Review Taken 3

Okeyh. Malam semalam I dengan hubby pergi tengok Taken 3.


Citer dia best ke tak? Hm.. Bagi I biasa-biasa saja.Maybe sebab I dah terbiasa tengok Action Movie  & Plot cerita ni dah dapat dijangka dalam Kepala Otak I ni.Sebenarnya, I lebih suka cerita yang plotnya membuatkan penonton tertanya2, keliru, dan ada twist ending.

Tapi okeylah daripada tak ada..kan?? Hm, di awal cerita dah dihidangkan dengan adengan cemas apabila seorang akauntan sebuah syarikat diculik dari rumahnya sendiri oleh Malakov dan gengnya.
Tujuannya untuk mendapatkan wang yang kononnya menjadi miliknya.

Tapi si bos, iaitu majikan kepada si akauntan yang menjadi kambing hitam (tak pasal2 kena tembak) dalam cerita ni dah melarikan diri.Babak seterusnya mengenai watak utama cerita ini iaitu Bryan Mills yang ingin membuat kejutan harijadi anaknya yang sudah belajar di kolej dengan menghadiahkan seekor panda gergasi.

Perjalanan cerita menjadi lebih menarik apabila bekas isteri Mills mati dibunuh dan dia telah dituduh membunuh bekas isterinya itu.Padahal dia telah diperangkap! Dalam babak ni I dah dapat klu awal yang membuktikan dia tak bersalah sebenarnya. (Maybe sebab dah terbiasa tengok CSI dan rancangan seangkatan dengannya kikiki)

Yela, ada scene tunjukkan dia beli sejenis makanan (Begel) dikedai dan sewaktu tiba dilokasi pembunuhan Begel tu masih baru(panas) of courselah orang yang dituduh tu ada Alibi di kedai tersebut (Begel store).

Begel tu pun masih panas.Macammana dia (Mills) sempat nak membunuh bekas isterinya selepas beli Begel? dan Keadaan Mayat? Mestilah dapat buat bedah siasat dah berapa lama mayat tu dah dibunuh.Lagipun ada rekod data telefon Mills dan bekas isterinya.Boleh buktikan dia tak bersalah.

Cuma yelah..nak tunjukkan scene aksi dan babak bagaimana dia menangkap penjahat sebenarkan? jadi tak bolehlah nak kupas isu bukti tu awal2.Kenalah tunjuk adengan lasak si watak utama dalam usahanya membalas dendam dan cari pembunuh sebenar isterinya itu.

Plot semakin berkembang bila anaknya terheret sekali dalam permasalahan itu.Deng!!! Bapa tiri anaknya yang bernama Stuart tu memang mencurigakan okey! Dan of course tepat jangkaan I dia yang bunuh isterinya tu!


Ni sikit Trailer untuk citer Taken 3 ni: Enjoy!


Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh