Halaman

Ahad, 19 April 2015

Country Fresh Goat's Milk.

Hai you all semua..

Ha..nak tanya ni? you all penah minum susu kambing x? Macam mana rasa dia, sedap x? Sebenarnya kan, I x pernah minum pun susu kambing.Yela, selalu yang banyak jual kat pasaraya pun susu lembu je, yer dak?

Hmm.. al kisah.. I ada terbaca dalam sebuah komen thread kat satu ruangan forum ni, kata dalam rancangan tanyalah ustaz, salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat adalah minum susu kambing. Tak salah mencuba kan? No harm pun..

So gigihlah I pujuk my hubby pergi cari dekat pasaraya.Siap request nak yang ada perisa lagi tu u all. Konon nak perisa strawberry , jagung , coklat bagai. Macam susu lembu tuu..

 ha..canggini.tapi ni susu lembu...

Kami pun mencari di bahagian minuman.Cari punya cari tak jumpa.Belek punya belek.Semua susu lembu aje. Last2 mata I tertangkap pada satu botol kecil warna putih.Tudung botol merah.
Ha.. canggini.



Putih bersih kan?

Frust sekejap.Tarik muka. My Hubby pun pandang je.Kami berdua jadi patung keras kejap kat depan freezer tu.Orang yang lalu lalang pun hairan kot tengok kami duk termenung kat depan tu.

I menung sebab fikir nak ambil yang mana satu jenama.Nak amik saiz besar ke, kecik? sedap ke tak susu ni?Ada bau hamis tak?

hmm..Kenapa tak ada perisa!!!  I nak strawberry flavour!!

Last2 my hubby suggest I cuba rasa dulu.beli botol kecil 200ml dulu.Tu pun harga dah RM 5 hinggit lebih.I pun setuju.Try first.Kang beli2 tak minum, kan ke rugi? membazir.So beli botol kecil n try dulu.Dapat hadam ke tak?

Hm I sebenarnya ada masalah enzim Lactase kurang.Jadi perut susah nak digest susu lembu or else. Tiap kali minum susu lembu I cirit birit. Ha..semua yang ada masalah yang sama macam I ni adalah dari punca yang sama iaitu kurang Enzim Lactase yang digunakan untuk mencernakan Laktosa dalam Susu dari haiwan ruminan (haiwan makan rumput) yang diminum.

Setakat yang I pernah minum susu lembu jela kan.Susu kambing x pernah try lagi.So, tak tahu la cirit ke tak nanti.Kikiki..

Jadi I pun pilihlah susu ni...


Tadaaaa...Country Fresh Goat's Milk.



Dah selamat pun duduk dalam perut I.Tadi I dah minum bagi habis.Hahaha.Walau macam mana pun I tetap nak yang ada flavour.Selera sikit.Huhuhu..Kalau you all tahu kat mana ada jual Susu Kambing Segar berperisa ,bolehlah rekemen pada I k? TQ.Muaaaahhhhh cikit.huhu.


Susu Kambing:
Minuman terbaik kedua selepas susu ibu.Para nabi dan sahabat juga meminum susu kambing.Mudah dihadam berbanding susu lembu. Kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam!!

Khasiat Susu Kambing:

·         Mengatasi Demam kuning
·         Merawat lemah jantung
·         Merawat/mengawal  darah tinggi
·         Mengawal penyakit magrain/kerap sakit kepala
·         Mencegah penyakit sendi, urat saraf, buah pinggang
·         Rawat batuk kering/TIBI
·         Cegah Hepatitis
Penyakit saraf dan tulang belakang (lanjut usia)

21 ulasan:

  1. alamak~susu lembu tu susu faveret.susah nak dapat sekarang T_T.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? susu berperisa yang sedap diminum sejuk2.mcm mkn ice cream je

      Padam
  2. Tak minum susu...hehe...tp since preggy kene usaha minum jg..haha..susu kambing adalah susu terbaik sbenarnye..kan sunnah rasulullah..hehe

    BalasPadam
  3. http://atokdean.blogspot.com/2015/04/warga-british-tukar-nama-untuk-elak.html

    BalasPadam
  4. bila tgk susu ni serta merta memori ms kecik2 dulu terbyg2 ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la..dulu my dad selalu beli susu lembu segar perberisa magnolia dlm botol tu.i pun suka sgt minum walaupun lepas tu mesti cerry berry.huhuhu

      Padam
  5. Sedapnya susu lembu tu, susah nak dapat.. btw, kwn sy ad yg lactose intolerance gak sbb x minum susu slps 2 thn... hatta nk bau susu o produk tenusu pun dy x nak... mmg dy akn cherry berry :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa,,bau pun tak leh? macam truk je lactose intolerance dia tu.

      Padam
  6. kalau kawasan kampung, boleh cari kat jabatan veterinar

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. haish mcm best jeee..beli kat mana ni

    BalasPadam
  8. kat pasaraya ada rasanya.Giant, tesco, carefour.kat bahagian susu ,dekat2 bahagian sejuk beku :)

    BalasPadam
  9. susu lembu tu kat mana nak dpt skrg ni??? saya ada jumpa haritu tp botol tksama mcm tiruan je rasa pun kurg sedap

    BalasPadam
  10. susu lembu tu kat mana nak dpt skrg ni??? saya ada jumpa haritu tp botol tksama mcm tiruan je rasa pun kurg sedap

    BalasPadam
  11. rasanya macaman? hu3... x suka minum susu....

    BalasPadam
  12. susah nak cari susu kambing berperisa :(

    BalasPadam
  13. i suka susu kambing tambah2 yg fresh dalam botol. bestnya.. kalo xpun beli sachet yg hi goat punya. pun sedap.

    BalasPadam
  14. yep, saya suka susu kambing. rasa dia mcm gerak-gerak ringan air yg menggelongsor ke tekak. saya minum hi goat tp skrg dh x minat hi goat sejak dia tukar packaging. sbb entah, rasa dh lain.

    saya prnh jumpa susu kambing perisa coklat

    BalasPadam
  15. hubby akak suka sangat susu kambing ni... :)

    BalasPadam