Selasa, 7 April 2015

Yang Pelik & Yang Jelik? (viral di FB)

Maybe tajuk ni macam pelik pada penglihatan or pendengaran korang, tapi paham2 je lah ye.
Ok firstly, I nak mohon maap bebanyak kalau entry I kali ni Mengguris hati2 orang2 yang berkenaan ni, or peminat2 depa, sahabat handai atau rakan2 terdekat.Ni bukan bertujuan nak mengaibkan orang.
Ni nak ingatkan diri sendiri & orang lain agar tak buat benda yang sama.

Firstly, korang2 tentu ada tengok berita2 yang keluar melalui FB & dihangat2kan oleh orang ramai baru2 ni berkenaan dengan adengan2 yang 'CUN' & tak 'CUN' dalam ABPH 2015 Ahad baru2 ni kan? Ada yang HOT dan jadi Viral kat lama sosial lagi tu!

So, apa pandangan korang? Ada yang JELIK? OR PELIK?
Antara yang mengusik 'JIWA' I:



Anda kenal pelawak dan penyampai radio
 Era FM ini?


(1) Semua sedia maklum Pelawak ini telah mengungguli ketegori Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPH 2015. Rata-rata media sibuk memperkatakan dan mempersoal tindakan beliau mencium isterinya (cium bibir hokey) dikhalayak ramai sewaktu diumumkan pemenang ketegori tersebut.

Persoalannya adalah, wajarkah tindakan Johan tu? Hmm.. isu sensitiviti kaum seharusnya dititikberatkan. Sebagai rakyat berbilang bangsa, dan agama, kita harus hormat pada budaya, dan agama yang terdapat di negara Malaysia ni.Tambah pula jika anda seseorang yang beragama Islam. 

Ya, memang .Betul. Saya tahu anda bijak pandai! Mereka itu kan suami isteri? Alahh..tak pelah, nak cium pun, laki bini!  Hm.. semua satu Malaysia , satu dunia tahu ke , mereka tu suami isteri? ABPH tu untuk tontonan Umumkan. Ada yang duduk depan TV tu anak2 kecik, budak remaja yang baru nak akil baligh, mak2 ,atok2 ,nenek2.Tak ke terkejut beruk orang tua tu nanti nengok dengan cucu-cicit adengan macam filem Inggeris kat TV Flat skrin 40 inci kat rumah tu?

K, tak apelah.Kita maapkanlah dia.Maybe excited sangat menang sampai tak sedar satu Malaysia dok tengok dia dengan isteri bercium kat dalam TV. Hm, agak2nya kalau yang menang tu Cina ke, India ke buat macam tu korang terkejut beruk tak tengok depa bercium macam tu?

Tak pun kalau korang tengah jalan2 kat pasar malam, tetiba korang bercium kat tengak pasar malam tu depan orang yang lalu lalang n peniaga pasar malam yang menjual tu.Terkejut tak depa? Atau depa buat2 pejam mata je? Sebab ingat korang tu Mat Salleh turun Malaysia.


Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa


(2)  Ha, yang ni pulak..korang kenalkan? Okey, satu ni pulak isu bersalaman dengan lelaki.Yang peliknya, heboh pulak depa nak cerita Neelofa tolak salam dengan lelaki. Itu hak dia nak jaga maruah dia sebagai muslimah. Lagipun memang seharusnya muslimah jaga batas.Bukan jaga aurat sahaja.Pergaulan pun kena jaga. Macam2.

Kepada abang yang nak bersalam dengan Neelofa tu moga2 dapat muhasabah diri. Jangan kecik ati pulak dengan Neelofa tu!


Artis Komedi Lelaki Popular

Abam


(3)Tahniah Abam sebab menang artis Komedi Popular. Hm, apa yang di Viral kan adalah kata-kata ' Gemuk is Awesome' oleh Abam. Okey, mungkin niat Abam tu nak menyedapkan hati sendiri.Tapi kita semua sedia maklumkan, gemuk tak Awesome pon. Buktinya, ramai orang gemuk yang hidapi  masalah kesihatan.Malah, gemuk menyebabkan kita cepat letih, sukar nak berjalan, sukar dapat pasangan hidup, dan paling penting, masalah kegemukan ni susah nak cari .saiz pakaian.

Ape pun.di doakan Abam sentiasa sihat walafiat, murah rezeki lepas ni okey? Hm, Jadi, 'Gemuk tak awesome' pun..jangan jadikan alasan untuk anda tak jaga kesihatan  ok?



Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat


(4) Okey.Ni satu lagi.Fesyen punyalah pelik.Dalam banyak2 fesyen, Macam tak cukup kain. Kenapa di belakang punyalah labuh tapi, sikit lg kat depan tu tak boleh ke nak tutup.Ni memang sah kes tak cukup kain.Kan free2 dah kena kutuk 'kalau lutut tu putih tak apa, lutut hitam nak tayang2'
Haaa..tu bukan I yang pandai2 cakap ye? tu ucapan yang keluar daripada mulut seorang lelaki tau?

Sharnaz Ahmad

(5) Di mana ada Sharnaz Ahmad, di situ pasti ada Kontroversi nya? Betul ke? Hmm, kali ni soal pakaiannya.Dikatakan menyerupai pakaian tentera dan tak menghormati sensitiviti .Pakaian beragam seperti Polis, tentera dan sebagainya perlu di hormati di Malaysia ni.Kalau kat luar negara tak tahu la plak kan?? Sesuai dengan kategori yang dimenanginya, artis paling kontroversi, bagaimana pun telah memohon maap kalau isu pakaian itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Harap lepas ni Syarnaz tak ulang perkara yang sama yerk? Hmm tapi Syarnaz & Kontroversi memanglah tak dapat nak dipisahkan, ye dak???


8 ulasan:

  1. Yg dh sedar kesilapan dh pon mohon maap dan dpt trima teguran.tp yg xsedar2 tu xtahu la kn

    BalasPadam
  2. Rasenya yg paling pelik fesyen untie Didie Alias dgn bilah2 kipas di kainnya..

    BalasPadam
  3. Untie didie tu xkacau org.xusik perasaan org.dia nk jd unik ala2 lady gaga.mana ada org brani nk pakai cam gitu zaman gini.kiki

    BalasPadam
  4. setiap kali ada majlis anugerah artis msia, macam2 ado ^^

    BalasPadam
  5. huhu...... part didi alyas,,mmg xder org ley lwn,,,, win3..huhu

    BalasPadam
  6. x tau laa nk kata...ada yg jelik ada yg sopan... ;-)

    BalasPadam
  7. Klu xde kontroversi bkn artis namanya....;-)

    BalasPadam