Halaman

Sabtu, 5 Mac 2016

8 Pekerjaan 'Glamer' ?

SALAM,
HAI,

Terima Kasih sudi jenguk Blog ni.Macam yang kita semua tahu, keputusan SPM, STPM/STAM dah keluar baru2 ni.Masih terpacar kegembiraan wajah adik2 dan anak2 yang beroleh keputusan cemerlang.

Bagi yang tak berapa nak cemerlang tu..janganlah sedih2.Hidup ni bukan sekadar bilangan 'A' atau 'A+' yang ditulis atas kertas.Bukan jugak sekadar 4.00 PNGK, 1st class atau Anugerah Dekan semata2.Perjalanan hidup masih panjang.Masih perlu untuk anda terus berjuang!

Selalu anak2 kita mengimpikan alam pekerjaan yang indah2, setimpal dengan usaha keras yang telah diambil sepanjang bergelar pelajar.Rata-rata lepasan SPM atau STPM masing2 pastinya sudah ada perancangan untuk masa hadapan.


Rata-rata ibubapa turut mengimpikan anak2 mereka menjawat jawatan tinggi dan menyandang pekerjaan yang glamer dipandangan mata masyarakat.Paling tidak pun kalau ada yang bertanya nanti


"Eh Timah, anak kau Si Enon tu kerja apa?"

DAN Kau dengan kembang2 hidung semangkuk menjawab penuh bangga.

"OH, Enon tu? Enon tu Doktor! Si Bedah tu Loyar! Si Along tu pulak Engineer!"

Berikut adalah senarai pekerjaan Glamer yang rata-ratanya diimpikan oleh anak muda dan jugak ibubapa.Meh jenguk2 antara FANTASI Vs. REALITI


                                                                             


                                                                               # DOKTOR

FANTASI

1. Doktor-Kalau tak Pakar Bedah , Doktor gigi ke, Doktor Sakit puan ke, doktor haiwan pun jadilah
    JANJI ---Doktor!  Kau aderr?


REALITI

Ni hah hakikat sebenarnya yang korang kena pikirkan.Bukan masalah korang LAYAK atau TAK LAYAK ataupun CEMERLANG atau KURANG CEMERLANG.

Hatta kalau dapat poiter 1st Class sekalipun , 4.00 PNGK pun, banyak lagi halangan dan dugaan yang perlu dihadapi nanti.Lebih tepat -PERSAINGAN.




Ini adalah keratan entry blog dari sungaiderhaka pada tahun 2013.






Ini di Buletin Utama baru2 ni keluar keluhan Graduan Pergigian.







 # PEGUAM

FANTASI

2. Peguam- Kalau korang tak ada duit nak bukak firm sendiri, korang pepandailah cari firm yang nak pakai korang! Bukak Legal Firm korang sendiri.Kena 'berwang' lah. bukan 'beruang' ya


REALITI

Hati2 dalam memilih anak guam. Salah pilih, masuk dalam tong dram! Hahaha.
Bukan-- cabaran jadi peguam ni bukan sikit tau? Cabaran mental, fizikal, spiritual sebua kena kuat.
Lagi2 kalau jadi peguam bagi kes2 berprofil tinggi.

Kalau orang ISLAM, menjadi peguam ni ada PRO & KONTRA. Sebagai peguam, kita ada berbagai2 client.Mungkin kita perlu membela orang yang NYATA bersalah.Tapi sebagai tugas, kita tetap perlu menjalankan yang terbaik. 

Padahal dalam ISLAM mengamalkan konsep AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR. Takkan nak tolak client kan? nak tak nak tugas peguam adalah membela client tak kira dipihak mana client tu berada.SALAH tak terbukti salah sehingga terbukti kesalahanannya dan BENAR boleh jadi SALAH kalau tak dapat membuktikan KEBENARANNYA.ITULAH tugas berat seorang peguam.

Berbeza dari SUDUT SYARIAH, Peguam yang bertugas di mahkamah Syariah biasanya terlibat dalam kes2 berkaitan Syariah & Perundangan Islam.









Kes pembunuhan Peguam :diikat, dibungkus dalam guni, disimen, ditanam






 # ENGINEER

FANTASI

3. Engineer- Gempaklah masuk kursus Engineering.Terrer giler..Bukan senang nak habis 4-5 tahun  amik Engineering course!


REALITI

Ni aku hairan.Punyalah banyak yang amik kursus Engineering ni.Kalau laki tu aku
percaya ler.Tapi kalau pompuan yang cam ayu2 gitu pi amek kursus Engineering. Pastu dah abes
blajar suh keje tak nak plak dia keje jd Engineer atau bahagian teknikal camtu Dah tu kau pi
belajar    susah2, 4 -5 tahun tu watpe? hmm..Kekadang bukan depa tak nak, tp majikan pun kurang
 percaya kat kerja2 pompuan ni.Lebih senang amik laki.

 Contohlah, graduan Kejuruteraan Awam.Ada ke pompuan sanggup pakai boot berat, kerja tengah
 panas, hari2 tengok Bangla, Indon,bergelumang peluh ,kotor debu tanah bagai? Cairlah makeup
 nanti! Tapi ada jugalah yang kental! Bravo!--->(kengkawan aku ramai jer engineer pompuan)


Arkib UtusanOnline 3Febuari 2011











 #PHARMACIST


FANTASI

4. Pharmacist-Hah, ni kalau tak keje kat spital, kat klinik, keje kat kedai farmasilah! Pakai kot putih
    macam doktor pakai. Macam best je kan sarung kot putih yang macam Lab coat tu?

REALITI

Realitinya..keje farmasi ni bergelumang ubatan dan pil kesihatan.kalo korang cintakan ubat2 n gemar bidang kenalpasti ubat n penyakit boleh try.









 # PENSYARAH



FANTASI


5.Pensyarah-Keje ni memang nampak glamer.Penat pon boleh tahan gakla..Tapi ko kena strugglelah Master PHD bagai. Kena kental beb!

REALITI







Hakikatnya kerjaya pensyarah ni memenatkan.Kena ikut seminar, conferences, jadi penyelia projek pelajar, buat penerbitan jurnal dan penulisan ilmiah dan banyak lagilah.Ko ingat senang goyang kaki je jadi pensyarah??






 # ARKITEK
FANTASI

6.Arkitek-Ni biasa sangat keluar kat TV3. Kat mana? Ala yang dalam Slot TV3 setiap 7-8 pm tu
   la..Nampak macam best je keje Arkitek ni.Bestlah sangatkan? Tak caya tanyalah Azhar Sulaiman!


REALITI





Kerja arkitek ni kalau ada job memanglah masyuk..tapi kalau time ekonomi tak berapa nak elok banyak gak cabarannya..Hm antaranya tak ada projek, jadi tak ada job, dan ada job tapi bayaran rendah dan lain2.





# JURURAWAT


FANTASI

7.Nurse-Hah, ni memanglah sesangat glamer.Tak percaya? Selalu je masuk TV, FB,Twitter, Insta.
   Kalau ada kes kecuaian kat spital, kes salah laku ,kes malas, kes ngumpat, macam2 kes
   lagilah.Mesti VIRAL. Kan? kan?kan?


REALITI

Kebenarannya adalah:


ni berita tahun 2012. Tapi sekarang rasanya banyak hospital & klinik dibuka.Jd dah kurang kes pengangguran ni




ni antara cabaran kerja jururawat ni







 #CIKGU


FANTASI

8.Cikgu -Hah yang ni memang Glamer! kalau kes budak kena denda, mak bapak nak saman cikgu,
   salah laku,Mesti VIRAL.

REALITI

hahahaa...Inilah realitinya.Lepas SPM ramai nak jadi cikgu tapi kebenarannya ialah ramai cikgu yang masih menganggur tak dapat penempatan di sekolah Rendah mahupun di sekolah Menengah kerajaan.










Kerjaya cikgu ni dah terlalu pack sebab lebihan guru.Itu pun yang tak posting lagi berlambak2.Lainla kalo korang nak jadi cikgu skolah swasta.Dialu-alukan!





                                                                        

36 ulasan:

  1. orang membayangkan kerja top mcm ni bergaji besar la..memang pun tapi pelru ingta cabaran kerja juga besar...hihi apa pun zaman sekarang tak boleh terlalu memilih...untuk freshie grab experience dulu then baru move to better job...kalau memilih sgt memang tanam anggur jela jawabnya..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju mimie, makin besar jawatan makin berat tanggungjawab yg perlu digalas.

      Padam
  2. semua pekerjaan dah tough sekarang.. TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula..terpikir jugak bagaimana agaknya generasi akan dtg menghadapi hidup dalam dunia penuh cabaran & persaingan ini nanti

      Padam
  3. saya suka kalau salah sorang anak saya jadi professional chef...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ghef pun bagus. dlm family sy ramai cikgu, askar, polis, nurse , tapi xada chef lg. Cuma kak ipar sy adalah, dia pnh jd chef dibeberapa buah hotel lps tamat itm dulu.sekarang cuma niaga kecil2an bakery from house

      Padam
  4. pilih lah mana yg sesuai bkn sbb glamour, kan? semua kerja dh tough. tak boleh nak memilih. yang penting usaha! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. asalkan ada punca rezeki alhamdulilah..

      Padam
  5. kerja manapun memang ada pro dan kontra... tapi yang akak tau ramai bebudak nak jadi artis.. maalumler baru sekejap jadi artis lepastu keluarkan produk per2pun mesti meletup. tak ler macam orang biasani kena promosi lebih baruler berjaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu..untunglah muka lawa, cukup pakej..jd artis.Terkenal sikit..bukak bisness ada fan club mesti supportkan? kejap je jualan brg dah cecah juta2

      Padam
  6. Klau sya dn hubby xpaksa ank2..pilihan sendiri..kita cuba beri cadangan..zaman skrg xbole d paksa2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hm..yela.minat anak2 kt xleh nak halang /tentukan

      Padam
  7. gah-gah pekerjaan gah jgk la tanggungjawab kan...dulu nak jd doc tp sekerat jalan je sbb rasa xmampu nk go on baki lg 5 tahun...tough giler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu i pun ada minat nak jd doc.apakan daya nasib x menyebelahi.Huhu bersyukur dgn apa yg ada aje la.

      Padam
  8. Kerja sekarang semua dah tough... Asalkan dapat rezeki yang halal, berusaha sedaya yang boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula, apa terdaya kita usahakan ajela

      Padam
  9. tertarik dengan cerita makcik timah, oklah kot kalau makcik timah tu bangga sebab anaknya doktor, lawyer, engineer kan.

    lagi better dari makcik-makcik yang bangga tak ingat, bangga sekampung bila anak kerja cikgu, kerja kerajaan, siap perlekeh kerja anak orang lain lagi.

    hurmmm ... asalkan keja halal sudah lah kan. kerja glemer ke tidak, tak penting :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. i slalu tgk kat tv je jenis makcik2 yg awak sebut nih..huhu xpnh jumpa in realiti lg.maybe sbb org disekeliling i semua jenis +ve kot..aura -ve tolek jauh2

      Padam
  10. itulahh. sekarang susah sangat nak dapat kerja. hatta yg ada master pun tak dapat kerja sampailah skg. huhuhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tgk ada kat fb ada sorang ni muat turun akhbar column bertajuk 'ada PHD pun mengganggur'. mmg hakikat rezeki ada di mana2, bergantung pada usaha dan tawakal padaNYA- redha jela

      Padam
  11. Kalau boleh semua nak menjawat jawatan apa yg dibelajar tapi situasi dan environment negara kita sekarang tidak lagi cantik macam dulu. Grab aje apa yg ada dulu. Anak buah kakak bio-engineering tapi sekarang kerja dgn MARA totally lain bidang.

    Apa pun jawatan kebanggan bukan ukuran tapi kehalalan itulah yg penting sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya isu ni pd pendapat byk faktor yg jd punca : sy 1)Persaingan 2)Ekonomi dunia 3)Pasaran kerja vs.kesesuaian kos di IPT 4)Kurang pendedahan & galakan utk ceburi bidang baru.
      5) Latar belakang keluarga

      Padam
  12. Entri nih memang informatif gila. Banyak input. Akak nih investigative journalist ke ? hehehehe. Se-glamer mana pun pekerjaan2 yang disebut, satu pun saya tak minat. Saya nak further business. Kemudian lepas tuh kalau ada rezeki nak sambung marketing. Tapi tu lah. Takut lepas dah grad nanti menganggur berbulan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisahlah nak ceburi bidang mana pun.Ada talent, boleh guna talent tu, ada kudrat boleh guna kudrat tu, ada kewangan kukuh dan sumber boleh manfaatkan sumber tu, ada akal boleh manipulasi akla tu, ada pakej muaka lawa,otak geliga, gunakan pakej tu.Betul tak? Nak hidup kena pandai survive

      Padam
  13. Hihihi... skrg ni susah nak dpt kerja yela keadaan ekonomi roller coster. Apa pun bersyukur dgn pekerjaan yg di kurnia kan selagi ia nya halal. tak glamer x pe.

    BalasPadam
  14. Ye..stuju tak glamer tak apa.Tapi kalau dah itu je yang kita ada.Contohlah kes Abu.

    Abu ni belajar tak tinggi.Cukuplah ada degree. Dia tak kaya.Keluarga susah adik beradik 12 orang. dia yang sulong.Mak sakit.Ayah dah uzur.Abu ni dah 28 tahun.Dia kerja lepas spm kumpul duit beberapa tahun baru dapat sambung degree.sebab otak dah karat lama tak belaja dia cuma dapat pointer 3.00 cukup makan.dia amik ijazah kesusasteraan melayu.

    hah, dia cuba nak masuk polis tentera,penguatkuasa bagai tapi tak lepas sebab dia katik, kurus lagi pendek.

    dia cuba mohon kerja kerajaan tapi satu kerja pun tak diterima

    dia cuba masuk kerja swasta tapi apakan daya degree yang dia ada tak menjanjikan apa-apa.

    dia cuba lompat cari kerja bidang lain tapi majikan jawab pengalaman awak tak ada? tak ke gila? dia dah 28 tahun tapi nak cakap pasal pengalaman sedangkan dia baru lepas habis belajar?

    dia nak masuk SL1M tapi ada had umur pula.

    Adik2 mak ayah dah tua tu dia nak kena tanggung juga.Lalu pergilah abu kerja di pasaraya dengan gaji yang tak seberapa.

    Siapa nak bayar hutang PTPTN NYA? Siapa nak tanggung yuran dan bayaran persekolahan adik2nya? Biaya emak dan ayah yang sakit dan tua?

    Dengan gaji SPM berapa sangat yang tinggal untuk abu? Bagaimana keadaaan hidupnya? Kasihan Abu.

    Dia rasa teraniaya oleh dunia.

    BalasPadam
  15. hakikat sekarang.
    jom ceburi bidang bisnes

    BalasPadam
  16. bila kita tak berada kat tempat diorang, kita membayangkan yang indah2 je. realitinya lain sangat kan? apapun, bersyukur dgn kerjaya sendiri, bersyukur dgn kerja yg ada...

    BalasPadam
  17. apa pun pekerjaan kita, jadikan ia satu ibadah...

    BalasPadam
  18. Masa kecik dulu memang ada 2,3 kerja glemer tu jadi cita-cita kita, hehe. Tapi bila dah semakin dewasa, rasanya semua kerja okay. As long as ada kerja. =)

    BalasPadam
  19. haha kami la tu bakal graduan dentist yg menganggur setahun,sobs2,

    BalasPadam
  20. semua nk kerja top.. dgn hrpn gaji bsar. tp skg bukan mudah. kerja asalkan halal.

    BalasPadam
  21. sib baik sis JM keje biasa-biasa je..syukur alhamdulillah

    BalasPadam
  22. realiti skg mmg susah nak dpt keje.

    BalasPadam
  23. impian tiap orang. memang semua impikan impian yang tinggi. takpe la tak salah ada impian yang tinggi tapi kalau dah berbulan makan tahun impian tu tak tercapai lagi. adalah baik rasanya keluar dulu dari bidang tu dan cuba cipta impian yang baru pulak. ramai je sekarang kerja lari bidang dari belajar. kalau tak nak lari bidang kena kerja dulu baru sambung belajar :D

    BalasPadam
  24. really informative blog..i like...:)

    BalasPadam