My Journey..SMKDE


Lencana SMKDE

Hari ini hari pertama Beta Di SMKDE.Mula-mula rasa janggal sangat.Tak kenal sesiapa.Semuanya nampak asing bagi beta.Oh ya,bercakap pasal hari pertama, nasib baiklah ada sister in law yang sudi hantar dan ambil beta, walaupun hakikatnya sekolah beliau dengan sekolah beta jauh jugak jaraknya.AL-MAKLUMLAH, beta tak ada lesen kereta.Terpaksalah menumpang orang.Kalau tidak jenuh jugaklah nak naik bas ulang-alik.

Rasa bersyukur sangat dapat mengajar di sekolah ni.Walaupun sementara (kontrak 3 bulan je).Berbekalkan ilmu pedagogi, psikologi, teknologi dan berbagai lagi 'logi' serta pengalaman sebagai Guru pelatih semasa praktikal dahulu Beta mengagahkan diri mengharungi cabaran hari pertama di SMKDE.Bagi Beta, cikgu-cikgu di SMKDE ni memang berkaliber dan baik-baik belaka.Bertanggungjawab.

Sejujurnya, Beta taklah peramah sangat dan sebagai orang baru di tempat baru, Beta mengharapkan akan jumpa ramai kawan baru.Harapan yang penuh berbunga-bunga.Ini kali pertama Beta menjadi guru ganti.Walaupun Beta memang mengambil Jurusan pendidikan di UTM, tapi setiap kali cuti semester Beta tak pernah pun terpikir nak cari rezeki dengan jadi guru ganti.Jadi, Beta cuma kerja part time di Supermarket, mall dan sebagainya.

Beta juga tak pernah ada pengalaman mengajar di sekolah menengah harian kerana sebelum ini beta praktikal di Sekolah Berasrama penuh di Johor. Banyak bezanya pelajar sekolah berasrama penuh dengan sekolah harian biasa.Semua pun sedia maklum.Jadi, beta nekad. Beta akan harungi apa sahaja selepas ini dengan tabah dan redha.



                                                                      My Workstation


                                                                         Sudut PPDA


                                                               Bangunan Blok A sekolah



                                                                 Tingkatan 2Alpha5


Kadang-kadang beta tak boleh tipu.Beta rindukan saat mengajar di sekolah berasrama penuh dahulu.Benar. Beta rasa ia adalah pengalaman terindah dalam hidup beta.Guru-gurunya penuh dedikasi, rajin dan baik hati. Beza tinggal di asrama dan menjadi pembantu warden.Beta berkenalan dengan sahabat yang baik.Solihah namanya dan Kak Zana, guru kaunseling yang turut menjadi warden di sana.Beta bersyukur di beri peluang merasai detik indah itu.

Solihahlah yang rajin menemani beta, menolong beta, memberi nasihat dan sebagainya.Beliau juga guru baru di sekolah itu.Terasa rindu kepada warga sekolah tersebut dan semua pelajarnya..Berbalik kepada SMKDE.Beta baru hendak mengenalinya. Beta harap pengalaman baru di sini adalah antara yang terindah, sebagaimana di sekolah lama.

0 comments:

Catat Ulasan