mencermin kredebiliti awak.

Ye sy tahu awak tu niat baik nak sebarkan ilmu, untuk masyarakat kan.tapi perlu ke memfitnah dan menambah garam dan ajinomoto pd org?

Ye sy tahu pekerjaan awak tu dihormati masyarakat.awak dipuja.semua hujah awak diiyakan sahaja masyarakat sehinggakan jika ada yg membantah awak dan rakan2 awak membantai habis habisan.

Awak.Ilmu Allah itu luas wak.Awak juga org beragama.dan awak juga tahu itu.saya yakin.Sepatutnya awak meraikan perbezaan pandangan dan perkongsian pendapat.Tapi...

Ye saya tahu awak dan rakan2 seangkatan awak ramai menyelamatkan masyarakat dari kejahilan.Tapi itu bukan tiket untuk awak terus menghina,mencerca ,menghasut masyarakat utk.membenci dan memusuhi sesama manusia.

Even rasullullah dalam perjuangannya atas dakwahnya pon tak pernah galakkan masyarakat saling memusuhi,membenci tapi awak?? Yg professionnya disanjung masyarakat snggup biarkan masyarakat berlaga dan bertelagah kerana hujah awak?

Sanggup biar insan seagama dicerca disumpah masyarakat? Tinggi sungguh kecintaaan awak terhadap masyarakat. Murah sungguh maruah saudara seagama awak itu dimata awak sehingga awak biarkan dia disumpah kepada kematiannya sendiri.

Awak2.Hebat awak.Sehebat segulung ijazah yg awak ada.

Saya tak sebelahi sesiapa.Saya bukan berpegang pada logik akal dan hujah semata.Allah ciptakan Akal (logik) dan hati (ilham ,naluri) untuk manusia buat pertimbangan yg sempurna.

Akal dan logik semata takkan menjadikan kita manusia.Malah ibarat pepatah

Ikut hati mati
Ikut badan binasa

Apapun, respek pada tokoh2 profesional dulu2.Tak perlu canang kehebatan meraka di media sosial merata.Sampai menjatuhkan martabat mereka.Allah itu cukup untuk mereka.


Malulah sesama islam bertikam lidah
Berbalas kata mengata , orang bukan islam jd pemerhati je.Buat apa nk merendahkan martabat sendiri join korum makcik bawang pula?


P/s: respect Dr hamid arshad
                      Dr Muhaya

Bukan BBBNU