TTC Journey

Haii..salam sayang n rindu..

Moga korang bloger2 cute sihat2 belaka.
Sedih sebenarnya.
Sepatutnya aku menjalani IUI tapi apa boleh buat..belum rezeki.

Inilah rupa ubat yang aku suntik kat perut hari2 *sakitnyee😭😭

Selepas ambil Folliculin 75 iu setiap hari, selama 7 hari berturut2, dan buat TVS,Ovari aku Over react pada Dos ubat yang diberi.

Hm.. kedua2 tiub ada banyak sangat Folikel. Rata2nya besar.Terlalu banyak! Sister tu cakap. Nurse yang duduk sebelah dia pun terkejut. Hm.. nampaknya cycle kali ni tak dapat diteruskanla..pujuk aku dalam hati.

sedih. Tuhan je yang tahu.

Itulah..siapa suruh terlalu berharap.
Doktor tak boleh nak teruskan prosedur IUI sbb sekiranya terjadi juga proses tersebut akan membahayakan dan wujud risiko pada ibu dan bayi nanti. Yelah, kalau semua folikel tu pecah dan ovum berjaya bersenyawa nanti kemungkinan untuk terbentuknya kelahiran kembar lebih daripada 3 adalah besar dan risiko keguguran juga boleh berlaku.

Tambahan lagi doktor bimbang tahap kesihatan ibu dan bayi nanti akan terjejas disebabkan terlalu banyak bayi yang terhasil. Cuba bayangkan kalau 5 biji ovum berjaya disenyawa serentak dan membahagi dua pula. Gila nak ada 10 orang kembar???

Scan Folikel

lebih kurang gini lah rupa scanning image folikel aku kat screen

Bahaya kata doktor.Lagipun, kalau terbentuknya kembar lebih daripada 3 sekalipun tak semestinya semua akan survive.begitu juga dengan ibu. Malah sekalipun berjaya survive akan memakan belanja yang besar untuk membesarkan 10 orang kembar atau lebih mungkin??

Doktor terkejut lepas scan TVS dan harap aku tak terkena OHSS. Nurse pon tanya aku, ada simptom2 macam kembung, atau sebagainya tak? Biasa lah, kalau terlebih react, mungkin akan terkena OHSS. Fikir nurse tu agaknya.

Ntahla. setakat ni aku ok lagi,harap semuanya baik2 belaka.Aminnn..

Nampaknya kena cuba cycle lain nanti.Doakan aku.Yang baik2 sahaja..TQ! :p

Comments

  1. awww, sakitnya suntik perut tu. tiap2 hari pulak tu �� semoga Allah permudahkan segala urusan, ameeen

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan ye. Aminnn!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh