Sekolah Seni Malaysia

Seni secara tidak langsung mencerminkan budaya,identiti serta ketamadunan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan merupakan pelengkap kepada kehidupan berkualiti.
video

Setiap negara mempunyai budaya dan identiti tersendiri yang menggambarkan keunikan masing-masing.Setiap negara maju bersetuju bahawa penekanan kepada pemeliharaan kesenian dan kebudayaan  akan mengekalkan keunikan dan identiti tersendiri bagi negara itu. 

Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program tersebut berjalan sendirian di sekolah-sekolah sahaja. Seni, seperti juga program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan dan latihan. 




Sekolah Seni Serawak, Sekolah Seni Johor, Sekolah Seni K Lumpur

Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggembling tenaga dan membuat perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Bab 23 Buku Rancangan Malaysia Kesembilan turut menekankan usaha terhadap Memperkayakan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni.
Pelbagai program yang meliputi bimbingan, asuhan dan latihan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dengan perkembangan dalam pembangunan pendidikan yang berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan supaya generasi hari ini akan lebih berupaya menghadapi realiti dunia pekerjaan yang persaingannya sangat sengit dan mencabar.
Hasrat murni KPM untuk mendaulatkan Pendidikan 
Kesenian di sekolah adalah selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan dan kesenian yang luhur dan beridentiti.
KPM telah melaksanakan aktiviti kesenian dalam program seperti berikut:
  1. Kesenian Dalam Pengajaran Pembelajaran,
  2. Kesenian Dalam Kokurikulum,
  3. Latihan Guru Pendidikan,
  4. Latihan Jurulatih Eksekutif Sekolah,
  5. Program Apresiasi Seni,
  6. Program Pengantarabangsaan Kesenian.
Justeru penubuhan sekolah seni Malaysia,(SSeM) bertepatan dengan matlamat ini yang akan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni seperti Muzik,Tari, Teater atau Seni Visual. 

Sesetengah ibu bapa masih keliru dengan penubuhan sekolah Seni ni.Sedangkan tak ada apa yang berbeza berbanding sekolah harian lain.Matapelajaran teras yang diambil di sekolah harian seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains ,Geografi , pendidikan Islam turut diajar di sekolah Seni.

Matapelajaran Seni hanya diajar di sebelah petang selepas waktu persekolahan.Selain menyediakan asrama untuk pelajar, sekolah turut menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat dan kegiatan berfaedah untuk anak-anak ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah seni di Malaysia, (SSeM) ini bolehlah ke link berikut:


  • Laman Rasmi KPM Bahagian Sekolah Seni: 

  • Sekolah Seni Johor Bharu:
          http://sekolahseni.blogspot.com/

  • Sekolah Seni Serawak: 
          https://www.facebook.com/SekolahSeniMalaysiaKuchingSarawak


2 comments:

  1. Sekolah Seni dah nampak hasil pengajaran & pembelajaran yang baik.

    BalasPadam