Halaman

Isnin, 5 Oktober 2015

Menghampakan!! sangat mengecewakan !!!- Polis Evo

POLIS EVO

Nak dijadikan cerita, dah dua tiga kali sejak filem ni keluar, My Hubby ajak tengok. Tapi macam biasalah I, bukannya suka tengok filem Melayu!  Dahlah jalan cerita ntah apa-apa, mengarut, pastu tak ada nilai-macam sampah!!

Tapi, lepas dengar cerita ni meletup, macam tergerak jugaklah nak tengok..Jujur cakap- ini 1st filem Melayu yang I pergi tengok dekat pawagam setelah sekian lama asyik layan Hollywood etc.

Okey, kami pergi berenam okey, dengan adik2 ipar dan anak2 buah.So, 1st of all macam biasalah - apa lah sangat filem Melayu ni? Masuk je pawagam, I pun cebik.Huh? Tengok 1st babak je rasa lain cikit, hu..ada gaya filem Barat lah..Time orang tua misteri tu jahit peta dalam baju coklat yang lusuh dia, ditemani bunyi dendangan muzik klasik dia di dalam kediamannya yang terletak di celah2 lorong gelap tu...misteri.Huhuhu..konon!!

Pastu muncul plak adengan tembak menembak Shahizey Sam ( I bukan minat sangat dia ni-serius!! sebelum ni rasa mamat ni POYO sesangat!!) TAPI, dalam filem ni rasa dia macho & Bergaya la plak kan? kikiki.Kiranya Shahizey Sam ni Hero dalam filem ni la.POLIS okey? yang penting dalam ni HERO nya diangkat sebagai polis CONTOH!! itu yang penting--BUKAN Samseng, atau Gangster atau TAIKO besar yang hebat!! TENGOK & FAHAM betul2 okey!!!

Ini yang perlu REMAJA2 & ADIK2 akak kat luar tu tengok, IDOLA korang sepatutnya bukannya MAT2 Dadah, Bukan TAIKO besar, Bukan BAPAK2 AYAM, BUKAN GANGSTER & BUKAN SAMSENG!!

Okey tipulah kalau dalam dunia realiti ni tak ada TAIKO besar Gangster n Samseng kan? Tapi tak payahlah nak OVER sangat angkat kehebatan depa tu dalam filem , karang bawak pengaruh buruk lebih lak!!

I puji FILEM POLIS EVO ni.Lengkap dengan nilai persahabatan, kerjasama, kekeluargaan, tanggungjawab, amanah dengan tugas,memang 5 bintang !! Adengan tembak-menembak, bom mengebom, terbakar semua masih boleh diterima akal fikiran- tak adalah berlebih-lebihan dan melampau macam sesetngah filem melayu tu!!
dan yang penting, elemen gurauan dan lawak yang bijak,bersahaja dan santai- bukan dibuat2 dan bukan memperbodohkan penonton berjaya menggeletek hati penonton, spontan!! 

Gurauan sinis rakan sekerja, adengan ejek mengejek adik beradik, sindir-menyindir, semuanya terasa dekat dengan kehidupan realiti.Tak adalah rasa mengarut,terawang-awangan dan rasa janggal sangat! 

I memang suka filem aksi, tapi bukan yang OVER acting dan POLIS EVO memang berjaya tambat hati I.Skripnya bagus, lakonan yang mantap, pelakon yang hebat walaupun sekecil-kecil watak, semuanya berjaya membawakan watak masing2 dengan hebat dan bermutu!!

Dalam filem ni, SHAHIZIEY SAM yang dulu I anggap poyo, tak lagi jadi mamat poyo, ZIZAN RAZAK pun lawaknya nampak bersahaja dan santai, NORA DANISH cakap Terengganu memang comey, dan paling penting gandingan 2 hero filem ni memang menjadi!!

budu

OKEY-Part ni klaka betul masa Zizan campak ikan goreng pada Sam suruh cicah budu.


Oh tak lupa juga, watak Hitam-Orang jahat tu memang Awesome walaupun dalam filem ni mereka tetap tewas di tangan polis!

Pendapat peribadi I, TAK HAIRANLAH kutipan filem ni semakin tinggi sebab ia memang layak mendapatnya.Filem ni memang ada KELAS nya yang tersendiri,Ada kelebihan dan terselit nilai murni, morality, tak melebih-lebih, tidak keterlaluan , dan yang penting masih logik dan dapat diterima akal fikiran I ni.

Macam mana pulak dengan you all?--- Kecewa & hampa sebab ternyata pandangan skeptikal I tentang kehebatan Filem ni jauh tercampak dari realitinya-- > FILEM ni AWESOME, ok?? 


video



11 ulasan:

  1. best eak..nak kena g tengok jg ni..hihihi

    BalasPadam
  2. bnyk jgk baca org kata filem ni best.. cni xde wayang nk tengok..:(

    BalasPadam
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    BalasPadam
  4. beetoiiii tuh...filem ini besh...setelah sekian lama tak g tgk filem melayu akhirnya ada yg bermutu

    BalasPadam
  5. mcm best je..member pun ramai kata best tapi tak sempat lagi nak tengok..huhu

    BalasPadam
  6. Best kn cite dia....byk dlm cite dia da jd reality kn 😉

    BalasPadam
  7. Hi! please follow my blog, i'll follow u back liz-juelita.blogspot.com

    BalasPadam
  8. makin meletopp kutipan filem ni

    BalasPadam
  9. ahaaa..patutlah kawan sis JM 4 kali okey...4 kali masuk panggung wayang..4 kali tgk filem polis Evo ni

    BalasPadam
  10. aida lom tgk lagi polis evo.
    akan tgk la next week.
    astro first ada kan?

    BalasPadam