Sabtu, 10 September 2016

Kontroversi 'Pekak'

Hai..Assalamualaikum..

Rosak!! rosak!! rosak!!!

Sudah berapa kali aku bilang, jangan ditayang lagi filem-filem yang merosakkan remaja! Tolonglah JANGAN!

Tak kisahlah ia realiti, fantasi atau rekaan semata.TOLONGLAH!!

BOHSIA, REMPIT, KL GANGSTER ..bla..bla..bla



Tak cukup lagikah dengan kerosakan anak muda kita sekarang ini sampaikan perlu  dipuja-puja segala tindak- tanduk dan kerosakan mereka itu dan diangkat lalu difilemkan untuk tontonan berjuta orang? Tak ada perasaan malukah? Melihat kerosakan dan kejatuhan bangsa sendiri? Dan Barat? sudah tentulah menawarkan racun supaya kita terasa lebih bangga  mempertontonkan 'kerosakan dan kepincangan remaja negara kita?'

Patutlah filem ini dapat anugerah di luar negara. Rupa-rupanya itulah simbolik kegembiraan mereka apabila melihat bangsa kita mempertontonkan kerosakan dan kepincangan kita lalu dicanang merata dunia.Banggakah kita?

Mesti korang dah dengarkan pasal Kontroversi Filem 'Pekak' yang dikatakan tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di Brunei?

Bagus!!

Tindakan Brunei itu adalah tindakan yang paling bijak dalam pertimbangan sejagat. Aku sendiri tak faham macam mana Finas boleh meluluskan filem- filem sebegini untuk ditayangkan pada anggota masyarakat. Tambahan lagi dalam kepincangan akhlak dan sosioekonomi Malaysia sekarang ni..layakkah filem sebegini ditayangkan?




Apa motif sebenar penerbit filem ini agaknya?  Apakah dengan menayangkan ' realiti' kehidupan remaja bermasalah ini kepada anak-anak muda di luar sana  akan menginjakkan rasa keinsafan dalam diri mereka atau menambahkan lagi rasa 'keteringinan' mereka untuk lebih meneroka, mencuba dan mengeksperimentasikan adengan- adengan yang telah dipertontonkan itu?

Tidak cukup punah lagikah akhlak dan jati diri anak-anak remaja kita sekarang sehingga perlu diperincikan lagi setiap salah laku dan etika tak bermoral itu dalam adengan filem? Mahu bagaimana lagi jadinya mereka itu?


Aku sokong kata-kata kakak ini.Ulasan akak ni barulah dikira ulasan orang yang waras dan berakal.BLOGGER NurulHawa >> Kembara Poket Nipis










Bukan Akak ini seorang sahaja yang melenting.Aku yang belum tengok ni pon melenting bila baca ulasan kakak ni. Langsung tak BERNAFSU sebenarnya nak tengok cerita-cerita 'LOW CLASS' macam ni. 

Tak payahlah nak tengok adengan  anak-anak remaja dalam filem, kadang-kadang TERTENGOK depan mata ni pon rasa macam nak sekeh-sekehkan sahaja kepala budak2 tu!

SORRY to say, kali ni Aku tak sokong kata-kata Amani,. Tak perlu sorokkan realiti pada mata masyarakat? Konon nak bangunkah dan celikkan mata masyarakat? Hey Come on lah!

"Nak ajak orang buat kebaikan, bukan dengan menakut-nakutkan dengan neraka, tapi dengan menceritakan keagungan dan keindahan serta kenikmatan syurga"

Nampak tak?

Sisi keburukan dan momokan itu tak perlu ditonjolkan tapi serlahkan sisi keindahan dan kebaikan untuk menarik orang agar jatuh cinta dan sukakan kebaikan.

Samalah dengan muka. Kalau nak orang pandang kita dan puji muka kita cantik takkan nak biarkan muka berlompong sana sini bekas jerawat batu tu terserlah...dah tentu2 nak touch up agar orang nampak sisi yang baik2 je, kan? 

Realiti konon!


Tak perlulah ajar remaja macam mana nak tipu mak bapak, macam mana nak isap dadah, macam mana nak curi-curi keluar rumah, macam mana nak jadi hipokrit dan munafik, macam mana nak  buat Se**  dan macam mana nak rogol orang!

Terpulanglah pada korang masing2 nak menilai. Dan kebetulannya, ramai juga remaja yang menonton filem ni.





7 ulasan:

  1. sebelum ni saya pernah kata, filem kita wajah kita dan mungkin apa yg dilakukan oleh penggiat seni tanah air adalah sesuatu yang benar. sesuatu yang wajar dilakukan. dengan melahirkan realiti ke dalam bentuk adegan wayang gambar supaya masyarat sedar masalah sosial yg dihadapi oleh anak muda kita sekarang.

    tapi sekarang saya cakap, filem seperti ini sudah terlalu banyak. dan tiada bukti mengatakan bahawa filem boleh menangani masalah sosial itu dari berkurangan. sebaliknya, setiap perbuatan dalam sesebuah filem itu menjadi trend. dan jika ia buruk, maka buruklah trend tersebut.

    dan saya tahu, orang tahu apa yg trend-trend yg dimaksudkan.

    saya bangga filem ini mendapat pengiktirafan luar negara tetapi sebagai yang beragama Islam dan cakna tentang kesihatan sosial anak-anak muda, saya juga mempunyai rasa kecewa.

    sekian.

    BalasPadam
  2. cerita macam ni bukan memberi pengajaran kat anak muda kita tapi semakin mendorong dan pengaruhi depa untuk buat aksi macam dalam cerita tu. allahu

    BalasPadam
  3. Terlalu banyak filem dan cerita camni. Menunjukkan kepincangan remaja kita. Entah apalah yang nak ditunjukkan tu. Semua orang Melayu Islam pulak tu. Hmm

    BalasPadam
  4. Tak perlu kot filem2 macam ni,makin merosakkan

    BalasPadam
  5. Tak minat nak tengok filem macamni.. Kalo nak tengok pun tunggu keluar tv ajela..Btw, saya sudah follow blog sis. Hope sis follow saya balik di http://penselduabee.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. akak memang tak ambil berat pun tentang filem ni. bila baca ni baru tahu jln ceritanya. kalau begitulah ceritanya, mmg tak minatlah nak pergi menontonnya..

    BalasPadam
  7. adeh lah...dorang x fikir kot

    BalasPadam