Khamis, 29 Januari 2015

Lari

UPDATE :Tuhan Jagakan Dia (Bab 21)

DAMIA Aqila mula berasa kecil hati.Sampai hati Fahmi Khairi tidak datang untuk membantu.Sekurang-kurangnya, apa salahnya dia datang melawatnya.Sekejap pun tidak apa, sebelum dia bergelar isteri esok pagi.Sekejap lagi,dia akan diarak untuk menjalankan upacara Mandi Bunga.Lama Damia Aqila bertinggung dagu di muka jendela.Orang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.

“Azam,psst..Zam!!” Panggil Damia Aqila.

Azam menoleh, menceri-cari kelibat pemilik suara yang menyeru namanya.Suasana bising yang kedengaran di sekeliling membataskan pendengarannya.Dia cuba mengamati dari mana datangnya suara yang memanggil-manggil namanya.Puas dia memasang telinga, barulah dia terperasankan Damia Aqila yang sedang mengintai di sebalik daun tingkap bilik tidurnya.

“Ada kau nampak Fahmi?” Tanya Damia Aqila.

“Tak ada pula.” Azam menjungkit bahu.Dia juga hairan.Sewaktu dia datang ke rumah Fahmi Khairi tadi, pintu dan tingkap rumahnya terkunci.Fikirnya, tentulah Fahmi Khairi sekeluarga tiada di rumah kerana pergi merewang di rumah Damia Aqila.
“Bukankah kau selalu ada dengan dia?”
“Tapi hari ni lain.Aku pun tak nampak batang hidungnya!” Balas Azam.
“Kau fikir, dia ke mana?” Damia Aqila semakin curiga.
“Entahlah, Damia.Aku sendiri pun tak tahu.” Azam berterus- terang.

Damia Aqila semakin gelisah.Dia bimbang seandainya sesuatu terjadi kepada Fahmi Khairi.Sudah berkali-kali dia cuba untuk mencarinya namun jelas sekali Fahmi Khairi memang tidak berada di situ.
<BACA SAMBUNGAN DI SINI>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan