Kau tahu apa itu Syukur?

Kau tahu apa itu syukur?
Kau rasa kau ni golongan yang tahu bersyukur?
Baik  kau check balik!

Kau jalan pergi shopping mall, kau belek barang itu, barang ini
kau hulur duit, kau amik duit baki,
Bila kau nampak ada orang beli handbag lagi lawa dari kau
mata kau juling2 tengok brand apa dia beli,
kau tengok uii LV!
Kau pun mula rasa dengki

beg LV

Kau pikir ramai orang kaya.Kau saja yang susah.Kau tak dapat beli beg LV kau TAK PUAS HATI.

HAKIKATNYA- Kau tahu tak banyak lagi gelandangan, fakir miskin kat luar yang tak rasa apa yang kau rasa.Nak makan pun tak berduit ini pulak nak shopping beg berjenama! Tapi kau buta.Asik pandang yg di atas saja.Asyik mendongak atas sampai tak nampak yg bawah dan yg hidup lebih miskin hina.

kau nampak kedai mamak
kau rasa macam nak makan
tapi kau fikir tak standard
kau cari restoran yg nampak macam ada kelas
kau lepak dua tiga jam,kau order itu ini
minum pun sampai bergelas2

bila kau buka fesbuk
nampak pulak kawan update status
dinner hotel 5 star ,siap tayang gambar!
jantung kau pun bergetar, rasa macam tercabar!

CRYSTAL CROWN

Kau rasa mereka makan best2 kat hotel, gaji besar,kereta besar, semua besar.Kepala pun besar!Kau pikir mereka bahagia. Kereta lawa, baju lawa, beg lawa, kasut lawa,rumah lawa.Kau pulak dapat tengok dan telan air liur je

HAKIKATNYA- depa duk siang malam kerja, keluar jumpa client, client dato2 ,mana nak makan kedai mamak,demi tugas..layankanlah juga.Padahal hujung bulan pun korek tabung, makan megi, hutang kad kredit habis kena potong gaji.Hutang sana hutang sini.Nak tidur pun tak lena.Pikir hutang nak bayar camner?



UTM konvo

Kau balik rumah, on Fesbuk kau tengok kawan sekolah rendah update status konvo.
Kau yang keje kerani cabuk kat Jabatan kerajaan dah masuk enam tahun baru sekali naik pangkat rasa iri hati.Rasa dengki.Rasa benci.

HAKIKATNYA- kau tahu tak yg konvo tu lg jealous tgk kau ada duit sendiri, ada kerja bergaji, ada duit simpanan lagi! padahal depa duk pikir mana la nak keje nanti? tergagau-gagau ,tercari-cari masa depan sendiri.
Memang hakikat manusia tak pernah nak rasa puas hati!




CIKGU LAWA

Kau tengok instagram, ko nampak kawan ko tayang muka happy.Bukan main lagi suka-suki.Kau pun dengki.Siap kau maki2 dalam hati.Kau pikir dia hidup senang hati.Goyang kaki.

HAKIKATNYA- kau tak tahu realiti.Kerja kat sekola punya berlambak sampai kebas2 kaki.Yang mana jauh terpisah dok dekat ulu ,seberang laut sana berbulan2 tak dapat jumpa anak2 dan laki, siang malam kerja tak pernah henti.Key-in data, semak buku, sediakan report, update rekod, kursus sana kursus sini sampai terpaksa korbankan masa cuti.
Kau tahu tak berapa ramai rasa macam nak berhenti? tapi terpaksa bertabah demi nak cari sesuap nasi!


BEST BOSS

Kau view ex bf punya fb kau nampak dia bahagia.Jadi bos besar dah rupanya.Kau pk dia hidup kaya-raya.gembira.Kau pulak masih terluka.Masih berduka lara.Nak move on tapi masih tak jumpa cara.Kau rasa dunia tak adil sebab buat kau derita.

Hakikatnya-Kau tak tahu yang kaya tu, nak tidur susah, nak bangun pun susah.Nak tido pk kerja, pk harta, takut kena rompak, takut kena tipu.Tido tak cukup, rehat tak cukup.Apa pun tak boleh.Cuti lama takut rugi, bisnes tak jadi.Klien lari,Last2 sakit hati.

Lepas tu pulak dapat penyakit sana-sini.Masuk hospital beratus2 ribu rugi.Duit boleh cari kesihatan mana nak cari ganti? Menyesal seksa diri.

Teringin sangat nak jadi mcam dulu.Duit tak banyak tapi ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk family, ada waktu untuk bercuti, tak risau pasal bisness untung rugi, tak payah pk duit hilang atau klien lari.

Kau nampak tak kat sini.Bila kau di atas, kau pk untungnya jadi yang di bawah.Bila kau di bawah kau selalu meminta-minta untuk duduk di atas.Hakikatnya kau perlu satu saja-sentiasa bersyukur dengan apa yang kau ada.


Sebab tak semua yang orang lain ada ,kau pun ada dan ...
tak semua yang kau ada, orang lain pun ada!

( *p/s:post ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yg telah lama mati.ini khas untuk peringatan diri aku sendiri.Kalau ada yg termakan cili rasa pedas tu rasakanlah sendiri! hihi)

29 comments:

  1. bersyukur atas setiap apa yang kita miliki..

    BalasPadam
  2. Jika jeles menjadikan diri lebih baik dan positif tak apa
    Tapi kalau dengki hingga lupa pada apa yg Allah kurniakan baik balik ke pangkal jalan
    Setiap yg Allah jadikan apa kelebihannya..

    BalasPadam
  3. Suka entry ni ..

    Cemburu yang positif tak apa. sebab ia boleh bawak kita ke arah kebaikan... cuma peliss... jangan dengki yang memudaratkan diri dan masa depan. Haihh

    BalasPadam
  4. nice oneeee, nabila syifa! hehe :D

    BalasPadam
  5. betul apa yg disampaikan. kdg kita ni tak pernah puas dgn apa yg kita ada. :/

    BalasPadam
  6. Setuju..ppl should realize Allah gives us what we needs..not what we wants..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...bersyukur dengan apa yang ada sekarang..Salam kenal n follow sini.

    BalasPadam
  8. Betul tu.....syukurlah dgn apa yg ada depan mata kita. Rezeki, Allah dah sediakan tiap tiap orang maka, syukur alhamdulilah lah...
    Sikit ke banyak, bukan masalahnya, Allah tu kan maha adil.

    BalasPadam
  9. nice entri sis.. pokok pangkalnya bersyukurlah dengan apa yg kita miliki.. Alhamdulillah.. :'))

    BalasPadam
  10. Bersyukurlah dengan apa yg kita. Sebab tu lah yang terbaik. :)

    BalasPadam
  11. Bersyukur seadanya, kalau rasa tak puas hati kita boleh usaha lagi..

    BalasPadam
  12. kadang kaya luar tak semestinya kaya dalam. ^_^

    BalasPadam
  13. bersyukur di atas segala nikmat pemberian Allah swt.. kadangkala cemburu positif untuk memperbaiki kelemahan diri..

    BalasPadam
  14. cemburu yang positif kan (^___^) cemburukan teman yang lebih solehahnya dari kita.... ;)

    BalasPadam
  15. Assalam Syifa..terima kasih sudi singgah di blog sis JM..ini kunjungan balas ye...Done Follow #45

    BalasPadam
  16. bersyukur dengan apa yang ada jika asyik bandingkan dengan org lain hati xkan senang dan puas hati

    BalasPadam
  17. bersyukurlah dengan apa yang ada kan..usaha lagi kalau nak jadi lebih baik..

    BalasPadam
  18. Brsyukur prkara kcik akn mnjurus kpd brsyukur prkara bsar.
    ALLAH bgi ikut kprluan kta, kn ? :)
    Entri yg sngt2 brmnfaat ! :)

    BalasPadam
  19. nice! haha yelah manusia kdg2 mmg macam ni. termasuk sy sendiri.

    BalasPadam
  20. setuju setuju setuju... pendek kan cerita, syukur dgn pe yg kita da miliki.
    tu yg Allah beri utk kita. kita punya!
    kalau asyik nak pk org lain yg punya, kusut jadik nyer nanti :)

    BalasPadam
  21. akak setuju dengan entri ni.. beryukurlah dengan apa yang ada

    BalasPadam
  22. terbaik.., =)
    senang nk ckp psl syukur., tp kdang2 kita lupa untuk praktikan dlm kehidupan seharian

    BalasPadam
  23. Brsyukur dgn apa yg kita ada sudah mnjadikan diri kita rasa cukup insya allah

    BalasPadam
  24. betul- belajar bersyukur dan redha..

    BalasPadam
  25. yn penting kena didik hati kita supaya bersyukur..jangan asyik memandang ke lagit sehingga rumput dibumi dilupakan..hehehe

    BalasPadam
  26. love this entry. bersyukur dgn apa yg kita ada, cara bersyukur paling mudah adalah dgn tgk org yg kurang dr kita. dr situ kita akan bersyukur. didik hati dgn redha & syukur. kedua-duanya ada kaitan. bila kita redha dgn apa yg kita xda, maka kita akan bersyukur dgn apa yg kita ada.

    moga dijauhkan dr sifat tak bersyukur, iri dan dengki

    BalasPadam
  27. pandang yang lebih tiada dari kita, insya allah meningkat rasa syukur itu.

    BalasPadam
  28. Salam singgah sini...Syukur dengan apa yang di miliki...dengan bersyukur hidup kita akan lebih tenang...

    BalasPadam