Seminar Takaful di ILIM

Salam! Hai Bloggers!

Thanks a lot sudi singgah blog I.
Hari ni nak cerita pasal Seminar Takaful yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia , Bangi.
Seminar ni telah diadakan pada 19 April lepas. Kononnya I adalah antara insan terpilih daripada department I untuk menghadiri seminar ini.


ILIM

 ILIM, BANGI


Kami (seramai 5 orang) pergi dengan van syarikat dan dihantar oleh pemandu syarikat. Bertolak jam 8.20 pagi  sedangkan pukul 9 pagi sepatutnya kami telah berada di situ.


Sebaik sahaja sampai, kami terus ke dalam dewan dan terus mendaftar di kaunter yang disediakan. kami diberi sedikit cenderahati sewaktu pendaftaran.


 
     Cenderamata dari Seminar Takaful 



Selesai urusan pendaftaran, kami masing2 mengambil tempat. Sesi seminar bahagian pertama pun dimulakan dengan ahli jemputan pertama , iaitu seseorang yang tidak asing lagi yang seringkali di lihat di kaca televisyen iaitu Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, seorang penceramah bebas dengan penyampaian belia yang bertajuk : Sistem kewangan Islam dan konsep Muamalat di Malaysia.




Pada jam 9.45 pagi, seminar diteruskan oleh penyampaian  sesi 2 iaitu  oleh Penceramah Ustaz Mohd Fazli Masri  iaitu Penasihat Shariah Munich Re Retakaful dengan penyampaian ceramah bertajuk : Takaful menurut Syariah Islam dan Peranan Takaful melindungi Kepentingan Ummah.





Sesi 3 dilengkapi dengan Tajuk ceramah: Dwi -fungsi Takaful di dalam Masyarakat oleh Tn Haji Mohd Suhaimi Ahmad  dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad.


Sesi 4 diteruskan dengan Forum bertajuk: "Takaful:Persepsi Masyarakat"  

Moderator: Ustaz Mohd Hafizal Ellias
Ahli Panel:
Ustaz Wan Jemizan W. Deraman
Encik Ariff Azhan Abd Ghani
Professor Dr. Mohamed Abdul Hamid

Jenis-jenis Takaful dan perkara yang boleh dituntut :

oleh:

Takaful Keluarga: Encik Nor Azman Zainal -Prudential BSN Takaful Berhad
Takaful Am: En. Mohmad Izaz Othman -Etiqa Takaful Berhad.


Majlis perasmian seminar TAKAFUL ini oleh Bekas bos besar kami dulu iaitu 
 YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri :
YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki.


Sesi terakhir sebelum majlis penutup adalah sesi soal jawab oleh:

Moderator: Ustaz Mohamed Hadi Abdul Hamid (Etiqa Takaful Berhad)
Ahli Panel:

1.Ustaz Mohamed Saifuddin Gahnehman (Sun Life Malaysia Takaful Berhad)
2.Ustaz Ismanizam Ismail (MAA Takaful Berhad)
3.Ustaz Omar Mohamed (Syarikat Takaful Malaysia Berhad).


Sebelum bersurai kami diberi sijil :)





Comments

  1. Very near to my work place :) Seberang jalan je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. ☺ Seronok bila berkesempatan join Majlis Ilmu ni.

    Best nya siap dapat Sijil lagi. ☺

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. ☺ Seronok bila berkesempatan join Majlis Ilmu ni.

    Best nya siap dapat Sijil lagi. ☺

    ReplyDelete
  4. seronoknya pergi ke majlis ilmu. dulu masa keje suka betoi dapat pergi kursus ke seminar mana mana. skrg dah keje receptionist memang ngadap pc je lah. >,<

    ReplyDelete
  5. seronok menghadiri majlis seperti ini kan, banyak ilmu yg kita dapat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bertambah ilmu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...bertambah lagi ilmu...

    ReplyDelete
  8. Bagus ada peluang menimba ilmu.

    ReplyDelete
  9. singgah blogwalking..cantik blog ni

    ReplyDelete
  10. Bertambah ilmu.. pada yang pergi ke Seminar dan yang singgah di blog Syifa..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Bertambah ilmu.. pada yang pergi ke Seminar dan yang singgah di blog Syifa..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. Bertambahlah ilmu.. Syukur Alhamdullilah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh