LAMBAKAN GRADUAN PENDIDIKAN

konvo utm


Berapa peratus Graduan Universiti Awam berjaya mendapat jawatan yang diidamkan seiring dengan apa yang dipelajari semasa belajar di Universiti?Graduan Engineering, Graduan Komunikasi, Graduan Sains Komputer. Apakah anda berjaya diterima baik dalam pasaran kerja?
Mungkin ramai yang berpendapat Graduan pendidikan tidak menghadapi masalah pengganguran dan lebih mudah mendapat kerja.Tahukah anda hakikat yang sebenarnya? Hatta Graduan Perubatan sekalipun berdepan dengan risiko pengangguran!
graduan tesl

guru menganggur

penempatan guru

guru tak dapat kerja


Baru-baru ini, isu yang hebat dibincangkan dikalangan adik-adik dan kakak-kakak kita dalam bidang pendidikan adalah lambakan Graduan pendidikan di IPTA & IPTS menyebabkan pengangguran! Sebenarnya, saban tahun graduan menghadapi permasalahan yang sama  dan masalah itu berulang-ulang sehingga 2016!

Dan tahukah anda,Dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah pendidikan termasuk daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memandangkan terdapat kuota pengambilan jawatan itu.

Cuba anda kira ada berapa Universiti Awam di Malaysia, dan berapa pula yang menawarkan kos pendidikan? Tak termasuk ambilan J-Qaf, KPLI, DPLI dan terbaru khabarnya ada ambilan guru untuk program Tahfiz pula? Isu penempatan guru ini bukan menyebabkan graduan sahaja yang pening kepala, tapi pihak KPM, SPP, JPN, PPD dan ramai lagi!Aduhai Pak Menteri  dan Mak-mak Menteri!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pada masa ini graduan pendidikan lepasan Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) juga agak melebihi kekosongan yang ada.
"Oleh sebab itu susah kita hendak buka ruang kepada pelajar IPTS yang dilatih (dalam bidang pendidikan) untuk diambil menjadi guru di sekolah menengah dan rendah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai dasar pengambilan guru agar dibuka kepasa semua calon siswazah pendidikan pada sesi perbahasan sebelum ini.
Bagaimanapun beliau berkata pengambilan guru dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya melaksanakan urusan pelantikan.
"Pengambilan guru tertakluk kepada kekosongan yang dimaklumkan oleh KPM," kata Joseph.
Sementara itu menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang membangkitkan kelewatan penyampaian perkhidmatan kerajaan, Joseph berkata kerajaan sentiasa berusaha meminimumkan kerenah birokrasi yang boleh menjejaskan reputasi dan imej agensi kerajaan.
"Selaras dengan usaha kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam, usaha mengurangkan kerenah birokrasi fokus kepada aspek pemerkasaan, proses dan prosedur kerja di semua peringkat agensi kerajaan.
"'Business Process Reengineering' (BPR) merupakan peningkatan strategik untuk meningkatkan perekayasaan proses dan prosedur kerja melalui penghapusan langkah-langkah yang tidak cekap, syarat paling ketat dan tidak menyokong objektif kerajaan, undang-undang lapuk serta borang yang banyak.
"Semua ini dinilai semula untuk memberi kesenangan kepada rakyat untuk berurusan dengan agensi kerajaan," katanya.
- Bernama.

Sanggupkah anda perjudikan masa depan saudara mara, sepupu sepapat, adik-adik atau cucu-cicit anda dalam situasi sebegini? Pikir-pikirkan dan ingat, setiap tindakan anda adalah tanggungjawab anda.









Comments

  1. OMGG..agak menakutkn berita ni...kawan kawan sya banyak gak amik TESL..emmm..risau plakk..

    ReplyDelete
  2. alahai banyak lg graduan yg xdpt kerja tetap dan tanam anggur. sabar ya rezeki ada di mana2

    ReplyDelete
  3. Dunia mgalami prsaingan yg sgt sengit..brgntung pd nasib.insyallah rezki da d mna2

    ReplyDelete
  4. hmmm bukan graduan pendidikan je kan. ... sekarang memang susah nak dapat kerja. ada rezeki, ada..

    ReplyDelete
  5. boleh dikatakan kebanyakan graduan akan menganggur selepas tamat pengajian.. kecuali jika mereka ada membuka perniagaan sendiri.. nak kerja kerajaan susah dapat, kerja swasta pun persaingan sudah semakin sengit..

    ReplyDelete
  6. adik sis JM almost 2 year graduate from UPSI until now masih mencari-cari kerja tetap

    ReplyDelete
  7. Risau pulak..... bukan cuma bakal bakal cikgu jer yg menganggur, semua course pun terkena tempiasnya. Pening jugak ye nak selesaikan masalah cenggini

    ReplyDelete
  8. yes. semua course.
    ada yg terpaksa keje sementara.
    keje plak jadik kerani. demi nak kan gaji, kan.
    hu hu hu risau nyer la utk anak2 di masa akan dtg.

    ReplyDelete
  9. yes. semua course.
    ada yg terpaksa keje sementara.
    keje plak jadik kerani. demi nak kan gaji, kan.
    hu hu hu risau nyer la utk anak2 di masa akan dtg.

    ReplyDelete
  10. Takut bila bacaa.. Semoga semua akan baik2 aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. wardah jgn risau,masalah ni biasanya utk graduate edu yg dr UA je.Kalau tajaan KPM ke, JPA ke yg ada perjanjian atau kontrak dgn badan kerajaan x terjejas pun.

      Delete
  11. baru tahu fakta ni. dulu2 kalau xdpt keje mesti ada org sarankan supaya ambik KPLI, nnt blh jd cikgu, xpyh menganggur katanya. sekarang? huhuhu. saingan semakin sengit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh