Halaman

Sabtu, 27 Disember 2014

HOMEOPATHY DR. ZAINUDIN

Penat mencuba pelbagai rawatan di hospital? Penyakit belum tentu sembuh? Terdapat pelbagai rawatan Alternatif lain yang boleh diusahakan.Ingat.Allah tidak menguji hamba-hambanya dengan beban yang tak mampu digalasnya.Ujian Allah bersesuaian dengan kemampuan hambanya.Apa kata anda cuba dapatkan rawatan kaedah Homeopathy?Kaedah yang tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan, dan tiada suntikan mahupun pembedahan!


Samuel Hahnemann


Homeopathy bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.Ia adalah satu kaedah rawatan yang bermula kira-kira amalan 200 tahun lalu di Jerman. Samuel Hahnemann mendapati ia berkembang dengan pesat di Eropah dan seluruh dunia. homeopathy adalah berbeza dalam hampir semua aspek perubatan "rasmi" iaitu perubatan konvensional barat.

Prinsip utama ‘rawatan penyembuhan’ ini adalah :

MERAWAT PENYAKIT / PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANG SERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR)

Di mana ‘Pengambilan jumlah yang besar sesuatu penawar menimbulkan gejala penyakit kepada golongan sihat, tapi pada masa yang sama pengambilan di dalam dos yang kecil secara berterusan oleh si pesakit pula boleh menyembuhkan gejala penyakit yang sama.

Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih.

 Di dalam kaedah perubatan homeopathy , penawar ini boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama!


homeopati


Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya!

Dengan pengunaan"dos yang sangat kecil" dalam istilah homeopathy, mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan.

Di Homeopathy Dr. Zainudin, beliau menyediakan rawatan Homeopathy untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah rawatan untuk patah tulang, dan masalah lain.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan atau pertama kali ingin mencuba rawatan ini, 
boleh hubungi ditalian:

03-61858676
Homeopathy Dr Zainudin
No.21 
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda 
Batu Caves
K.L


Rujukan :
Gasparin J; Institut Homeopàtic de Catalunya, Barcelona,Revista de Enfermeria (Barcelona, Spain) [2005, 28(3):9-15]
http://nursyifa.info/homeopathy/homrumah.html


2 ulasan:

  1. Salah satu alternatif perubatan... thanks for sharing

    BalasPadam
  2. wahhh . Baru tau! Terimakasih untuk informasi ni! sangat bergune..hehehe

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    BalasPadam