Nasi Ayam Panggang dan Nugget Kentang

Tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba ayam panggang?

Semalam terasa nak masak ayam panggang ,jadi malam semalam sediakan bahan untuk perap ayam.Tadi dah masak.Hm..bertambah2 hubby I makan..di bawah ni resepinya:

Bahan2 (untuk 2 orang)

bahan perap ayam (sebelah):

Ayam (sebelah bahagian) -boleh dipotong besar2 atau kecil ikut selera.
tiga ulas bawang putih *
seinci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
tiga hingga empat sudu sos pedas manis peri-peri Nando's
serbuk cili (ikut kepedasan yang anda mahu)

Cara penyediaan ayam panggang:

1) Cuci ayam dah potong ikut saiz dikehendaki.
2) Blend bawang putih dan halia.
3) Gaul sebati campuran bawang putih dan halia dengan serbuk cili.
4) Gaul pada ayam.
5) Masukkan 3 atau 4 sudu sos manis pedas peri-peri Nando's.
6) Gaul kesemua bahan tadi dengan ayam sebati.
7) Perap ayam selama 2-3 jam.Nak sedap lagi semalaman.
8) Bakar pada suhu 200 C selama 45 minit.



Hidangkan dengan Sos Peri-peri Nando's kesukaan anda.


bahan untuk nugget kentang:

Tiga biji kentang (sederhana besar)
Sedikit magerin -2/3 sudu
lada sulah/putih secukup rasa
garam secukup rasa
putih telur untuk menyalut kentang
BreadCrumbs (yellow/white) -serbuk roti boleh beli di kedai barangan kek & roti/pasaraya


Cara penyediaan Nugget Kentang:

1) Kupas dan bersihkan kentang.
2) Rebus dengan sedikit garam.
3) Angkat tos dan keringkan kentang.Lenyek (macam buat  bergedil)- jangan terlalu lembik hingga
tak dapat dibentuk
4) Gaul dengan mentega dan Lada Sulah/Lada Putih sebati
5) Bentukkan seperti nugget/jejari ikut kesukaan.
6) Celupkan dalam putih telur.
7) Celup dengan Bread Crumbs.
8) Goreng dalam minyak panas.Angkat toskan.Boleh dihidang bersama sos lada hitam/mayonis


Nugget kentang



bahan untuk nasi:

Dua put beras(ikut saiz hidangan yang dikehendaki)
sedikit margerin (2 sudu/sesudu)
sedikit serbuk kunyit (setengah sudu kecil)
bunga cengkih 2 butir.

Cara penyediaan Nasi :

1) Cuci beras bersih-bersih.
2) Masukkan air ikut sukatan beras.
3) Masukkan sesudu dua mentega.
4) Masukkan setengah sudu serbuk kunyit
5)Tabur dua butir bunga cengkih.
6)Masak dalam rice cooker.
7)Sementara masak gaul-gaul nasi dengan mentaga agar sebati.
8)Tutup.Biar masak.


Hidangkan nasi,ayam panggang dan nugget kentang dengan salad dan timun
 (saya tak letak-habis togel je)

bahan sup:

satu ketul kiub pati ayam knorr
dua ulas bawang putih (dipotong)
sebiji bawang merah kecil (dipotong)
bawang kering
daun sup

Cara penyediaan Sup:

1)Masukkan air dalam periuk dan sebutir kiub pati ayam knorr.
2)Masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah dipotong.
3)Biar sup mendidih.Tabur daun sup.
4)Tutup api dan hidangkan.Tabur bawang goreng.



                                                           Sos Peri-Peri Pedas manis Nando's





                                                                         Bread Crumbs

Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh