Posts

Showing posts from 2018

Hajat

Image
Assalamualaikum w.bt. Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya. Sedang tahun 2019 bakal mengintai kita.Seiring peningkatan usia, berinjaknya juga naskah kehidupan kita.Bagaimana persediaan kita menghadapi tahun baru yang bakal menjanjikan 1001 pahit manis buat kita? 2019 please be nice to me! Itu harapan aku untuk tahun 2019 yang akan datang. Seperti tahun-tahun sebelumnya mestilah masing2 dah ada azam untuk tahun baru ,betul tak? Apa agaknya azam tahun baru anda saemua ya? Azam tahun baru Bell? Bella ada beberapa hajat : To get pregnant Tambah saham akhirat Peningkatan kerjaya penghujung tahun 2018 dapat tahu yang rakan sekerja yang duduk sebelah Bella dah pregnanat, then permohonan pertukaran dia juga diluluskan.So, hilanglah kawan tempat bergosip dan mencurah perasaan masing2.Dulu kami sama2 kongsi rasa.La ni, dia dah pindah. Sekarang mungkin Bella akan dapat teman sebelah meja yang baru, tapi mesti la tak sama macama yang lama kan? Bella harap tahun 2019 nanti bakal bawa sinar yang bar

Bersawang blog

Image
Assalamualaikum w.b.t... Jenuh.Lama betul x menjenguk blog.Sibuk dengan urusan dunia yg xhabis2.Baru dapat menjenguk blog. Harap2 ada kesempatan untuk menulis lagi. Jangan jemu baca blog belle ok kawan2.Terima kasih bagi yang setia menjengah blog usang ni.love u all.

Projek barang terpakai (DIY)

Image
Assalamualaikum w.b.t Salam semua, hai.Adakah anda runsing terlalu banyak barang terpakai di rumah? Atau terasa bersepah? Tak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.Jom dapatkan idea di sini! Jeans lama Tayar lama Butang Penutup botol Balang

Pemenang Birthday Giveaway November

Image
Assalamualaikum w.b.t Dah lama sebenarnya nak umumkan pemenang, malangnya asyik sibuk dan tertunda-tunda. Pada yang dah lama menanti tu, akan diumumkan pemenangnya.Sebenarnya pemenang sudah pun dimaklumkan akan kemenangan.Hadiah otw nak diposkan. Punyalah berkurun masa nak memproses nama pemenang dan hadiah. Kesibukan yang melanda tak mengizinkan.Ni pon masih curi masa nak proses pengeposan hadiah. Maka dengan ini diumumkan pemenang bagi Birthday Giveaway November adalah seperti berikut: 1) Mrs Pip.Blognya :http://www.mrspip.com 2) Nadia md radzi .Blognya: http://aimanziyad.blogspot.com 2) Shiela Adziz. Blognya:http://www.sheilainspire.com x

Skin Irritation

Image
Assalamualaikum w.b.t, Lamanya tak blogging. Ada ke yang rindu? Macam tak ada je? Okey, dah sebulan menderita gatal-gatal kulit, kulit mengering dan mengelupas kat muka. Tak perasan sejak bila kena tapi yang pasti selepas aku mengikuti kursus kat Pantai Port Dickson 11 Ogos lepas.Lama jugak dah la. Cerita asalnya, masa aktiviti berkumpulan hari tu, kami bermain di tepian pantai. Ada aktiviti melibatkan air, dan kebetulannya ada direct contanct dengan air, air tu mencurah-curah ke kulit wajah aku. Bercampur dengan pasir pantai bagai, aku pun bersihkan muka dengan sebotol air mineral. Selepas kejadian, tak ada apa yang berlaku, tapi sehari demi sehari selepas kejadian tu, kulit wajah aku mula gatal-gatal.Mulanya hanya sedikit, di kawasan sekitar tepi dan bawah bibir.Aku biarkan saja sebab yakin ia akan sembuh sendiri. Malangnya, gatal-gatal semakin merebak, kulit muka jadi merah, menggelupas dan mengering. Dari sehari ke sehari, aku makin Fed Up. Aku nak make up pun tak boleh sebab kulit

Jampi Pengasih?

Image
Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah. 1.Jampi Pengasih Pernah tak korang rasa, orang sekeliling tak ambil port pasal korang.Korang jenis yang suka bergaduh dengan orang? Selalu selisih faham? Kawan tak ramai? Susah hendak didekati? Nak tak kalau ahli keluarga sayang korang? kawana2 makin baik dengan korang? Tak bergaduh lagi dengan kekasih, tunang @ suami? Nak hubungan dengan kawan-kawan makin akrab? Elak selisih faham? Kurangkan konflik dan pergaduhan? I ada jampi nak dikongsikan Apa dia? Ha.. ini lah dia... Amalkan baca Surah Al-Rahman.Insyaallah dipermudahkan. 2. Elak Papa Kedana. Korang selalu kesempitan? Asyik tak cukup duit? Gaji dah besar tapi hutang banyak? Duit tiap2 bulan masyukkk tapi poket pon cepat je bocor? Mana pergi duit? Amalkan Surah di bawah ni Insyallah dijauhkan dari Bankrap dan jadi miskin.Amalkanlah, dan lihat hasilnya.Insyaallah.

Sexual Grooming Membahayakan Remaja?

Image
Assalamualaikum w.bt.. Apa khabar semua? lama rasanya tak merepek kat blog. Baru-baru ini sewaktu Bell berkesempatan nak scroll FB terbaca nukilan tentang seseorang mengenai contoh2 sexual grooming yang boleh attract remaja kepada naluri membuak2 ingin mencuba, meniru, meneroka. Susah nak cakap.Terus-terang, dalam sekolah, luar sekolah ke budak remaja sekarang memang dah tak selamat.Anak2 perempuan especially. Yang suci bersih ,yang ibubapa jaga ibarat menatang minyak yang penuh, senang2 je dirosakkan oleh tangan2 kotor kat luar sana. Sedih, memang sedih. Sangat2 mencabar untuk menjaga anak remaja di zaman ini.Kadang2 bukan salah ibubapa pon. Puas sudah dididik, dijaga rapi, entah di mana silapnya, ada mata2 liar dan nakal yang sudah lama menanti mangsa.Pujuk rayu, dan pelbagai. Kadang pemikiran diracun rakan2 baik dan rakan sepermainan sendiri, kadang dipengaruhi teman baru, kadang terlalu bersifat ingin tahu, ingin cuba, ingin meneroka yang berlebihan membawa mudarat kepada remaja it

Persediaan Temuduga SPP

Image
Assalamualaikum w.b.t Musim Temuduga datang lagi.Pasti berdebar-debar bagi calon yang menunggu tarikh panggilan temuduga itu kan? Berikut merupakan beberpata tips dan perkongsian bahan untuk yang bakal menduduki temuduga calon guru. 1) Tidur dan Rehat yang cukup Pastikan anda dapat tidur dan rehat yang mencukupi sehari sebelum tarikh temuduga.Tentu anda tak mahu anda tiba-tiba 'blank' atau  tertidur sewaktu menjawab soalan temuduga nanti bukan? 2) Kenal siapa majikan anda Buat ulangkaji latar belakang majikan anda, apa visi dan misi organisasi jabatan anda bakal berkhidmat, pegawai-pegawai penting diperingkat tertinggi jabatan anda, dan sedikit sejarah jabatan anda. 3) Persediaan yang cukup Jangan sekali-kali datang kosong! Kumpulkan ilmu di dada, buat kajian tentang skop kerja dan tanggungjawab yang bakal dipikul, latar belakang kerjaya yang bakal digalas, dan pengetahuan am yang berkaitan! 4) Berfikir di luar kotak Anda harus bersedia dengan soalan-soalan diluar lingkup bida

BBM Matematik :Tingkatan 1 (Bab 5:Ungkapan Algebra)

Image
BBM ini boleh digunakan samaada di dalam kelas mahupun untuk dijadikan kerja rumah semasa cuti sekolah.Sekiranya anda hendak melakukan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah juga ianya bersesuaian untuk digunakan ketika sesi pdpc. Boleh dapatkan di Link di bawah: Algebra Lesson Algebra Lesson 2

KSSM

Image
KSSM iaitu singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah sejak tahun 2017 secara berperingkat-peringkat.Ia merujuk kepada transformasi kurikulum iaitu usaha menambah baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.PPPM menekankan usaha untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Transformasi yang dijalankan termasuklah menyusun semula dan menambah baik kandungan kurikulum agar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21dapat disalurkan kepada murid.Penekanan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pemb

Cetak Alamat di Sampul Surat

Image
Cikgu-cikgu selalu kena pos surat kepada ibubapa murid. Bukan itu sahaja, pekerja di pejabat pun kadang-kadang perlu mengepos surat, begitu jugak dengan bakal-bakal pengantin sibuk nak pos kad undangan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana nak mempermudahkan dan mempercepatkan proses pencetakan alamat di atas sampul surat? Bukannya tak nak guna tulisan tangan, tetapi kalau dicetak nampak lebih kemas, dan kelihatan eksklusif sikit, betul tak? Berikut disediakan teknik mencetak nama dan alamat di sampul surat dengan mudah.Tak perlulah anda hendak taip satu persatu. LANGKAH 1: Pastikan anda sudah mempunyai data maklumat dan alamat penerima surat/ kad/ dokumen yang anda hendak cetakkan di sampul surat anda.Data tersebut perlu diletakkan dalam fail Excel. Jika belum, maka anda perlu menaip data tersebut / import data ke dalam >> Excel.                                       (Maklumat di dalam gambar di atas adalah rekaan semata-mata) LANGKAH 2: Pastikan Nama ditaip dikotak paling kiri,

Blog ID

Image
Macammana nak dapatkan Blog ID untuk Blog Anda? Jangan risau, saya tunjukkan caranya di bawah: Langkah 1 : Log in akaun Blogger anda, terus pergi ke Dashboard. Ha, nampak tak yang dibulatkan MERAH tu? yang ada tulis blogID  itu lah Blog ID anda! Mudah kan? Selamat Berjaya!

Pemenang Birthday Giveaway November

Image
Alhambdulillah..dapat jugak cari Pemenang.Tahniah kepada yang terpilih jadi Pemenang Bloglist November 2017. Pertama sekali nak minta maaf banyak2 kerana terlalu lewat mengumumkan pemenang.Bukan disengajakan tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda. Berjuta2 maaf diucapkan. Nama-nama pemenang akan diumumkan tak lama lagi diharapkan peserta dapat bersabar, dan proses pengeposan dan menghubungi pemenang akan dibuat secara berperingkat-peringkat. 3 pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin.Nantikannya!

Disable Right Click dan Copy

Image
Berikut adalah cara untuk buat Kandungan Blog kita terlindung dari di Copy Paste sesuka hati oleh manusia tak bertanggungjawab.Contohnya kalau kita tak nak bagi orang copy Entry blog sesuka hati.Tapi kalau yang tak kisah tak payahlah gatal2 nak letak coding ni kat blog korang.Nanti korang jugak yang susah. Caranya ialah macam di bawah, saya kongsikan: Langkah 1: Log masuk ke akaun Blogger >> pergi ke Dashboard>> Klik Themes>> pilih butang Edit HTML Langkah 2 : Salin Code Di bawah dan Paste kan selepas <Head> dalam Coding Themes Template anda. <!--Disable Copy Paste www.codingbot.net--><br /><script language='JavaScript1.2'>function disableselect(e){ return false } function reEnable(){ return true } document.onselectstart=new Function ("return false") if (window.sidebar){ document.onmousedown=disableselect document.onclick=reEnable } </script><span style="font-size: large;"><br /></span>      

Tambah Butang Follow dan Dashboard

Image
Kadang-kadang, bila kita tukar2 template Blog Butang Follow dan Dashboard yang floating kat atas sekali tu hilang dari Blog kita.Perasan tak? Macam mana nak munculkan balik Butang tu ? Ini tipsnya: Langkah 1 : Log in Google Account anda Langkah 2: Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda. Pergi ke Dashboard .Anda akan dapati paparan seperti di bawah. Langkah 3: Pilih link Layout di sebelah kanan Paparan Skrin.Pilih Butang>> Add Gadget di Paparan Layout Langkah 4: Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu. Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code percuma di Internet. Langkah 5: Berikut disediakan code: <div style="position: fixed; top: 5px; right: 95px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=YOUR BLOG ID" target="_blank" r

Memasang Cbox di Blog

Image
Kali ni nak ajar cara pasang CBox atau Shoutbox atau Comment Box di Blog anda.Ini adalah aplikasi tambahan untuk menarik pengunjung Blog dan juga memudahkan anda untuk memeriahkan lagi Traffic Blog . Langkah 1:Pergi ke Google dan Search Cbos atau Shoutbox atau sebarang aplikasi pilihan anda. Langkah 2:Perlu diingatkan, sebelum anda boleh menggunakan Cbox atau sebarang aplikasi di atas, anda terlebih dahulu perlu mendaftar akaun anda. Langkah 3: Pergi ke Themes editor untuk edit Theme (Tema warna, kedudukan, saiz tulisan dlln) Langkah 4: Setelah berpuas hati dengan paparan anda, Klik butang Publish di atas sekali.Copy Code yang diberikan Langkah 5 :Pergi ke Dashboard Blogger anda dan Pilih butang Layout. Langkah 6 : Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML Langkah 7 : Paste code yang anda Copy tadi di dalam kotak disediakan dan save.Preview Blog anda. Semoga Berjaya!