Ehemmm..Jumaat yang Istimewa.

Bismillahirahmanirrahim..


Syukur, dapat mengecap udara segar ciptaan Allah.Hari ini 1 januari 2016 sekali lagi diberi peluang untuk hidup.

Menginjak lagi ke tahun baru, rasa macam baru semalam menyambut Januari 2015 tak sangka sudah setahun ditinggalkan.Bererti semakin singkat umur aku hari ini.

Istemewanya 1 januari 2016 ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Hari Jumaat. Mengingatkan pada detik yang semakin singkat. Pernah mendengar seorang ustaz berkata, hari kematian seseorang adalah sama dengan hari kelahirannya

Ya, aku dilahirkan pada hari Jumaat, tanggal 19 Rabiulawal 1407 H.Jam satu setengah tengahari. Apakah aku akan meninggal pada hari ini? semua itu takdir.Tarikh kelahiran memang telah tercatat di dalam IC namun tarikh kematian semuanya ditangan Allah s.w,t.


  • Alangkah indah kalau meninggalnya aku juga pada hari Jumaat.Sebagaimana dikatakan orang yang meninggal pada Malam atau hari Jumaat adalah  Khusnul Khatimah.

             Diriwayatkan oleh Ibnu Amru , bahwa Rasulullah bersabda: "Setiap muslim yang   
            mati pada siang  hari Jum’at atau malamnya, niscaya Allah akan 
            menyelamatkannya dari Fitnah kubur". (Hadirh Riwayat Ahmad dan Tirmizi, dinilai 
            shahih oleh Al-Bani).

             
khusnul khatimah



·     Di dalam Islam sendiri menceritakan istemewanya hari Jumaat.Tahu tak matahari dicipta di
    dunia pada hari Jumaat? Nabi Adam diciptakan dan wafat pada hari Jumaat? Dimasukkan ke 
    dalam syurga juga pada hari Jumaat ? Nabi Adam turun ke dunia juga pada hari Jumaat.

           
             Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabada: "Hari terbaik dimana 
            pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan,   
            dimasukkan  syurga  serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi        
            kecuali pada hari  Jumaat." (Hadith riwayat Muslim)




matahari


  •  Dikatakan juga Allah s.w.t menampakkan dirinya kepada golongan syurga di akhirat kelak  pada hari Jumaat.

              Sahabat Anas bin Malik dalam mengomentari ayat: “Dan Kami memiliki
           pertambahannya”  (QS.50:35) mengatakan: “Allah menampakkan diri kepada 
           mereka setiap   hari Jum’at”.


  • Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.


Sesuai dengan gelarannya Penghulu segala hari, hari Jumaat ternyata menjanjikan banyak kelebihan untuk manusia.Antaranya pada hari Jumaat:


1. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.
2. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
3. Hari dihapuskannya dosa-dosa.
4. Pahala atas orang yang menunaikan solat Jumaat.


Lalu, apakah yang akan berlaku sekiranya aku mati pada  tanggal 19 Rabiulawal iaitu bersamaan hari Jumaat? Bersediakah aku menghadapi detik2 selepas itu?


tanah kubur

Comments

  1. 19 Rabiul Awwal ye? Happy blated birthday. :)

    ReplyDelete
  2. Singgah petang....Selamat hari lahir juga...

    ReplyDelete
  3. sentiasa berdoa agar kita dimatikan di hari jumaat.
    di hari yg baik.
    dlm keadaan yg baik.

    ReplyDelete
  4. sentiasa berdoa agar kita dimatikan di hari jumaat.
    di hari yg baik.
    dlm keadaan yg baik.

    ReplyDelete
  5. Selalu jugak doa mcm tu. Moga dimatikan pada hari khusnul khatimah :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh