Rabu, 12 Oktober 2016

Pandangan Pertama tak semestinya betul!

Hai u all! sihat?

Hopefully semua sihat2 belaka.Insha Allah!

Kali ni nak bebel pasal pandangan pertama. Okey! 1st of all.Penah tak korang tersalah sangka pada seseorang pada pandangan pertama?

Ha! ini bukan cinta pandang pertama okey!

Contohnya. Kau ada officemate baru.Tak pernah bercakap dengan orang dan suka buat hal sendiri je. Kau orang rasa dia ni sombong sbb tak pernah bertegur sapa dengan korang.

Kau orang tuduh dia berlagak. Salah okey! sebagai orang baru, mestilah dia ada perasaan insecure, dan berkemungkinan malu hendak bertegur siapa, atau mungkin dari jenis yang tak reti hendak memulakan dulu interaksi, atau mungkin pemalu dan pendiam. Who knows right?

Jadi tak salah kalau korang yang mulakan dulu,janganlah korang pulak terus je 'mark' dia sebagai sombong.Mana tahu, lepas kenal je tengok2 jadi kamcing plak?kan??


Aku ada satu pengalaman, perkara ni terjadi berulang kali.Kelakar pun ada rasanya. Sebagai seorang pendidik yes, memang segala tingkah laku akan diperhatikan. Tambahan lagi  oleh anak2 didik yang sedang meningkat dewasa.

Yang kelakarnya, setiap kali aku masuk ke sekolah baru, belum sempat perkenalkan diriku pada anak murid, mereka terlebih dahulu dah 'judge' aku dan panggil aku USTAZAH.What??? Ustazah?
Kenapa mana2 sekolah aku pergi pelajar panggil aku 'Ustazah?' .

Tang mana lak tertulis nama 'USTAZAH' tu? Tang dahi aku ke? Ke ada Cop besar2 depan muka aku ni tulis 'USTAZAH'?

Tak pasal2 masuk kelas, budak beri salam dan panggil USTAZAH. Lepas ditilik2 aku sendiri buat kesimpulan mereka panggil aku begitu sebab penampilan aku yang berselendang agak labuh dan berstokin.

Alkisahnya, tudung dan selendang tu saiznya memang saiz standard tetapi besar padaku.Jadi nampaklah labuhnya..Tentang stokin tu pula dah macam jadi kelaziman untuk aku pakai. Tapi kadang2 aku tak pakai jugak pon.

Entahlah..betullah tanggapan pertama tu tak selalunya betul..




6 ulasan:

  1. betul2..sy x sombong..pemalu je..hahaha..alhamdulillah..doa tu..insyaAllah boleh la istiqamah pakai stokin tu ;)

    BalasPadam
  2. wa talak sombong punyeeee hahahaha

    BalasPadam
  3. Hehe takpe, ustazah pun ustazah lah ye anak-anak murid sekalian haha.

    BalasPadam
  4. Hm. Tapi memang biasanya kalau orang tengok tudung labuh je ustazah. Tak apalah.. Benda baik kan :)

    BalasPadam
  5. Hm. Tapi memang biasanya kalau orang tengok tudung labuh je ustazah. Tak apalah.. Benda baik kan :)

    BalasPadam
  6. biasa la tu. bak kata omputih. don't judge a book by its cover.

    BalasPadam