IMPAK J REVOLUSI ??

Assalamualaikum w.bt.
Sebenarnya lama dah nak update terlupa n terbusy lak.

Nak dijadikan cerita, akibat kemurungan yang melanda dan kesedihan selepas tak dapat buat IUI hari tu, My hubby memujuk dengan tawaran shopping di Festival City KL. Demi hilangkan rasa sedih tu, gagah jugakla ke Festival City Mall

Pusing2 dalam mall, sempatlah jugak bershopping ala kadar di Guardian, Shopping apa? Ni hah dua ketul benda Alah kat bawah ni je pon hah.. Silkygirl BB Cushion & Nano White awakening snow wash .Stok pencuci muka dah abis.Wajiblah refill kan?

Nano white


Then jumpa lak kasut diskaun 50 percent.Saiz muat2 lak tu. Apa lagi. Wajiblah beli kan?
Huahaha.Walaupun baru lepas borong 4 pasang wedges online minggu lepas.

Summit Shoe

Okey berbalik pada Tajuk kat atas. Sebenarnya nak story pasal Filem J Revolusi yang aku tengok kat Pawagan baru-baru ni. Aku kan memang tak tengok filem melayu.Tapi nak buat macam mana. Tak ada pilihan time tu .Hubby pon cadangkan filem tu.I pon follow jela.

Actually I tak ada komen apa2. Seriously, selalunya lepas kuar pawagan I akan pot pek pot pek dekat my hubby pasal filem yg kitaorg tengok tapi that day, memang I have no comment!

J Revolusi


I bermurah hati bagi 4.5 bintang. Why? Becoz it different. A little bit like Polis Evo but tak sama sangat la. Sentuhan filem melayu yang pertama kali nya I rasa tak terlalu mendedahkan elemen dan unsur2 negatif, secara keterlaluan, tak ada pengaruh tidak sihat, lebih elemen kekeluargaan, impak positif lebih besar tarikannya dan BRAVO!

Izzara Cantik

Padanlah kutipannya pun boleh tahan. Tahniah! Ingatkan Penerbit Filem kat Malaysia ni tak ada yang Hebat rupa2nya boleh pun Buat filem yang berfaedah dan bermanfaat. TAk rugipun kalau tak tayang adengan jaul dadah, jual betina, hisap ganja, seks bebas ,rogol bagaikan? Memang tak rugi pon kalau adengan kotor macam tu tak ditayangkan, langsung tak rugiiiii!!

Tahniah pelakon J Revolusi! Jalan cerita pon masih boleh diterima logik akal  dan tak merapu2. Sentuhannya memang mantap. Farid Kamil pegang watak Andra dengan berkesan. Filem ni ala2 hollywood.

Ala2 drama kepolisan yang selalu I tonton kat TV versi cina yang selalunya dibintangi Jacky Chan , Andy Lau bagai. Depa kalau berlakon memang mantap.

Okeyla.Not too bad kan, untuk Industri filem kita. Moga lepas ni banyak lagi filem2 yang beri impak positif terhadap anak muda dan remaja kita di Malaysia ni akan dihasilkan oleh pengarah2 kita yang berbat. Tahniah K!

Comments

  1. PC tak tengok lagi..tapi mengikut komen kawan-kawan yang dah pergi menonton..ok positif komen yang diberi.

    ReplyDelete
  2. wahhh best tak produk nano white tu?

    ReplyDelete
  3. menarik eh.. Mabye boleh tgk kot nanti.

    ReplyDelete
  4. sy x tngk lagi, asyik baca review blogger lain & engok iklan d tv. jd, dah tau JR ni best 😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh