KSSM

KSSM iaitu singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah sejak tahun 2017 secara berperingkat-peringkat.Ia merujuk kepada transformasi kurikulum iaitu usaha menambah baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.PPPM menekankan usaha untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Transformasi yang dijalankan termasuklah menyusun semula dan menambah baik kandungan kurikulum agar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21dapat disalurkan kepada murid.Penekanan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM diperkenalkan.

Pentaksiran dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid.Pentaksiran yang dijalankan tidak semestinya bertulis dan guru boleh menjalankan pelbagai kaedah pentaksiran mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Penguasaan standard pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan akan direkod oleh guru selepas proses pentaksiran yang dijalankan.

Prinsip Kurikulum Sekolah Menengah KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM seperti Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah,Pendidikan Umum untuk Semua Murid, Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada , Kesepaduan Antara Unsur-unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani,Penekanan Nilai-nilai Murni , Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu, dan Pendidikan Sepanjang Hayat.

Reka Bentuk Kurikulum KSSM merupakan kesinambungan daripada kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas kepada pembangunan modal insan.Berikut adalah Kerangka KSSM

KSSM



Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai KSSM anda boleh memuat turun Fail berkaitan KSSM di SINI


Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh